| Baju dan plat yang cun |
Acara dimulakan pada pukul 8:00 pagi disudahi dengan ucapan , nyanyian lagu negaraku dan doa. Elok je trompet ditiup berpusu-pusu orang brbasikal. Pada awalnya standard la.... mesti laluan bertar lepas beberapa kilometer dah start masuk off road menuju check point pertama iaitu melalui Bukit Kepong Trail yang jaraknye lebih kurang 15km. Nak menuju ke check point pertama tu azab jugak, padahal 15km tapi rasa mcm 30km jauhnya.
Awal2 lagi dah tolak... bila orang depan dah mula stop dan tolak, yang belakang2 pon terpaksa ikot jugak melainkan basikal leh terbang dan kayuh. Check point kedua ialah Kuntau Trail 15 km daripada check point pertama. Selepas setiap check point akan ada feeding point. Check Point ketiga pulak yang paling last sekali ialah Leftenan Adnan Trail 13km daripada Kuntau Trail.Sememangnya kalo sesapa takde stamina boleh give up dan rasa nak pengsan nak menghabiskan kayuhan. Dalam hati bila la nak sampai ni....
Trail sini bagi aku agak mencabar jugak tetapi yang agak mengganggu feeling time mengayuh bila ada road block disebabkan gaung. Time ni pulak hujan turun dengan lebat ditambah dengan licin dan lecak mmg sedap la.. ditambah dengan lumuran lumpur dan taik lembu memuatkan kulit2 pengayuh gebu sepanjang kayuhan.. Tapi alhamdulillah kira takde masalah fizikal cumanya basikal boleh lak brek belakang tak makan dan gear problem. Keseluruhan trail ni memang agak mencabar ditambah dengan bukit yang sentiasa ada sepanjang masa, walaupon x curam mana, tp kepanjangan membuatkan sedikit mental bila dalam penat berkayuh.
Terjumpa lak Kak As @ Wild Orchid dan suaminye |
| Kepenatan mandi kubang dengan kerbau2 kat sawah. |
Keseluruhan jamboree ni boleh dikatakan lancar dan berjaya bagi aku. Dari bab goodiesnya yang nampak teratur waktu pengambilan. Marshall2 yang bertugas bekerjasama bantu para pengayuh dan marshall lain especially time kat mini gaung. Feeding point yang mempunyai air dan makanan yang cukup . Ucapan yang tidak berjela-jela sbb bila time jamboree pengayuh mmg bukan jenis yang sabar nak menunggu dengar ucapan, mereka lebih tak sabar nak berkayuh dan menghabiskan kayuhan untuk cabutan bertuah pulak.
Credit to Kak Asnarita
Credit to Cycling Malaysia Magazine
Credit to Bro Ramli daripada Gaateh Cycling Team
Bawah ni antara gambar yang diambil oleh Odisi Studio . Kalo rasa inginkan guna khidmat dorg pegi la facebook dorg dapatkan contact daripada situ. Setakat ni gambar2 daripada Odisi Studio yang paling menarik diambil angelnya.
Credit to Odisi Studio
Credit to Odisi Studio










