KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Friday, August 31, 2012

Kayuhan Merdeka Raya (3 Hari 2 Malam) : Kapar ---> Kuala Selangor ---> Tanjung Karang ---> Kapar



**DAY 1 
Hari Kemerdekaaan ke-55 yang jatuh pada hari Jumaat adalah permulaan pertama aku join group Darul Ehsan Touring Cyclist atau singkatan DET-C dimana group ni adalah cyclist yang aktivitinye mengembara dengan berbasikal di seluruh kawasan selangor . Kayuhan ni dikelolakan oleh kak Ija dan Wak Jan juga beberapa orang di belakang mereka yang sangat berpengalaman dalam touring berbasikal hampir seluruh pelosok dunia dah gi . =p.
Kitorg start berkumpul di Kompleks Belia Rakan Muda, Jalan Klang Perdana, Kapar. Dari rumah bujang aku di Meru adalah dalam 20-30 minit je, kalo dah dok area pekan takde nye,itulah nikmatnye kerja kat pekan berbanding bandar yang sibok dengan kesesakan lalu lintas.

Tempat berkumpul :  
Rakan Muda Daerah Klang, Jalan Klang Perdana
Koordinat N 3.085045, E 101.368496


CLICK PICTURES FOR LARGER VIEW

Sampai2 sahaja depan pintu pagar nampak kelibat mcm pak guard pompuan dengan basikal tapi rupanye kak Ija dan Cowboy Kapar Wak @ Abdul Rahim. Dengan penuh harapan kami harap kedatangan kami diiringi paluan kompang dan karpet merah tapi takde, huh. =(
Kebenaran untuk parking kat Kompleks Rakan Muda dilakukan oleh organizernye utk memudahkan dan lebih rasa selamat keadaan kereta tu dengan dijaga Pak Guard kat Kompleks Rakan Muda. Kalo diikotkan tak banyak kereta yang parking disitu sebab kebanyakan yang lain kayuh dari rumah

 



Asalnye pukul 9:00- 9:30 pagi sudah dimulakan sesi taklimat dan bergerak tp ada beberapa pengayuh yang tidak sampai jd di anjak ke pukul 10:00 pagi, mungkin sukar nak cari Kompleks Rakan Muda bagi yang tidak biasa area Kapar ni. Aku pon walau dah dok setahun ulang alik Meru - Kapar still guna GPS lagi nak cari kawasan area sini.
Agak2 dalam pukul 10:00 tu dah cukup lengkap suma pengayuh tegar sampai , kitorg mulakan dengan sesi taklimat dan bacaan doa.


Tak lengkap kalo tak amik group photo dulu sebelum mulakan kayuhan, kalo akhir2 baru nak amik mmg alamat beberapa butir je la yang ada. Total yang join kayuhan ni lebih kurang 40 orang yg asalnye di buka terhad kepada 50 orang  tetapi tak suma yang start kayuh daripada Kapar, ada yang menunggu di Kuala Selangor atau Tanjung Karang. Dan ada juga tak dpt datang sbb masalah yang tak dapat diatasi.

RM50 dikenakan keatas setiap peserta untuk bayaran-bayaran breakfast (Day 2 & 3), 1 lunch (Day 1) and 1 dinner (Day 2), tapak perkhemahan di Taman Ikan Air Tawar dan homestay di Tg Karang. Untuk aku dan 3 org rakain lain kitorg dok homestay di Jalan Laksamana, Taman Laksamana 2 Kuala Selangor jd hanya perlu membayar RM48.
Dibawah ni adalah page asal event kayuhan merdeka lengkap dengan butir2 pasal kayuhan ni.

"EVENT KAYUHAN MERDEKA RAYA" 

 


Maka mula la kayuhan ni dengan semangat Kemerdekaan yang semestinye "Janji Ditepati", hehehehe.. Dari Kompleks Rakan Muda, Jalan Klang Perdana melalui Jalan Keretapi Lama, Jalan Persekutuan No. 5, Kampung Sungai Janggut, Pantai Remis dan Pantai Jeram.


" Check point di Pantai Remis sebelum menuju ke Pantai Jeram"

Pantai Remis boleh dikatakan destinasi pantai yang agak terkenal tak terkenal jugak la... yang terletak di Sungai Sembilang area Jeram. Remis ni dinamakan sebab banyak kulit2 kerang sepanjang pantai ni. Dan popular dikalangan orang local untuk main layang2 dan aktiviti memancing, beranang aku tak pasti sebab kebiasaan kalo pegi sini tak penah nampak orang berenang.
Kat Pantai Remis ni pon banyak jugak kedai2 yang menghidangkan masakan melayu tradisional seperti Ikan Bakar, Ikan yang dipanggang atas arang dengan di balut daun pisang.

Kat area sini pon ada disediakan beberapa penginapan seperti Pantai Indah Seaview Resort, apartment dan hotel.


Sampai je di Pantai Jeram kitorg berehat sekejap minum2, mamam2 , hirup udara segar, lepas udara segar sementara sambung menuju ke Pekan Sungai Buloh untuk sembahyang jumaat. Time ni la segala bagai jenis air suma rasa sedap sebab haus punya pasal.


Lebih kurang pukul 1:00 tengahari kitorg sampai kat Pekan Sungai Buloh dan singgah di Masjid yang aku dah lupa namanye utk Solat Jumaat. Nasib baik awal gak sampai jd tempat masih kosong untuk kumpul basikal dalam area masjid tu. Lepas Solat Jumaat lunch sudah disediakan untuk tatapan perot. Pukul 2:30-3:00 ptg cmtu kami mula kayuh balik dari masjid menuju ke Kuala Selangor untuk bermalam di area sana.

Lebih kurang 5 jam kayuhan termasuk time rehat akhirnye sampai di Taman Alam Kuala Selangor (Koordinat N 03.33908 E 101.24534) dengan jarak kayuhan lebih kurang 68++km. Di sini la kitorg akan bermalam, actually bukan suma kitorg tu, hehehe.. Disebabkan aku ngn 3 kawan lagi ( Azan, Syaaban dan Merah) takde khemah jadi kami dok homestay di Taman Laksamana. Homestay ni kami dah booking 3 minggu awal sebelum start kayuhan ni sebabnye takut penuh time tu.

" Pintu masuk Taman Ikan Air Tawar"


Inilah kawasan Tapak Perkhemahan Taman Ikan Air Tawar siap ada bumbung lagi jd tak yah riso hujan cumanye panas dan bernyamuk tp itu tidak mematahkan semangat kitorg untuk bermalam dah kata touring takleh lah nak expect mewah yang penting enjoy. Sewa tapak khemah ni RM4 per pax dorg siap sediakan lampu dan letrik untuk charge telefon ke apa ke. Kalo rasa x nak tido khemah, kat sini pon disediakan chalet, leh call ni untuk booking Chalet Taman Alam. Tel : 03-32892294. Tak pasti berapa harganye tapi yang pasti tak sampai RM100 utk yg bajetnye.

Ini la homestay yang kami berempat tinggal kat Kuala Selangor dibawah ni alamat dan no telnye.

Rumah Rehat Laksamana
No. 9 Jln Laksamana 2, Tmn Laksamana, 45000 Kuala Selangor.
Teres setingkat, 3 bilik(b/utama aircond), 3 b/air
0132779027 (Sal), 0133460734 (Shah) / shazrimiza@hotmail.com
RM150(weekday), RM180(weekend)

http://serianggerik.com/negselangor.html

Rumah ni bagi aku sangat ok , tuan rumahnye dok bersebelahan homestay ni dan sangat peramah. Malamnye kami ada jemputan kenduri kawen anak Cikgu Ahmad Nasir di area yang berdekatan, malam tu kira save bajet la makan free.. hehehehe..


PHOTOS CREDIT TO Bang Syaaban


BELOW PHOTOS CREDIT TO Cikgu Ahmad Nasir

Sebahagian daripada selepas sahaja pegi ke tempat tapak perkhemahan di Ikan Air Tawar , mereka berkumpul dan kayuh menuju ke Bukit Melawati. Macam aku ngn 3 org kawan lagi dok homestay yang agak jauh sikit drp dorg, kalo dah mula rehat kat homestay kira minta maaf la nak kuar dengan aircondnye ditambah tuan rumah ajak makan kebetulan dier wat rumah terbuka pekena la mee sup, nasi himpit ngn sambal kacang mmg umpama org ngantuk disorongkan bantal.

Bukit Melawati ni kalo ada sesapa tak penah pegi apa yang aku tau sikit2 adalah bukit yang mempunyai sejarahnye tersendiri dan antara tarikan paling popular di Kuala Selangor sekarang ni. Di puncak yang rendah tu asalnye adalah kediaman kepada kota berkubu Sultan Ibrahim pada akhir kurun ke 17. Usahanya adalah untuk memastikan keselamatan negeri daripada jajahan Belanda yang telah conquer Melaka.
Kubu ini didirikan daripada kepingan batu yang solid and di sokong oleh tiang yang besar dan kuat 
Disini juga terkenal dengan kehadiran Monyet perak atau Silver monkey yang menjadi tarikan pengunjung , lebih2 lagi kejinakkannye.

BELOW PHOTOS CREDIT Pak Ngah




**DAY 2  



Seawal 5:00 pagi aku dah bangun bukannye sebab takleh tido tapi ada member tu kulit buaya tido dalam keadaan aircond yang sejuk dan kipas yang laju. hahahaha.. aku lak yang tak tahan sejuk. Dah alang2 bangun awal time tu, mandi2 , siap2 sembahyang subuh pastu gerak ke Taman Ikan Air Tawar tempat berkumpul utk ekspedisi hari ke-2.


Kalo ditengokkan Taman Ikan Air Tawar ni mcm sadis tol penjagaannye tak di jaga rapi, pihak yang bertanggungjawab pun mcm tak ambil tindakan untuk memperbaharaui kawsan ni , kata kawasan pelancongan at least bg la nampak kemas, cantik. Bila ditengokkan takde yang menarik utk diteroka melainkan hanya tempat utk bermalam sahaja.


Semua berkumpul dalam pukul 9- 9:30 pagi cmtu di depan pintu masuk Taman Ikan Air Tawar sebelum mulakan kayuhan selepas bersarapan di kawasan perkhemahan.


Dari Taman Ikan Air Tawar , Kuala Selangor kami melalui, Jalan Ara,  Jalan Bagan Sungai Yu, Bagan Pasir, pekan Tanjung Karang, Jalan Jepun, dan Pantai Sungai Burung. Dan kami berhenti sekejap di Bagan Pasir menikamati keindahan pantai di situ sambil bergambar ler... bila masa lagi nak datang nanti.

" Tekun Abah mengambil gambar basikal terbangnye "

Bagan Pasir  sebuah kampung kecil dimana kebanyakkan penduduknye adalah nelayan.Kampung ni boleh dikatakan terletak di daerah Tanjung Karang dan taraf hidup di sini boleh dikatakan rendah sebab agak jauh dari pusat bandar. Majoriti penduduk yang tinggal di sini adalah masyarakat cina.

Apa yang aku perasan waktu kayuh kat sini ada satu restoren iaitu Suang Le River Restaurant yang mungkin boleh korg cuba makanan lautnye, tp waktu kami kayuh di sini tak cuba pon dan tak pasti kehalalannye utk kami sbg muslim tapi kalo makanan laut kebiasaan takde masalah cuma mungkin dari segi hidangan lain. Bagi non muslim sememangnye yang takde masalah dengan makanan laut boleh cuba kat restoren ni.

Direction tempat ni aku tak berapa pasti sebab kitorg kayuh menggunakan jalan kampung dan tak berapa familiar untuk aku describe tapi atas pencarian aku untuk ke tempat ini. 

Kalo korg daripada Kuala Selangor just terus ke depan menuju ke Tanjung Karang. Lepas je bandar Tanjung Karang tengok2 sikit singage ke Bagan Pasir lebih kurang 3 km rasanya sepanjang jalan besar tu. Terus ke depan dan tengok di sebelah kanan Restoren Suang Le River. Then masuk kanan dan boleh parking.
"Kedai runcit tempat persinggahan kami sebelum menuju ke Jalan Jepun yang tiada org Jepun"

"Aku tak ingat mana jalan ni, tp kat sini kami terserempak/jumpa sorg wak pakar buat parang"


Akhirnye kami sampai di Parit Tiga Sungai Burung, syok lak tengok pantai bukan selalu dapat lepak sini. Dapat dilihat kat sini banyak sampan dan bot yang bergelimpangan kat darat , jd kita leh tau hasil pendapatan dorg banyak bergantung kepada hasil laut.

"Ini lak kawasan parit 4 dan masih di kawasan Kuala Selangor"


Selepas mengharungi pelbagai rintangan , onak dan duri sampai di area sungai Sekinchan, kiranya dah sampai Sekinchan la ni. Elok je regroup kami sambung kayuhan menuju ke tempat makan di Restoren Lembah Bernam. Boleh tahan jugak jauhnye tp disebabkan lapar kami gagahi juga ke sana dengan panas teriknye.

Sekinchan ni salah satu perkampungan kecil jugak di daerah selangor. Daripada KL aku rasa ada dlm 100km kot tp kalo dr Kuala Selangor dekat la 20++km. Ia terletak di tengah2 dimana penghasilan beras di area selangor dan antara area terpenting penghasilan beras.
Sekinchan ni dalam bahasa cina bermaksud "Kampung yang sesuai untuk penanaman". Tanah dan cuaca kat sini sangat sesuai untuk bertani seperti padi, buah2an dan sawit. Sini kiranye antara kawasan terbesar penghasilan beras. Kalo lalu sini boleh nampak kehijauan sawah padi yang susah korg nak lihat kat tempat lain. dan Sekinchan juga popular dengan kampung nelayannye. Tak silap pada awalnye Sekinchan boleh dikatakan dikenali dengan aktiviti hasil laut tp skrg lebih kepada sawah padi.


Dalam menuju ke Restoren Lembah Bernam kami melalui kawasan Sawah Padi di Tanjung Karang tp sawah padi di situ sudah habis di tuai maka x nampak menghijau yang cuma tanah yang baru dibajak .


Ini lah Restoren Lembah Bernam yang kami tuju utk lunch , first time aku dtg sini walaupon beberapa kali dtg Tanjung Karang agak tersorok gak tempat ni bg aku. Mmg takkan tau kalo aku tak folo DET-C ni. Pilihan makanan kat sini tak berapa banyak dan harga nye pon boleh tahan mahal bagi aku. Tp air buahnye mmg awesome sedap lebih2 lagi time panas ni. 2 gelas besar gak aku order time ni, mmg kembung perot dibuatnye. Sini apa yang aku tau terkenal dengan daging landak dan rusa tp time kitorg dtg tak perasan lak ada tidak daging tu tau ia special order.  Next time datang rasanye mesti cuba rendang landak , mana lagi nak cari makanan cmtu di bandar.



Site : Restoren Lembah Bernam

Restoran Lembah Bernam (find them on facebook)
(Haji Jaafar & Hajjah Sarah)

Address:
Jalan Main Canal (or Jalan Terusan Utama),
Tali Air 9,
Pasir Panjang,
45400 Sekinchan,
Selangor

Contact Numbers:
+6.017.285.8603
+6.019.213.3665

Opening Hours:
11:00am – 5:00pm (closed on Fridays)


Lepas selesai lunch kami sambung kayuh balik patah balik menuju ke Homestay Tanjung Karang tempat kami bermalam dan mengadakan bengkel basikal.

"Bengkel basikal diceramah oleh Akmal dari Universiti Putra Malaysia. "



**DAY 3 


Hari terakhir kayuhan sememangnye dinantikan, selepas kitorg bersarapan kayuhan dimulakan lebih kurg pukul 9:30 pagi. Pagi tu badan rasa macam masih letih je lagi dan perut pulak rasa berangin sbb bila nak makan rasa mcm nak tak nak masuk mungkin sbb ni first time kayuh jauh2 ,kata org. Memang lepas ni prepare apa yg perlu bagi mengelakkan berlaku lagi, kalo tak... rugi tak dpt menikmati makanan dengan selera.

Tempat bermalam yang kami tinggal ni namanye Amin Homestay.
Amin Homestay,
 Lorong Berlian B, Kampung Parit Serong, Tanjung Karang
Koordinat N 03.42330 E 101.22910


Perjalanan balik laluan yang kami tempuh ialah jalan besar di Tanjung Karang, cuaca time tu sekejap panas sekejap redup dan sempat gak singgah kat Cendol Durian Borhan pekena Cendol Durian RM2. Kat situ bukan setakat Cendol Durian , ada gak jenis yang lain boleh menjadi pilihan. Time kitorg datang tak ramai orang tapi elok je dah agak penuh ngn warga DET-C ramai pulak pelanggan lain masuk, penuh kedai Cendol Durian Borhan ni.

" Ini la pelayan yang bawa air untuk pelanggan siap pakai helmet utk keselamatan"
" Ini la Cendol Durian yg aku makan"


Dalam perjalanan dr Tanjung Karang ke Kuala Selangor , di Kuala Selangor kami sempat singgah di kawasan arca yang diperbuat dari bahan2 terbuang.


Time ni kami dah melalui Pantai Remis dan Pnatai Jeram menuju ke Sungai Serdang untuk pekena Mee Soto Sg Serdang.


Kami sampai ke Kompleks Rakan Muda , Jalan Klang Perdana balik pada pukul 3:30 petang dengan hati yang lega dan puas.

Anggaran keseluruhannye jarak kayuhan ni. (Dah alang2 ada post kat DET-C, so aku copy je, hehehehe)
- Jumlah jarak kayuhan: [64.97 + 73.32 + 55.52] = 193.81 km
- Jam kayuhan (terkecuali waktu berhenti): [3:48:12 + 5:28:15 + 3:48:33] = 13 jam 5 minit
- Purata kelajuan: [ (17.0 + 13.4 + 14.5) / 3 ] = 14.97 km/j 
- Kelajuan maksima: 34.1 km/j
 VIDEO KAYUHAN MERDEKA RAYA 2012

Ringkasan perjalanan Kayuhan Merdeka Raya (Diubah daripada Kak Ija punye):

Hari Pertama
31hb Ogos 2012 – Jumaat
-Peserta berkumpul di Kompleks Belia dan Sukan Daerah Klang. Meletakkan kereta masing-masing. Persiapan teknikal terakhir.
-Sessi taklimat keselamatan dan perjalanan. Bacaan doa selamat
- Bergerak memulakan kayuhan. Melalui Jalan Keretapi Lama, Jalan Persekutuan No. 5, Kampung Sungai Janggut, Pantai Remis dan Pantai Jeram.
-  Tiba di pekan Sungai Buloh. Berehat. Solat Jumaat bagi yang beragama Islam
- Makan tengahari di Masjid Pekan Sungai Buloh. “Pack food” diedarkan kepada peserta
- Menyambung perjalanan ke Kuala Selangor.
-  Tiba di Kuala Selangor. Masuk ke Taman Ikan Air Tawar untuk menyediakan khemah masing-masing
-Berkumpul di kaki Bukit Melawati, Kuala Selangor.
-Menaiki Bukit Melawati untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.
- Menuruni Bukit Melawati dan menuju ke lokasi penginapan masing-masing. Berehat.
-Menuju ke kediaman Encik Ahmad Nasir bagi menghadiri jemputan kenduri kahwin.

Hari Kedua
1hb Sept 2012 – Sabtu
-“Pack food” diedarkan untuk sarapan pagi dan peserta bersiap untuk keluar dari Taman Ikan Air Tawar
- Taklimat ringkas perjalanan dan keselamatan. Bacaan doa selamat.
-Memulakan perjalanan dari Kuala Selangor melalui Jalan Persekutuan No. 5, Jalan Ara, Jalan Bagan Sungai Yu, Bagan Pasir, pekan Tanjung Karang, Jalan Jepun, dan Pantai Sungai Burung.
-Tiba di Bagan Sekinchan. Keluar ke pekan Sekinchan. Singgah di Masjid Sekinchan untuk solat Zohor
- Makan tengahari di Restoren Lembah Bernam
- berkayuh ke Homestay Amin. Melalui jalan persekitaran bendang di Sekinchan hingga ke Tanjung Karang.
-Makan malam di Homestay. (makanan disediakan)
- Bengkel pembaikan basikal oleh Saudara Akmal


Hari Ketiga
2hb Sept 2012 – Ahad
-Bersarapan pagi di Homestay (makanan disediakan)
- Taklimat keselamatan dan perjalanan. Bacaan doa selamat.
-Memulakan perjalanan pulang
- Tiba di Kuala Selangor. Berehat
-Tiba di Sungai Serdang di kedai Mee Soto
- Tiba di Kompleks Belia dan Sukan Daerah Klang.



Bajet utk Kayuhan ni.
Day 1
1) Pack food untuk lunch di Jeram - RM10.00/pax (inc. delivery ke Masjid Jeram)
2) Entrance fee & camping Taman Ikan Air Tawar - RM2.00 / Homestay

Day 2
3) Pack food untuk breakfast di Taman Ikan - RM8.00 (inc. delivery ke Taman ikan)
3) Homestay di Tg Karang - RM20/pax (termasuk breakfast)
4) Dinner di Homestay (Tg. Karang) - RM10.00

Jumlah ini tidak termasuk sarapan pagi day 1, lunch day 2 dan lunch day 3
Antara contact Chalet :

 Kuala Selangor
http://www.mns.my/article.php?aid=849
http://www.suninnshotel.com.my/

Tanjung Karang

Persediaan kelengkapan dan barang

1) Pannier Rack - ni rack yang kat belakang tu untuk letak Pannier bag atau barang2 lain. Rack ni tak suma
                                kedai basikal jual antara kedai yang pernah aku jumpa jual dekat;
                              i) Gainway (GW) Bicycle - Kota Kemuning
                              ii) JBS Bike Trading - Wangsa Maju (dekat ngn Wangsa Walk tu)
                              iii) Kedai basikal kat Pekan Kapar , Klang ( Belakang Kedai Nasi Lemak Kapar -NLK)
                               - Sebelum terus beli rack kat kedai yang korg jumpa pastikan rack tu leh pasang kat
                              basikal korg , tak suma basikal leh pasang dengan rack yang kat kedai tu. Macam aku
                              touring pakai basikal MTB Giant , pada awalnye aku beli rack dengan harga RM80  kat
                             GW Bicycle tapi tak suit ngn frame basikal Giant aku sbb rack tu khas utk basikal tour
                             atau brand lain.Lebih bagus bawa basikal kat kedai tu tengok kesusaian rack tu
                             kebiasaannye MTB ngn Roadbike ni berbeza sikit rack nye. Alih2 aku jumpa rack utk
                             MTB kat Kedai di Pekan Kapar dengan harga RM60.

ii) Pannier Bag - Bag jenis ni korg leh dpt kat JBS bike trading dan saiznye besar RM300++,  antara kedai
                             yg aku penah jumpa sebenarnye banyak lagi kedai ada jual tapi aku tak sure kat mana. Di
                            GW Bicyle pon ada tapi yang aku penah tengok saiz kecil mcm yang aku pakai time   
                            touring ni dengan harga RM120, kebetulan dapat tukar dari pannier rack yang aku beli tu
                            tak leh pakai kat basikal MTB aku.
                          - Kalo korg larat nak backpack pon boleh tapi bagi aku itu seswai untuk touring sehari dua
                            je, bila planning korg nak touring lama better ada pannier bag dan rack tu.
                          - Pannier bag jugak boleh dapat kat internet memang banyak jenis , kalo yang murah tu
                            konfem la tak berkualiti rosak itu rosak ini. Jadi kalo jenis kaki touring beli yang mahal
                           sikit supaya lebih  tahan . Yang murah pon ada yang berkualiti tapi kena pandai cari atau
                           tanya orang yang berpengalaman pernah selalu beli benda2 mcm ni.

PETA LALUAN
https://maps.google.com.my/maps/ms?msid=203005630348320718737.0004c5c7fe98c0cfaf5fe&msa=0



BELOW PHOTOS CREDIT TO :

Click Pictures for Larger View









By ShaRil rOutH WelLinG with 12 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives