KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Saturday, September 29, 2012

NEW CHAPTER OF NOTTY BY NATURE LIFE

 Assalammualaikum,

Alhamdulillah selama 7 tahun daripada tahun 2005 aku mempunyai perasaan ingin tahu apa yang bestnye blogging ni sehingga sekarang aku masih meneruskan menulis blog yang lebih kepada perkongsian maklumat aktiviti aku seperti tempat makan, rafting, hiking, trail MTB dan sebagainya.
Daripada penulisan yang entah apa-apa kepada penulisan yang lebih baik berbanding awal-awal berkecimpung walaupon kadang-kadang tu rasa masih entah apa-apa sebab kekuatan aku bukan pada penulisan , harap dapat dimaafkan. hehehehe.
Kelebihan aku lebih kepada gambar-gambar yang menjadi rujukan dan tatapan bagi sesiapa yang ingin cuba lakukan aktiviti tersebut walaupon tak secantik mana seperti yang ditangkap oleh photographer professional yang lain tapi at least boleh memberi gambaran kepada yang mempunyai perasaan ingin tahu.
Aku berterima kasih kepada pembaca yang sudi jengok blog yang tak seberapa ini suma sekadar picisan di pinggiran, asalnya blog ni hanya untuk simpanan peribadai kenangan aktiviti aku dan kawan-kawanku selama ini dan penyimpanan gambar tetapi lama kelamaan ia menjadi sedikit informatif untuk para pengunjung blog yang ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu aktiviti.
Harap di blog ini serba sedikit dapat menolong mengurangkan beban yang ingin mendapatkan maklumat dan minta maaf sekiranya terdapat kekurangan, korg leh inform aku kalo ada maklumat yang korg ingin tahu daripada pembacaan post-post dalam ni.Insyaallah aku sedia membantu.
Sekarang sudah tahun 2012 dan telah menyebabkan capacity dalam blog ini sudah sampai pengakhirannya iaitu aku dah tak dapat upload gambar lagi sebab dah sampai tahap maximum.
Dengan itu aku buka penyambungan seterusnya blog aku ini di link bawah ni.

NOTTY BY NATURE LIFE - CHAPTER 2
http://sharilrouth-chapter2.blogspot.com/

Harap sudi-sudikan lah diri untuk ke blog diatas bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki selanjutnya.


Wassalam,
Sharil Routh

By ShaRil rOutH WelLinG with 21 comments

21 comments:

Sejak aku jatuh cinta padamu perasaan aku sering terganggu, ada kala aku rasa curiga ada kala semacam tak percaya. Adakah kau setia kepadaku www.infoduniakesehatan.com

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

    • Popular
    • Categories
    • Archives