KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Kayuhan Bukit 7 Beradik


Bertempat di Dewan Seri Seroja (N 2' 56.564, E 101' 43.436) , kayuhan minngu ke -2 di bulan Ramadhan, atas jemputan KNR (Keliwon Nite Ride) . Pada awalnya aku dah rasa macam sesat sebab tak jumpa Dewan ni kat mana, pusing punya pusing dekat setengah jam dari pukul 11pm, sampai area presint 14-15 tak jumpa gak, rasa nak give up dan balik je tp dah jauh datang sayang la pulak. Alih2 cal Saudara Zul rupanya area yang aku dok pusing gak cuma bahagian belakang tempatnya, kat area business centre yang ada Mydin, Rodalink , etc.

Datang-datang je tengok dah ramai orang rasanya ada la dlm 38 orang kot. Nasib baik dorg tak start kayuh sempat nak readykan basikal.


Dalam pukul 11:40 pm, Bang Omm dah ajak berkumpul utk bagi sedikit taklimat sebelum mulakan kayuhan dan Bang Omm juga yang menglead kayuhan ni. Sweeper nye tak lain tak bukan.. Wak Jawa @ Jimi, setakat aku join group2 basikal bagi aku Wak Jawa @ Jimi mmg The Best Sweeper, dengan stamina kuda yang dier miliki takde masalah untuk dier jaga cyclist yang tertinggal belakang, kaki krem, etc. Dier akan patah balik check balik budak2 even kayuh balik naik bukit yang boleh buat aku pengsan nak redah. Kalo aku mmg tak layak dan tak mampu lagi, boleh semput jadinye.

Kayuhan bermula dari Dewan Seroja yang terletak di Jalan Diplomatik 2 , Presint 15 dan menuju ke area Desa Putra , kami mengayuh melalui Tanah Perkuburan Desa Putra, kat sini lah bermula bukit yang tak henti2 yang buat kitorg tak sempat bernafas. Daripada yang aku kira, ada la dalam 3-4 bukit tak silap aku dan bukit2 ni juga melalui kawasan perumahan Casa Mekar . Aku respect tol yang kayuh pakai Fixie atau basikal takde gear, kayuh pakai basikal ada gear pon rasa tersumbat saluran pernafasan inikan yang pakai takde gear.
Kawasan kt sini smmgnya gelap sangat, dinasihatkan better bawa lampu, walaupon jalan sana nampak rata tp takut ada bendasing mcm kayu, bangkai, batu , etc tiba2 ada tengah jalan, silap2 boleh terlanggar dan jatuh.


Lebih kurang dalam 10km kitorg regroup kat area Sungai Merab (tak silap aku nama tempatnya). Time ni aku dah rasa nak pitam jap. Rasanya dekat 2-3 minggu tak kayuh, bila tiba2 kayuh pastu terus layan bukit , ni la hasilnya tp nasib baik boleh layan lagi.

Lepas suma dah sampai , kitorg sambung kayuh balik menuju bandar baru bangi utk check point yang ke-2 kat Shell, kitorg guna jalan dalam untuk menuju ke Bandar Baru Bangi. Tak jauh pon jaraknya dalam 5-6 km. Time ni la sapa rasa nak terkucil leh gi laksanakan tanggungjawabnya dulu sebelum start kayuhan balik.


Dari Shell Bandar Bangi kayuh menuju balik ke Dewan Seri Seroja melalui UKM (x silap aku, rasa mcm ada lalu) pastu akan nampak signboard ke Putrajaya dan melalui Institut Penilaian Negara. Dan akhirnya sampai dengan jarak keseluruhan kayuhan 28km.



BELOW PHOTOS CREDIT TO Bro Kuman






VIDEO


By ShaRil rOutH WelLinG with 6 comments

Thursday, May 24, 2012

GENTING RIDE SEMPENA HIMPUNAN JUTAAN BELIA PUTRAJAYA 2012


Genting ride malam jumaat ni agak menarik route nye , tetapi dengan masalah gear basikal aku yang tak hidup segan mati x mahu selepas servis terpaksa berhempas pulas pakai gear paling rendah je even naik bukit. Keras urat2 kaki  mengayuh time ada bukit. Jarak perjalanan adalah dalam 25km tak silap aku, meter aku pon dh kong semacam, x jalan lak mlm tu. Pertama kali kayuh on road sepenuhnya kt putrajaya hari tu. Tengokkan bilangan orang kira tak ramai sgt pon, lebih2 lagi kayuhan ni dibuat pada hari biasa, mmg kebanyakkan orang tak sempat la nak gerak lepas kerja, yang mana kerja terpaksa rushing.




Beginilah keadaan yang menjadi kekecohan pada malam tu, boleh dikatakan sgt kelam kabut dengan baju tak dapat, air botol pon x dapat  benda free la kata kan. Yang dah register online pulak ada nama yang xde  dalam list termasuk aku, disuruh tulis nama untuk amik baju kendian, alih2 sekadar cukup syarat je, bila tengokkan orang berebut mcm perang dunia ke-10 disebabkan nak ambil baju je, biarkan je la .
Berkejar gak la aku dr Meru ke Putrajaya nak register awal alih2 hampeh dengan lokasi register yang diberi tak betol, berpusing time mula2 nak cari mana tempat daftar, katanya dekat ngn mahkamah dan tak diberitahu belakang, ke depan.... alih2 nun jauh di belakang.
Tapi apa pon kadang-kadang perkara yang kita cuba aturkan x semestinya akan sempurna bila masanya tiba, kadang2 benda yang tidak dijangka dan diluar dugaan akan berlaku , mungkin mereka sudah buat yang terbaik tp nasib tidak menyebelahi mereka untuk menjadikan perjalanan ni lebih lancar.
Apa2 pon di masa akan datang harap pihak penganjur dapat membaiki kelemahan yang telah berlaku ini.

 "Abg zol tgh bercakap dengan M. Kumaresan menuntut hak sbb x puas hati tak dapat baju"



 "Muka kecewa lucky draw tak mengena"

 " Muka hepi sbb byk dpt no lucky draw...(tapi x kena satu pon)"


" cahaya-cahaya keimanan menyelubungi para pengayuh"



Habis je kayuh suma berkumpul balik kat area register tu , di belakang istana kehakiman@mahkamah, untuk sesi cabutan bertuah pulak. Dalam pukul 10:30 jugak habis mengayuh. Dan habis cabutan bertuah dalam pukul 12 tgh malam maka berlalu lah event ni....




By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

Saturday, April 21, 2012

Jamboree Putrajaya




21hb April di putrajaya diadakan jamboree , seawal 4:00 pagi aku dah bangun , mandi pastu sarapan lepas tu menunggu waktu subuh dan gerak ke Taman Wetland Putrajaya. Aku gerak dari rumah pukul 6: 10 a.m (subuh kan dh awal time ni..=) ) Tepat pukul 6:45 aku dah sampai kt taman Wetland yang berdekatan Pusat Rekreasi Air tapi rupanye kena pergi kat area Taman Wetland yang pintu masuknye ada pintu gerbang, terpaksa berpusing mencari lebih dekat 1/2 jam. Akhirnya sampai jugak rupanye dari Pusat Rekreasi Air tu ke depan sikit lagi dah boleh Taman Wetland, walaupun aku penah masuk situ tapi tak dpt jumpa gak dengan cepat .

Sesampai je nasib baik ada parking lagi, aku parking keta dan terus gi ke kaunter pendaftaran amik no. Sedikit demi sedikit orang datang, ramai yang datang dan memang meriah, yang joinye pon suma otai2 basikal. Layan.....





 "Gaya bakal juara veteren"


Pukul 9:00 pagi acara kayuhan pon bermula, masing2 semangat untuk kayuh ...tua ,muda, laki, budak2 pompuan masing2 mengenjoykan diri.

" Otai-otai KEV cyling club , harapan yang dibawa khas dr Kapar
"


Lebih kurang 30km jarak kayuhan , boleh kata 50 - 50 off road dan on road laluannye tp sayang aku x sempat amik gambar, dalam pikiran nak cepat sampai secepat yang mungkin dan rilek sebelum kaki aku krem.  Apa pon  mmg fun walaupon aku jatuh terpelanting waktu turun bukit terlanggar budak pompuan kat depan sebabnye dier tak dapat kawal basikalnye. (-_-)**

 "Masing-masing berebut2 makanan"





"Bakal juara sikit masa nanti.. heheheheh"




By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives