KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Thursday, December 31, 2009

Wall Climbing at Taman Cabaran Putrajaya



Kali ni kitorg ke Putrajaya , di mana kitorg ke tempat yg tak penah tau ada wall climbing kat tempat kat kawasan ni iaitu di Taman Cabaran Presint 20, Putrajaya.

Waktu kami pegi ni, tgh promosi free sampai 15hb Januari 2010 climbing selama mana yg kita mahu, termasuk accessories sekali.




Tepat pukul 10 kitorg sampai kat Challenge Park (Wall Climbing) , ingatkan dah penuh org rupanye instructor sorg pon takde sbb diorg ada meeting, jd bertapa la kami bertiga kat dalam tu, lebih krg pukul 11 lebih ada beberapa org mula dating. Time tu lak hari Rabu so tak ramai la yg dtg, untung utk kitorg leh conquer tempat tu wat masa tu.

Dan waktu kami berkenalan ngn beberapa org yg dtg, (nama pon tak kenal just panggil diorg kak ngn abang je), byk gak la kitorg belajar , cara2 climbing dgn selamat, cara ikatan tali dan mcm2 la. Kalo takde diorg mau kena byr kat trainer tempat tu lebih kurg RM20 ke RM40 cmtu, dan amik masa 2 jam, dgn abg yg ajar time tu, tak sampai 2 jam pon, free lak tu.


Dinasihatkan kalo rasa nak puas dan selesa climbing, isikan perut tu dulu, jgn biar berlapar, sbb takut korg rasa lemah , kalo leh bawa makanan banyak2 kat tempat tu, bawa je la. Leh je berkelah kat situ sambil climbing.

Lepas 15hb Januari 2010, bayaran masuk utk Wall Climbing RM6 tak termasuk accessories, kalo termasuk accessories ada la lebih kurg RM18 satu hari, sangat berbaloi.
Bayaran utk satu hari tu, korg nak balik rumah jap pastu dtg balik, ke then nak gi jalan2 pastu dtg balik ke… mmg utk satu hari, tak silap dier akan bagi mcm tag, atau tanda yg kita bayar utk wall climbing, lebih kurg cmtu la..














Utk keterangan lebih lanjut korg leh hubungi :

Mohd Hairizam Bin Mohd Amin
Technical Assistant Wall Climbing
+6012 – 252 4539
yogaboy@yahoo.com

Putrajaya Challenge Park
Jalan P5, Presint 5,
62200 Putrajaya ,
Malaysia

By ShaRil rOutH WelLinG with 6 comments

Sunday, November 15, 2009

White Water Rafting, Sg Slim Perak





Pada 14hb November 2009 , pukul 7.15 aktiviti white water rafting aku ngn sepupu sepapat aku kat Sg Slim bermula. Lebih kurg pukul 9 lebih sampai je kat pejabat pos Kuala Kubu Bharu sbb tempat jumpa guide2 rafting yg asalnye nak gi Sungai Selangor kat Kuala Kubu Bharu tp dengarnye time tu air kat sana cetek tak seswai utk rafting so plan ubah ke Sg Slim, Perak. Aku tak berapa ingat jalan kesana, sbb time tu terpaksa follow dgn keadaan yg laju so tak sempat nak hafal dan cam jalan. heee....

Menuju la kitorg follow mamat guide yg bernama PIE and da gang ke toll exit Tanjung Malim tak silap aku, Kebetulan plan tukar ke sg Slim, ada lak group dr CIMB pon wat rafting tempat yg sama, so join la sekali ngn diorg... boleh kata kalo dh campor diorg agak ramai yg berrafting time tu dekat 6-7 rakit tak silap yg guna setiap rakit dlm 6 -8 org termasuk guide. Aku bersama sepupu aku dan kawan sepupu aku dalam 9 org.



Agak jauh ke pedalaman gak nak ke tempat rehat dan peyimpanan alat2 rafting , boleh kata area tempat org2 asli. Sampai saja tempat rehat dimana disitu tempat makan dan minum lepas berrafting nanti , PIE memperkenalkan diri dier dan guide2 yg akan join utk rafting ini. Kitorg disuruh mengambil safety equipment utk rafting nanti iaitu, Helmet dan Safety Jacket. Sambil menunggu 'Bas Sekolah' kitorg warm up dulu utk meregangkan segala2 yg keras. =)
Sungguh 'moden' bas sekolah nak ke kawasan rafting tu dan jalan nye pon jauh dan 'BERLIKU-LIKU' yg mengandung leh wat terberanak kalo lalu jalan tu. Lebih kurg 20 minit jugak nak ke kawasan rafting tu, sampai sahaja kat situ PIE bagi penerangan arahan2 yg perlu ikot time rafting nanti dan cara berrafting. Setiap org disuruh ambil satu paddle utk rafting nanti sbb masing2 akan memainkan peranan nanti. Heee...



"Forward", "Back", "Over Left", "Over Right", "Over Back", "Over Front", dan "Stay In", setiap arahan yg akan diberi oleh guide masing2 dalam rakit nanti harus kitorg peka. Sbb arahan2 tersebut memainkan peranan waktu berrafting di arus yg deras. Nampak senang je mcm nak ikot tp bila dh kat dlm rakit tu kelam kabut jdnye. 'Berhimpit2' jdnye... hahaha..
Nasib baik ada check point utk berehat, mmg lenguh dan letih dibuatnye. Lebih kurg 2 jam kitorg berhempas pulas merentasi arus deras Sg Slim.... sampai leh terasa kejang2 otot, bontot, peha, aduh... Aku nasihatkan diri aku lepas ni Warming up betol2 lenkali .

Jarak Sungai Slim ni dianggarkan 6 km dengan kelajuan dr Kelas 1 hingga Kelas 3 dan berakhir kat tempat cetek. Sungai Slim berbatu2 dengan ruang yg kecil and sempit , ia dipanggil 'Creeking Run'.




Lepas selesai berrafting kitorg balik ke tempat rehat semula dgn 'bas sekolah' utk mandi dan makan. Lebih kurg pukul 4 lebih habis aktiviti rafting, kalo nak tau situ pon ada pakej utk paint ball , tak silap RM120 kot utk 500 marker, aku pon tak berapa sure just dengar2 mcm tu je.

Kat bawah ni ada beberapa info kalo korg nak gi White Water Rafting kat Sungai Slim ni, aku selit jugak pakej White Water Rafting kt Kuala Kubu Bharu.

RAFTING - 1 DAY SUNGAI SLIM, KAMPUNG ULU SLIM PERAK.
Cost : RM 170/pax
Group Size : Minimum 10 pax/ Maximum 60 Pax


RAFTING - 1 DAY SUNGAI SELANGOR, KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
Cost : RM 180/pax
Group Size : Minimum 5 pax/Maximum 60 pax



Org yg korg leh hubungi ;

PIEROSE

PieRose Swiftwater Sdn Bhd (760362-A)
No. 11 Jalan Damai 7
Taman Damai Utama
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor , Malaysia

Tel/Fax : 603-60645040
Mobile : 6019-6458615
: 6013-3613991

Email : pierose13@yahoo.com
: info@raftmalaysia.com

Website : www.raftmalaysia.com





TIPS :

- Bagi yg nak rakam kan gambar ke video, utk rafting takde masalah nak bawa tapi better beli water proof pouch utk kamera, kalo nak dibandingkan water proof casing yg jual kat kedai2 kamera rasanye agak mahal dan tak suma kamera leh suit, tp utk pouch yg aku pakai ni, hampir suma mana2 kamera leh suit, ada pelbagai size.



- Kalo korg rasa nak bawa bag berrafting sekali leh beli water proof bag harganye RM80 utk 20L , kalo 10L RM60. Tp better takyah bawa waktu berrafting sbb agak menyusahkan, lgpon nanti PIE akan tolong simpankan barang2 sehingga selesai rafting.

Kat bawah ni tempat barang2 tu jual yg aku maksudkan tadi ;

Multi-Purpose Camera Waterproof Pouch – RM90

Camera Zoom Lens Compliance Waterproof Pouch – RM110

Adventure Dry Sack 10L – RM60

Adventure Dry Sack 20L – RM80

Waterproof Music Arm Pouch – RM90

Waterproof Earphone – RM90

Package – Waterproof Music Arm Pouch + Earphone – RM170



Premier GPS Sdn. Bhd.

(Note: Full product range)

Lot UG-10A, Upper Ground Floor,

Plaza Lowyat, Off Jalan Bukit Bintang , 55100 Kuala Lumpur


Peakvision Sdn. Bhd.

(Note: Full product range)

T-227, 3rd Floor, The Gardens,

Mid Valley City , Kuala Lumpur


Global Scuba

(Note: Full product range)

Lot. S38A, 2nd Floor,

1 Utama Shopping Center,

Leboh Bandar Utama,

47800 Petaling Jaya.


Sealantis Dive Centre

(Note: Full product range)
P-289, 1 Utama Shopping Centre,

47800 Selangor.


Dolphin Sport Adventure Sdn Bhd

(Note: This dealer carry our dry bag and multipurpose pouch only)

10-1, Jalan PJS 8/10,

Dataran Mentari Sunway,

46150 Petaling Jaya


Ms Daphne Lau
Outdoor Centre Sdn. Bhd.

(Note: They carry our dry bag range only)

242-C, Jalan Ampang,

50450 Kuala Lumpur , Malaysia



Website :
http://www.hyper-gear.com

By ShaRil rOutH WelLinG with 19 comments

Saturday, October 10, 2009

Bangkok , Thailand



Kalo tak disebabkan mungkin lambat lagi aku nak sampai kat Thailand. Time ni ada exhibtion Oil and Gas Power Gen Asia yang bertempat di Bangkok, aku dengan sorg lagi rakan sekerja Fendy dan juga Bos aku datang event ni utk cari client yang boleh bekerjasama di masa hadapan .



Kitorg bertolak lebih kurang pukul 7: pagi daripada LCCT dan mengambil masa 1 jam lebih je Airport Suvarnabumi, di Bangkok masa dorg sejam lebih awal daripada Malaysia. Terus kitorg ke Hotel di Surawongse Road.


The Plaza Hotel Bangkok
178 Surawongse Road,
Bangkok 10500, Thailand

Tel : (02) 235-1760-79
Fax : (662) 237-0746
Site : plaza@mandarin-bkk.com

Bagi aku Hotel ni tempat nye sangat strategik sebab terletak di tgh bandar dan berdekatan dengan Restoren Malaysia yang semestinya dijamin halal, bila kita dah di negara orang satu perkara bagi org Muslim yang susah nak cari ialah makanan halal tp nasib baik Restoren yang dikendalikan oleh orang Kelantan (x silap aku) ada. Berjalan kaki dalam 1 km je dah boleh, x jauh mana pon.

" ni la Restoran Cili Padi yang di kelolakan oleh orang Malaysia kat Thailand ni"




Kalo dah datang Bangkok kalo tak dtg Pat Pong ni mmg x sah, dr hotel ke Pat pong tak jauh mana pon. Time pagi kalo lalu area patpong ni mmg nampak mcm suci je tempat ni takde apa2 kat sini kecuali beberapa gerai kecil di tepi jalan. Tapi bila waktu malam segalanya berubah, kiri kanan korg akan nampak barisan perempuan tersusun utk di'pilih' pelanggan. Termasuk banyak kedai-kedai buka, bagi 'orang' yang tak tahan ni la 'syurga' bagi dorg. Kelab , massage itu tak yah cakap la berlambak2 kat sini nak diurut pompuan ada, nak diurut laki pon ada.
Tapi aku pusing2 cari barang kat sini, terlalu byk barang suma standard sama je setiap kedai cuma pandai tak pandai je korg menawar.







Esok harinya kitorg gi Nana , Nana ni nama tempat di mana kawasan dikelilingi ramai warga asing especially orang Arab, sini pon salah satu tempat yang mudah nak cari makanan halal. Aku gi sana naik teksi tapi boleh juga naik keretapi (lebih kurg lrt la kalo kat sana) dari hotel kena berjalan kaki jauh sikit la nak ke stesen keretapi tu.
Kat Nana ni pon tak kurang hebatnya mmg sesak , kat sini kalo shopping mall baru leh jumpa yang ada Surau, kedai2 sini boleh tahan murah jugak tp mcm biasa la kena pandai tawar ngn peniaga.





" BTS Skytrain pengankutan yang digunakan kat sini, mmg mudah route nye pon tak complicated"



Ni antara makanan di kedai Arab kat Nana, mcm aku ckp kalo korg nak cari makanan halal kat Nana ni senang cari, dekat area tempat hotel aku x sure mana lagi ada selain Restoran Cili Padi tu. Boleh la bungkus bawa balik hotel.






By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

Saturday, August 29, 2009

William's Corner


Hari ni dah seminggu berpuasa ( 29th August 2009, Jumaat) , ada jemputan berbuka ngn glidertiam (owner yg memiliki sugar glider) , actually glideriam ni start drp satu forum maya dimana kat forum ni kitorg byk discuss pasal penjagaan sugar glider. Pada asalnye masing2 hanya kenal melalui nickname masing2 tp tak kenal rupa, tapi lepas buat gathering masing2 dah kenal sesama sendiri dan lebih rapat lagi, dah dekat setahun lebih dah komuniti ni. Aku bukan la nak citer pasal asal-usul glidertiam , itu sbg mukadimah je tp nak citer pasal satu kedai makan ni dipanggil WILLIAM'S CORNER aku tau kedai makan ni sbb gathering kalo tak mmg aku tak tau.
Jangkaan awal aku bila dgr nama kedai , kedai ni umpama sebuah kedai yg berada di deretan kedai atau mcm restoren kecil (kopitiam) tp jangkaan aku meleset, lebih teruk dr tu (pikir2 je la sendiri ye ). Tp pelanggan nye boleh kata ramai sgt yg dtg disbbkan keunikan masakannye,
masakannye takdelah SPLENDID atau MARVELLOUS atau PERGHH sgt... tp kepelikkan dan keunikannye ialah mintaklah apa saja semestinye ada sbb tu kalo dtg sini korg akan pening nak makan apa sbb takde menu. Hampir 20 minit gak nak memikirkan makan apa melainkan order makanan yg biasa order tu tak yah ckp la.
Kalo rasa dah pening panggil org besar kat kedai tu dier leh suggestkan , kalo ckp Nasi Goreng... mcm2 jenis nasi goreng ada dgn nama yg pelik2 termasuklah kalo jenis pasta , mee, sup . apa2 je la... mmg ko pon penin nak apa. Minumannye pon mcm ada ckp je la apa saja.
TETAPI... ini yg penting, bg sesapa yg bukan jenis makan byk better kongsi 2 org sbbnye pinggan yg digunakan besar dan semestinye makanannye pon byk. SERIUS korg takkan habis, melainkan korg mmg makan byk. Certain makanan tu even byk tp masih ada selera nak dihabiskan tp sesetengah tu agak muak nak dihabiskan. Tak pon pilih jenis yg lain so maisng2 leh merasa makanan yg berlainan tak yah la beli yg sama kalo masih nak order masing2 punye.
Begitu juga ngn minuman , kalo jenis gelas besar MMG BETOL2 BESAR punye dier kasi, boleh kembong perot yg kurus.












Aku tak berapa ingat nama2 makanan yg diorder oleh member2 aku yg lain, yg aku cuma ingat aku punye, ini pon disuggest oleh Org besar kedai tu , namanye "PASTA IKAN BILIS SELIPAR". Agak pelik kan bunyinye, tp mmg itulah namanye, air yg aku order lak Carrot Susu gelas besar smmgnye besar ya amat. Tp korg cuba try air mangga nye (rupanye lebih kurg manggo blended la...) mmg TERBAIK, SEDAP, PURE!!
Harganye... hehehehe... boleh tahan gak la, kalo pinggan pon dah besar, dlm satu makanan tu mcm2 letaknye, so paham2 je la.. tp masih di tahap yg mampu la. Aku punye je,
Pasta ikan bilis + Carrot Susu gelas besar + blended mangga gelas biasa = RM 40

" Pasta Ikan Bilis Selipar"


Camna nak pegi sana mudah je (bg aku la.... itupon lepas member aku tunjukkan, thanks to elee).
- Guna lebuh raya LDP yg menuju ke IKANO, CURVE, ONE UTAMA. Semasa korg lalu tu korg akan nmpk Kelana Jaya LRT Station kat sebelah kanan kan..... pastu ada shop lots kat sebelah kiri . Kat depan Jalan raya kat shop lots tu ada bus stop juga depan Kelana Jaya LRT station, masuk ke sebelah kiri lepas bus stop /shop lots tu drp LDP tu la. Pastu belok ke kiri lepas dua traffic light , traffic light yg pertama dan kedua tu agak dekat2 letaknye jd better terus amik lane kiri. Pastu terus................. je ikut lane kanan k, dan korg akan nmpk shop lots kat sebelah kanan (atau dipanggil LIM KOK WING lama) pastu belok kanan melepasi 7-Eleven. WILLIAM's CORNER berada disebelah kiri bertentangan ngn convenient shop.
Kedai tu mmg kedai makan yg agak tak 'berupa' umpama kedai2 makan tepi jalan , actually bersambung ngn kedai2 makan yg lain, jd jgn salah masuk, sbb situ pon ada kedai makan cina yg berdekatan.
Kalo perasan ada satu kedai nama SUNFLOWER dan belakang (bukan deretan) kedai SUNFLOWER tu ada mcm satu kedai runcit, depan kedai runcit tu (atau boleh dikatakan tepi) la bhg WILLIAM's CORNER.

Alamatnye:
William,
Along Jalan SS26/9,
Taman Mayang Jaya,
Petaling Jaya.


View Larger Map

By ShaRil rOutH WelLinG with 24 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives