Minggu ke-3 Ramadhan kali ni kayuh ke Genting Sempah. Pada awalnye dalam pikiran aku akan kayuh melalui Highway rupanya ikot jalan dalam.
Starting point kitorg tunggu dekat Sekolah Menengah Teknik Gombak (N 3' 14.761 E 101' 43.660) da jugak yang tunggu area kedai Tom yam, planning asal RV dekat Hospital Orang Asli tapi disebabkan untuk keselamatan sebelum ni dah de kes keta kena pecah kitorg parking tempat yang boleh dikatakan masih selamat di parking iaitu dekat Teknik Gombak atau Kedai Tomyam area Batu 8 1/2 Jalan Gombak.
Kalo ikotkan malam ni je ada 2 nite ride kat Bukit Kayu Limau Manis dilead oleh Wak Jawa dan Genting Sempah ni la. Akhirnya aku putuskan kayuh Genting Sempah sebab dah sebelum ni pon cari gak mana2 group ride ke Genting Sempah, akhirnya geng KNR (Keliwon Nite Ride) yang buat.
" RV Sekolah Menengah Teknik Gombak"
"RV Ke-2 di Kedai Tom Yam"
" Regroup di Hospital Orang Asli"
Dan kami teruskan perjalanan melalui Muka Suak Wangsa Maju (tak silap aku) dan Muka Suak Sg Gombak , selepas je area Muka Suak Sg Gombak rumah-rumah dah mula hilang sikit demi sikit yang hanya bertemankan kitorg pokok-pokok, tumbuhan2an di kiri dan kanan sesekali tu ada la anjing yang tiba2 je ada kat sebelah mau pecut ke depan kalo di kejarnya tp nasib baik ia wat dek.
Dan dalam masa ni la sorg demi sorg hilang dari pandangan dengan kelajuan kayuhan masing2 yang mana laju dah berada di depan , yang mana slow berada nun jauh de belakang, yg aku mencari2 jugak partner kayuh sebab kawasan tu tersangat la gelap nasib baik ada Bro Azlan jadi peneman kalo tak cuak gak lebih2 lagi first time lalu kawasan ni gelap lak tu. Kalo takde lampu lagi la susah nak kayuh cuma kena berhati-berhati. Jadi dinasihatkan utk Genting Sempah ni pakai lampu basikal yang terang atau cari partner time kayuh at least apa2 berlaku tak jadi masalah besar nanti.
"Pengayuh terawal sampai kat Jambatan sebelum Genting Sempah"
Kayuh punya kayuh , dalam otak aku bila nak sampai ni ke salah jalan tp dari jalan aku lalu mmg takde simpang lain tp kayuh je la sbb katanya jarak dari RV tadi ke Genting Sempah dalam 20++ km. Time aku check meter ada dalam 17km maknanya ada beberapa KM lagi utk kayuh tp still rasa pelik awal2 tu mcm x sampai2 mungkin sebab kayuh slow dengan kawasan yang boleh kata menaik je dr tadi mcm kayuh di Fraser Hills, time ni mmg tak kayuh laju.
Pastu lama-kelamaan dah lebih kurg 23++KM baru nampak cahaya lampu yang disuluh geng2 yang dah kat depan, lega rasanya . Yang mana sampai cepat kitorg regroup kat bawah jambatan sebelum nak masuk Genting Sempah , dari jambatan tu depan sikit lagi dah RNR Genting Sempah.
" Wajah lega selepas melalui jalan kegelepan"
Lepas dah puas minum dalam pukul 3 ++ a.m kitorg bersiap kayuh turun balik dan jumpa group yang bersama dengan Bang Omm kat bawah kaki bukit lepas RNR.
" Ini bahagian atas bukit yang boleh buat sesak nafas mengayuh dr RNR"
" Time ni pulak pancit tayar Bro Kuman, nasib baik ada org lagi kat belakang kalo tak, ada la 'orang' lain tolong"
Time turun bukit boleh tahan laju jugak tp aku mmg tak berani bab kalo turun ni lebih2 lagi time ni tgh gelap lagi. Time kayuhan menuruni ada jugak batu terselit kat atas jalan jd kena berhati2 belok dan kawal. Kitorg sampai ke RV balik dalam pukul 4:00 a.m dengan jarak kayuhan keseluruhan 48km.
-SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN-



















