KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Saturday, June 30, 2012

Kayuhan OffNite Road Ladang Bangi



Daripada mcm nak tak nak datang disebabkan jam dan rasa tak sempat sampai akhirnya dpt jugak follow bebudak SP ride gi kayuh malam off road kat Ladang Bangi. Punya la pecut dari Klang menuju ke Nilai pastu ke Impian Putra Bangi, dimana tempat berkumpul geng2 yang hendak kayuh malam.
Sesampai je dah ramai yang datang , ada dalam 17 orang yang nak menggolekkan diri, leadernya Wak Jawa.
Agak2 dah dah takde menunggu orang lain lagi, kitorg pon gerak dalam pukul 10:00p.m menuju ke ladang bangi.






"Tengah bersiap untuk golek-golek"


"Spt kata Muz abg zol ckp ' Ko ada syed yang hitam dan buncit' hehehehe"









"Mamat ni jauh dtg dari Shah Alam, sama la aku dtg dr Klang, hehehe.. bg memeriahkan kayuh malam"

Time ni dah mula naik ke bukit , pada awal kayuhan rasa mcm cepat letih , lepas dah panaskan badan tenaga mengayuh baru mula nak timbul, starting je dh naik bukit tp disebabkan waktu malam, x perasan sgt bukit tu jd layan je la kayuh. Dalam keadaan gelap ni , slow-slow kayuh jalan pon x berapa elok.
Sampai je kat atas nampak banyak kawasan dh kena tarah, ini first time aku masuk ladang bangi, jadi tak tau cmna keadaan asal ladang ni melainkan geng Wak Jawa.


Time ni nak turun downhill, time ni la paling perlu lebih berhati, silap haribulan ada yang patah anggota nanti. Downhill biasa je tp disbbkan waktu malam jalan pon x berapa nampak, itu yang kena lebih hati-hatinya.



Lepas dah lebih kurang 9-10km akhirnya kitorg menuju keluar ke jalan tar , tak silap jalan semenyih, kiranya situ nak kata kawasan kampung, x la kampung sanga rasanya. Aku x berapa familiar kawasan tu walaupon penah dok setahun area Nilai/Bangi.




Akhirnya selepas 18km berkayuh, kitorg sampai ke starting point balik iaitu Mamak Nazeem, lepak2 minum2 sebelum balik ke rumah. Time sampai tu lebih kurang 12:15 a.m. Kalo la sejuk waktu malam berlaku di siang hari mmg syok berkayuh. Walaupon kilometer berkayuh x jauh tapi enjoy , Kayuh Malam off road tak leh expect lebih la, kang elok2 enjoy ada lak dukanya nanti, sekadar merapatkan silaturrahim dan menghabiskan masa malam kira ok . Tengok daripada trailnya syok kalo berkayuh pada waktu pagi. Apapon wak jawa, kayuh malam ni tetap enjoy, lenkali leh la wat lagi kayuh malam off road ni.

BELOW PHOTOS CREDIT TO Wak Jawa






VIDEO 18SX -HANYA UNTUK TONTONAN MENAHAN NAFSU


By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

Saturday, June 23, 2012

Kayuhan Fraser Hills

Menawan Fraser Hill adalah satu perkara yang mesti. hehehehehe....Kali ni aku folo group KNR (Keliwon Nite Ride) x silap aku.
Aku bergerak dr rumah  pukul 6:30 daripada Meru menuju ke Post Office Kuala Kubu Bharu, sepatutnya meet up point kat RNR Sungai Buloh tapi bila pikir balik aku direct terus je la ke sana. Sampai je kt Post Office Kuala Kubu Bharu dalam pukul 7:45, jadi menunggu la aku dengan penuh sabar berdekatan dengan Post Office sbb janji berkumpul situ pukul 8:30 pagi.
Elok-elok nak dekat 8:30 ternampak kelibat kereta dengan basikal parking dan nampak abg omm dan abg din berdiri kat laluan masuk parking. Lebih kurang 7 rider tegar termasuk aku yang datang untuk kayuh ke Fraser Hills dan ditemani kak Maslinda menjadi rescuer kami.
"Abg omm membantu bang din masukkan tayar basikal"

" Tempat berkumpul di Post Office Kuala Kubu Bharu "





Ngam-ngam pukul 9 kami start kayuhan menuju ke Fraser Hills, awal-awal kayuhan time ni la basikal buat hal , boleh lak gear belakang tak masuk. layan je la dulu. Tak boleh jadi , aku stop kejap usha apa masalah yang menyebabkan gear tak jalan, rupanya cable loose, walaupon aku tak pernah tau cara betulkan, pandai2kan diri je la, akhirnya dah elok balik, Alhamdulillah. Berkayuh la aku dengan hati yang girang. Kalo masih tak betolkan mao mencanak urat kaki kayuh ke atas Fraser Hills.







Kayuhan kami melalui Empangan Selangor, selama ni dok lalu dengan menaiki kereta tapi kali ni dengan basikal. Yang terlebih laju kayuh stop kejap berdekatan dengan dam selangor menunggu yang lain di belakang. Alhamdulillah cuaca time ni tak terlalu panas, jadi mengayuh tu agak syok tp kulit  ttp terbakar.




"Budak Amirul ni lagi hebat berlari dari Kuala Kubu Bharu ke Empangan Selangor"
"belakang kami tu lah empangan selangor"


Selepas melepasi empangan selangor kami melalui kawasan air terjun iaitu sg chilling, tempat ni aku penah datang tahun lepas bersama ala-ala geng hiking aku, nak menuju ke air terjun nye saja kena redah hutan-hutan , kira dah macam jungle tracking. Tapi kebiasannya ramai orang akan bertumpu kat air terjun tu dan boleh jd sesak, tp kira nasib la kalo kawasan air terjun tu lengang mungkin time tu ramai org dah balik sbb dh dtg awal.

"Rider2 hebat dan pantas yang tgh menunggu rider lain"



Kawasan ni pon ada air terjun, ini kira baru 1/4 kayuhan menuju ke Fraser Hills, stop kejap kat sini menunggu yang lelain di belakang.

Jarak perjalanan dari Post office Kuala Kubu Bharu menuju ke bawah bukt Fraser lebih kurang 32km, itu belom sampai sepenuhnya lagi ni. Pada awalnya aku ingat mati2 dah sampai 32km ni ke Fraser Hills rupanya masih ada 8km lagi nak menuju ke atas. Disebabkan hendak mennunggu yang di belakang , yang manasampai cepat, lepak dulu  kat kedai makan selepas pintu masuk yang hendak menuju ke Bukit Fraser.
Kira nasib mmg baik , sampai je orang tak ramai jadi keadaan kedai situ x sesak, kami boleh duduk menyantap dengan selesa, mungkin kebanyakan riders lain dah sampai lebih awal jadi dorg dah blah turun ke bawah balik. Sampai kat kedai makan ni lebih kurg pukul 1:15 petang.






Dengan berbekalkan nasi lemak, milo ais dan 100 plus di perut kami bersiap sedia sambung kayuh balik ke atas, Fuhh ada lagi 8km mmg kena set mental dulu lebih2 lagi kayuh dengan jalan yang nun membukit.



"Abg Din yang power, tenang je kayuh"

"Sorg lagi rider power bro zul"
"Yg ni lak rider selebet"
Lebih kurang sejam setengah nak mengharungi 8km ke atas puncak mmg sesuatu yang menyeksakan tapi bila dah sampai memang sesuatu yang memuaskan.




Sampai-sampai je kami kayuh menuju ke kedai makan untuk makan tengahari dalam pukul 2:45 ptg cmtu. sementara tunggu yang masih x sampai, rehat-rehat dulu, minum-minum, kebetulan naik puncak hari ni ada pertandingan Shoot gambar burung, mmg ramai la org kat atas Bukit Fraser ni.
Selesai makan kitorg gerak turun ke bawah dalam pukul 4:00 petang ikot jalan menuju ke Kuala Lumpur/Raub . Time turun ni mmg sedap dan cepat sebab kebanyakkan nya jalan menurun, jadi tak menggunakan tenaga mengayuh sangat walaupon ada part yang tiba2 kena kayuh tapi tak banyak, apa pon kena berhati-hati gak turun kena kawal basikal bila time lap, silap2 ada pasir , lubang mau boleh jatuh.

BELOW PHOTOS CREDIT TO Abg Din 









BELOW PHOTOS CREDIT TO SAUDARA ZUL






BELOW PHOTOS CREDIT TO Bro Kuman


















Sedang-sedang je sampai balik ke Post Office Kuala Kubu Bharu dalam pukul 6:30 ptg, sememangnya satu kelegaan bila dah sampai tanpa masalah apa-apa. Apa pon terima kasih kat Saudara Zul , Bro Kuman, Abg Omm, Sharizman , Muzamfar, Abg Din dan Safwan yang wat kayuhan dan mengayuh bersama-sama, juga x lupa marshall Kak Mas yang sarat2 pon larat nak jaga bebudak ni. Bagi First time mcm aku kayuh naik Fraser Hills sememangnya puas habis walaupon time kayuh mental leh breakdown.
 Sememangnya dengan keadaan muka bumi  menuju ke Fraser Hills sentiasa menaik, persediaan mental mmg diperlukan esp bagi beginner. Yang pro x yah ckp la kalo kayuh menaik mau leh cecah 30km/h, org mcm aku ni setakat 8-9 km/h pastu ada la kejap-kejap 10-13 km/h.

VIDEO UNTUK TONTONAN 18 SG

 



Secara kesimpulannya:

Post Office Kuala Kubu Bharu ----> Fraser Hills : 41km (9:00am - 2:45pm)
Fraser Hills ---> Post Office Kuala Kubu Bharu : 45km (4:00 pm - 6:30pm)

Waktu : 9:00 am - 6:30 pm.

By ShaRil rOutH WelLinG with 21 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives