KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Sunday, September 11, 2011

Sinar Mentari di South Korea

Dah lama aku tak wat aktiviti entri kali ni aku nak kongsi pasal trip ke South Korea. Pelbagai rintangan dan liku terpaksa aku harungi mcm jadi tak jadi je nak ke sana walaopon dah buat standby tiket. Alih2 walla!! Dah selamat pergi dan balik pon. Selama 5 hari aku kat sana pergi seorang diri, hebatkan?! Tipu la kalo aku pegi sorg kebetulan aku ada kenalan kat sana jadi dier banyak guide aku sepanjang aku kat sana. Tiket kapal terbang time tu aku dapat lebih kurang RM1155 + makan minum + upgrade luggage 25kg (return flight), Alhamdulillah tak sia2 tiket tu sebab aku akhirnya dapat gak guna ke sana. 4hb September 2011 dan time tu minggu ke 2 syawal ,aku depart kat LCCT pukul 11 p.m naik Air Asia ler dan sampai South Korea pukul 6:20 a.m lebih kurang 5 jam dalam flight punya sakit pinggang nasib baik bawa ipad kalo tak sangap dok dalam flight tu. South Korea waktunya awal sejam dari Malaysia dan pukul 6 a.m dah mula terang, bila ada announce drp FA yang mengatakan dah nak hamper sampai agak teruja jugak la, mana taknya dah lebih 2 tahun dok menyimpan nak ke sini, alang2 masih tgh bujang ni, kalo dah kawen nanti tak tentu dapat pegi, so ada peluang jalan dulu kalo ada rezeki lagi pegi lagi. =p. Time aku ke sana ramai gak student Malaysia yang belajar di university Korea balik jadi Alhamdulillah rasa selamat gak la sbb ada guide sesampai sana untuk ke Dong Daegu naik bas dari airport nanti.

Memang aku bernasib baik ada student Malaysia yang tolong aku sesampai je kat Incheon International Airport untuk dapatkan tiket bas ke Dong Daegu sbb nak berkomunikasi ngn dorg punya payah sbb kalo kita cakap English dorg akan balas dgn bahasa Korea jd mmg boleh jd blur. Student yang dari Malaysia ni namanya Umair dier belajar kat University di Incheon seingat aku, dier la tolong translatekan utk aku . Untuk ke Dong daegu harganye KRW34,100.00, tengok Nampak mcm besar je kan nilainye ribu2 padahal lebih kurg $34.10 sebenarnya. Lepas tu kena la pegi ke stop dier, untuk setiap destinasi ada stop untuk tunggu bas jgn salah stop sbb takut salah naik , bila dah salah naik kang terpaksa bergegas mencari dan boleh jadi lambat,org korea ni agak punctual dengan masa kalo ko dah terlepas minta maaf la ye. Dr awal aku dapat tiket aku check betol kedudukan bas yg aku akan naik. Dah la aku sorg2 kebetulan telefon aku waktu mula2 sampai tak dpt line lak (sbb x setting) dan student Malaysia si Umair tu jugak yang tolong sms kan kalo tak naya gak. Bas aku time tu pukul 7: 30 a.m tak silap mmg ngam2 bas datang ikot timingnye. Untuk satu Bas tu ada 2 destinasi kebetulan ada sekumpulan mat saleh aku perasan pon pegi Dong Daegu so aku target follow dorg je la, kalo dorg turun angkut beg maknanye dah sampai la tu. Sbb dalam bas pon announce dalam bahasa korea jd boleh jadi jelas tak jelas apa yang dier cakap.

Untuk dalam perjalanan bas tu dier akan berhenti kat RNR untuk berehat dalam masa 10 – 15 minit camtu, kalo lambat tinggal la ko kt RNR tu, pastu berhenti kat GUMI pastu baru DONG DAEGU . Perjalanan bas tu je dah makan mas lebih kurang 4 jam aku sampai sana dh tengahari dalam pukul 12 tgh jd kiranye ini 1st day trip kat Korea bersamaan 5hb September 2011.

1st Day


Sesampai je Dong Daegu , kenalan aku ni bawa gi cari tempat makan kat Bandar Daegu , time ni baru feel betol2 datang seperti nak mencium tanah sbb dah mula perjalanan aku kat sini. Bandar dorg takde beza sangat ngn Malaysia Cuma kalo kat Daegu ni yg aku perasan takde shopping mall besar kalo setakat yg macam kat Pertama Complex tu ada la. Sampai sana dah habis lunch hour so tak ramai org berkeliaran sgt dan tempat makan pon lengang. Orang Korea ni time keje betol2 keje kalo kat Malaysia ni time keje org mengelat, time mengelat org tido. Hehehehe.. Aku rasa kalo korg pegi sorg2 kat sana mesti macam sakit kepala nak cari kedai makan , paham2 je la kan. Jalan punya jalan kitorg pon masok satu kedai Pasta ni , buat2 paham bahasanye order je la dr dalam gambar tu yang pasti berunsurkan seafood. Harga Pasta ni ada la dalam KRW5,900 - KRW6,900 sepinggan dan air suam lak KRW 0,000.00.




Lepas menyantap jalan2 la mengelilingi Bandar Daegu ni kat area Donsaeongno Street, ada lak jual Sotong bakar beli la dalam KRW3,500, bukan aku la yg beli, aku merasa je dan ada gak Sotong bebola kedai tu nama Koyomi KRW2,100 ada gak jual selain drp sotong kat Malaysia ada jual kat Jusco . Time pusing2 kat kedai bawah tanah aku tak ingat namanye banyak kedai tutup lagi sbb dorg buka petang jadi tak dapat nak usha apa yang patut masok2 je la kedai2 buku , KYOBO (Kedai buku femes lebih kurang KINOKUNIYA la). Dah rasa puas pusing aku dibawa lari ke Jilyang, rumah kenalan aku da...Rehatkan diri jap kemas2 barang , mandi sbb tak mandi2 lagi lepas turun flight pastu petang sikit kuar jalan2 lagi kat Daegu Universitti, dapat la tengok life bebudak Korea kat Universiti besar gak Universitinye, spt yang diberitahu Universiti kat Daegu ni lebih besar berbanding ngn kat Suwon, Inha dll. Time petang tu nasib baik redup je cuaca jadi syok la mencuci mata jap.


Rasa dah bosan kitorg lepak satu Cafe ni minum latte sambil mengkudap biskut bentuk pretzel , dalam perjalanan (kereta dipandu oleh kenalan aku) tepi2 jalan Nampak banyak makcik2 jual anggur bersepah2 , segar dr ladang lagi. Lepas minum tu balik ke rumah rehat dan makan malam.


2nd Day

Hari ni ke Gyeongju kalo dari Daegu lebih kurang dalam 67km adalah 2-3 jam, kat Gyeongju ni masok lawat2 Makam , nak masok kena bayar dalam KRW1,500 tp pemandangan dalam tu memang cantik. Kalo pertama kalo tengok masok dalam tu akan Nampak banyak bukit ngn rumput yang menghijau atasnye ada yang rendah , ada yang tinggi actually itu adalah kubur. Lagi tinggi bukit tu maknanya org tu berstatus tinggi. Kawasan makam tu agak besar dan kemas tempat tu , bersih pon bersih, mmg terjaga.

Lepas tu gi Folk Kraft Village yang tempatnye masih di Gyeongju tapi x tau area mana kat situ la banyak kraftangan yang boleh dibeli sbg souvenior eq. Brooch, fridge magnet, pinggan mangkuk dan macam2 la buatan kampong ( ye rasanye, tak Tanya lak aku kt org kedai tu). Dah alang sampai sana aku beli la replica gendang (ntah apa namanye) KRW15,000, pastu fridge magnet KRW3,000 ngn brooch (Kristal & titanium) KRW 15,000 yang jenis kecik la, kalo yang besar mahal giler. Kedai2 situ memang unik dan cantik dengan reka bentuk culturenya.


Gyeongju Museum ni masoknye free just amik tiket je kat kaunter dalam ni ada beberapa jenis Muzium dan aku baru tau lepas diberitahu dan lepas dah kuar. =p. Aku Cuma jalan2 kawasan luar je. Kalo bawa kanak2 dorg leh main kat Children Museum , kat dalam tu ada 3d puzzle dan macam2 aktiviti lain2 lagi.


Kitorg teruskan perjalanan lepas dh puas lawat Muzium kat Gyeongju ni, lepas ni jalan2 cari makan kat Pohang di mana kitorg pegi Jukdo market kat sini lah pelbagai jenis keturunan hidupan laut yang dorg jual suma stok2 fresh terbaek dr laut. Mmg kalo tengok kat malaysia pon takkan jumpa dan murah2 (kalo tak dicomparekan ngn rate Malaysia). Sotong yang besar dan panjang kalo korg tengok kat bawah ni sekilo baru KRW5,000 dan kepah yang besar lak sekilo KRW5,000 gak dorg siap tambah lagi pastu banyak lak. Yang alergik pon leh tak jd alergik sbb kalo dah sampai sini tak makan rasa rugi , nasib baik aku ni jenis layan jadi tak rasa rugi la. Kat Jukdo Market bukan setakat jual makanan laut tapi ada juga bahagian lain2 seperti peralatan dapur, comforter, baju2 etc.



Kat Jukdo Market ni kebanyakan kedai yang jual2 hidupan laut akan ada restorannya gak jadi org yang datang kat market akan boleh terus makan seafood drp sumber yang segar. Aku di suggestkan makan ketam kat sini dan harga untuk 5-6 ekor ketam dalam KRW50,000 ditambah pulak dengan pelbagai hidangan2 lain memang berbaloi.




Lepas dah habis makan dengan perot kekenyangan balik ke Daegu balik tapi sebelum balik kitorg beli dulu lauk untuk makan malam iaitu sotong ngn kepah tu.

3rd DAY


Busan antara bandar ke-2 terbesar kat South Korea dari Daegu perjalanan mengambil masa dalam 2-3 jam sejauh lebih kurang 127 km sesampai Busan aku direct gi naik ferry tour kat pantai Dynamic Busan harga sekali naik KRW19,500. Pantai kat Busan tu memang cantik dan bersih rasa nak terjun dari ferry je. Tour ni terkenal ngn Seagull yang jinak sentiasa menantikan makanan dr para pengunjung , ferry ni akan melalui beberapa batu besar yang seakan pulau kecil dan aku sendiri tak tau namanya. Selama hampir 1 jam ferry meronda di sekitar pantai kat Busan.



Lepas je naik ferry tu aku gi jalan2 kat pantai Busan tu dipanggil Dynamic Busan , ramai gak mat saleh bergelimpangan kat pantai tu, tapi kalo ditengokkan kawasan bandar yang boleh dikatakan pesat dan berdekatan dengan pantai mmg sangat menarik yang lebih bagus lagi keadaannye tersangat bersih berbeza pantai di Malaysia . Kalo la benda dpt dilaksanakan juga di Malaysia kan bagus, barulah org respect tapi nak terapkan nilai2 yang murni di kalangan org Malaysia ni agak sukar sebab dah sejak dr dulu masing2 terikot dengan turun temurun yang kadangkala takde sifat sivik langsung tapi tak suma org macam tu cuma boleh kata majoriti mcm tu.


Kat Busan ni ada satu department store yang paling besar di dunia di mana satu bangunan hanya milik Shinsigae dan bukan daripada company2 lain, biasanya kan kalo satu shopping mall atau department store tu akan ada kedai2 daripada syarikat2 lain tapi ini hanya Shinsigae sahaja. Kat sini la baru nampak golongan elite berkeliaran. Aku makan kat food court tingkat bawah dan makanan yg aku order tu rasanye mcm mee goreng mamak tapi ni koreanye style la pastu siap ada mcm hirisan ikan yang sangat halus yang masih bergerak , aku pon x sure sbb masih panas ke atau mmg di masak mentah sedikit jadi benda tu nampak mcm hidop.
Di Shinsigae ni ada Skypark iaitu Taman kat bumbung bangunan ni kat sini la boleh nampak hampir keseluruhan bandar Busan. Landscapnye pon menarik dan cantik, parent yang datang ngn anak akan lepaskan dorg bermain kat situ.


Kat Dynamic Busan ni aku sempat beli T-shirt dengan harga KRW 8,000 dan fridge magnet KRW5,000.


Kat Shinsigae yang aku sempat beli ialah CD 2PM hands up dengan harga KRW 14,500, Girls Generation Phuket Pakej KRW59,000,2PM Book Dont Stop Cant Stop Concert KRW39,000 dan 2PM card KRW30,000. Pastu aku mintak la poster free dapat la TVXQ ngn Girls Generation poster. Ni suma beli pon orang pesan, zaman2 aku nak beli benda2 cmni dah berlalu lama. =p



4th DAY

Ini hari terakhir aku kat Daegu dan kiranya aku on da way ke Seoul, dalam perjalanan ke Seoul aku di bawa ke Myungeong sebab dah melaluinya. Apa yang menarik kat sini ialah macam2 ada, nak trekking pon ada sini. Sini yang menarik bagi pertama kali datang ialah tembok umpama Tembok Besar China Junior pastu ada perkampungan yang dijadikan studio untuk filem2 dan drama dahulu kala Korea , nak masok kena la bayar dalam KRW2,000 , memang giler besar kawasan tu hanya untuk dijadikan studio, suasana pon mmg real memang leh patah kaki berjalan dalam tu. Ada jugak cycle train kiranya kalo org malas nak berjalan trekking dalam hutan leh la naik cycle ni sebab ia akan mengelilingi kawasan hutan sambil ada guard yang akan teman sekali naik KRW7,000 tapi ada masa2nya. Kalo bernasib baik sempat naik mmg bagus la.. kalo dah terlambat tunggu je la maknanye.




Ini lah Cycle Train yang dimaksudkan tadi tu, panjangkan ,sebenarnya cycle ni secara satu2 tak bersambung kalo, kebetulan aku hari tu terlambat jadi tak sempat naik so duduk je la lagipon time tu dah agak lewat petang.








5th Day

Ini hari terakhir aku kat South Korea jadi last station adalah di Seoul, semalam di Myungeong nak ke Seoul pon dah malam jadi tak sempat nak jalan maka dengan itu hari kelima dan yang terakhir ni la all out. Aku siar2 kat seoul guna Subway train kalo naik kereta sure sumpah seranah sebab Seoul ni sgt sesak leh sakit otak jdnye sama mcm KL rasa lebih baik lepak Daegu tenang keadaannye. Tempat yang mula2 pegi ialah Nam Dae Mun Market sebab kebetulan time tu hujan pegi la tempat yang agak teduh dulu daripada tempat terbuka kat sini daripada niat asal tak nak beli apa2 cuma nak jalan, menggelodak lak nak beli padahal souvenior je. Lepas tu gi Gyeongbokgung di mana kat sini ada istana2 lama kalo korg tengok gambar2 kat bawah ni la tempatnye, sangat sangat sangat luas dan besar kawasannye aku rasa mau ketar2 lutut nak habiskan satu kawasan tu. Kat dalam ni ada gak muzium2 dan aku x masok pon takut nak gi tempat lain tak sempat lagipon mcm lebih kurang sama ngn muzium2 lain tengok sekali cukup.



Ini lah Nam Dae Mun Market yang terletak kat Haehyeon, macam2 ada berpinar biji mata dr sekecik2 barang sampai sebesar barang, korg kalo tak biasa gi tempat ni memang akan dpt barang yang mahal even kat area situ pon ada barang yang murah leh dapat dgn barang yang sama. Kat sini aku banyak eli T-shirt I love Korea, Brooch, fridge magnet, steel chopstick etc, memang boleh menghabiskan duit kalo jalan2 kat sini, nasib baik kawalan nafsu aku kuat.
Kat bawah ni adalah tempat kitorg menyantap sbb dr pagi tak makan dr rumah kuar terus gi seoul memang berdondang sayang la perot ni. Bila lapar suma benda nak makan, nasib aku order Bibimbap (x silap aku namanya) mmg kembong perot sbb dlm tu mcm2 ada. tak yah lauk2 dah.



Bawah ini adalah antara masjid kat Seoul yang terletak kat Itaewon , Itaewon bandar yang penuh ngn orang asing mmg dh tak rupa kat korea dah, keadaannya pon nampak sesak. Selesai kitorg jamak dan qasar kat masjid ni apalagi santap lagi la dah berjalan2 sampai tak ingat dunia, pekena la kebab dari turki, memang padat dan besar kebabnye, puas makan.



Di Yeouinaru lak ada Han gang river , kat sini korg leh menikmati panorama Seoul di waktu malam taman kat Han Gang river ni mmg bersih, sini masih selamat nak jalan2 sorg dan ada gak perkhidmatan Ferry untuk tour Han Gang river tapi sayang aku dh terlambat kalo tak sure dah naik, nak tunggu time lain lambat lak jd tengok je panorama situ then lepak kedai , makan ABC korea (gambar diatas).



Flight keesokkan harinya pulang ke Malaysia aku kena bangun seawal 4 pagi lagipon subuh sana pon pun pukul 4:36 a.m kira2 ngam2 la, dinasihatkan sekiranya korg dari Seoul naik bas ke Incheon International Airport pastikan datang awal sebab org korea ni sharp bab2 masa dan bila korg dh sampai cepat2 beli tiket dan cari terminal kalo boleh beratur je terus sebab katakan korg lengah2 beratur then org2 lain dah beratur besar kemungkinan korg tak dapat naik bas its either korg sampai lewat ke airport atau pon kena tukar flight baru.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Secara Ringkas perjalanan aku selama di South Korea:


1st Day
Incheon International Airport -> Dong Daegu (Dongseongno Street, Daegu University) -> Jilyang

2nd day
Daegu -> Gyeongju (Gyeongju Tomb, Golk Kraft Village, Gyeongju Museum) -> Pohang (Pohang Market)

3rd Day
Daegu ->Busan (Dongbak Ho,Shinsigae Department Store)

4th Day
Daegu ->Myungeong (Tembok, Studio,Cycle train) ->Suwon

5th Day
Suwon->Guro->Hoehyeon (Namdaemon Market)->Gyeongbokgung (Gyeongbokgung Palace) -> Itaewon -> Yeouinaru(Hangang River)


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi sesapa yang berminat nak melancong korea dengan bajet yang rendah jangan riso korg masok page ni dan communicate ngan mamat dalam page ni, dier akan bantu korg dan dier juga sbg tourist guide utk korg kat Korea nanti. RECOMMENDED!

:- KOREA BUDGET TRAVEL



Atau pon KOREA BUDGET TOUR


Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email dier. (^-^).


*Minta maaf entri untuk trip ni sebenarnya tak berapa detail lagi disebabkan gangguan code2 html yang membuatkan nak publish, taip, upload , etc menjdkan sistem blog tak lancar jadi menaip ala kadar sahaja.


Rumusan Untuk bajet ke Korea ( Individu bajet)
- Dinasihatkan bagi yang ingin pergi ke Korea ni better ada guide atau guna khidmat Korea Budget Travel, melainkan anda seorang yang sempoi dan selamba.(^_^). DI sana komunikasi agak sukar sebab kebanyakan dorg tak paham bahasa Inggeris dan tak bagi feedback dalam bahasa Inggeris jadi korg akan pening memikirkan apa yg dorg cakap boleh jadi lost. Kalo dengan adanya Korea Budget Travel , dorg akan mampu menolong anda dan guide anda tour South Korea dengan bajet yang murah.

i) 1st Day
- Limo (Bas) from Incheon International Airport --> Dong Daegu = 34,000 won
- Pasta --> +/- 6,900 won
- Sotong Bakar --> 3,500 won
- Bebola Sotong --> 2,100 won

ii) 2nd Day
- Gyeonju Tomb = 1,500 won
Folk Kraft Village
- Brooch = 15,000 -100,000 won (depend on size)
- Small Korean drum (tak tau apa nama) = 15,000 won
-Fridge magnet = 3,000 won (tengok jenis)
Pohang (Jukdo Market)
- Sotong = 5,000 per Kg
- Kepah = 5,000 per Kg
- Sotong goreng ngan telor = 1,000 (3 pcs)
- Seafood = 50,000 won (5 ekor ketam + compelete dish)

iii)3rd Day
Busan
-Ferry = 19,500 won
- Fridge magnet = 5,000 won (Depend on type)
- Busan T-shirt = 8,000 won
Shinsigae
- 2PM CD (hands up) = 14,500 won
- 2PM book ,Dont Stop Cant Stop concert = 39,000 won
-2PM card = 30,000 won
- Girls Generation Phuket Package = 59,000 won
(poster mintak free)
iv) 4th Day
Myungeong
- KBS Studio - 2,000 won
- Cycle train - 7,000 won

v)5th Day
Seoul
Namdaemun Market
- Brooch = 3,000 won (depend on size and type)
- T-shirt = 10,000 won (3 pcs)
- Steel chopstick - 8,000 won (5 pcs)
-Nail clipper hand made = 8,000 (8 pcs per pack)
Gyeongbokgung Palace = 3,000 won

vi) 6th Day
From Seoul (Suwon) by bus to Incheon International Airport = 12,000 won

*Suma bajet diatas kebanyakan hanya untuk souvenior dan entrance fees.
* Kalo korang dapat naik subway train perbelanjaan sana sangat save sebab kalo 10,000 won mau 10 tempat kat seoul leh pegi atau lebih.
*Bajet kat atas tak termasok minyak and transport.
*Tak termasok bajet Chalet, kat sana berlambak motel yang murah dalam +/-40,000 won , kalo nak dok hotel lebih la bayarnya.
"Disarankan convert duit ke KRW (won) awal2 jadi takde la mengganggu perjalanan korg kat sana nanti simpan la beberapa baki lagi buat backup. Currency KRW agak tinggi lebih kurang ngn US dalam rate 3.10,2.98,2.96 bergantung kepada keadaan, kalo dpt yang lagi rendah mmg bagus.Kalo boleh awal2 dah separate mana untuk transport, makan, motel, shopping etc"


Lebih senang korang ada guide tak pening2 nak mencari apa, dimana, bagaimana suma dah disediakan untuk korg. Lebih ramai lebih jimat. =)






By ShaRil rOutH WelLinG with 35 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives