KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Showing posts with label Nilai. Show all posts
Showing posts with label Nilai. Show all posts

Monday, September 17, 2012

KAYUHAN Sungai Buah ---> Nilai Spring


Kayuhan Janji Ditepati ... hehehe... ada je nama member SPride ni kasi untuk kayuhan kali ni. Asalnye diorg nak kayuh dr Ladang Atom ke Ladang Sungai Buah dan akhirnya ke Nilai Spring. Tapi plan sudah berubah Ladang Sungai Buah ke Nilai Spring sahaja. Aku awal2 dah set mind yang plan asal jarak lebih kurang 45-50km tapi disebabkan ikot plan baru jarak kayuhan lebih pendek sikit. Dan yang paling sayang sekali, time ni la baru perasan kamera problem tak boleh buat apa dah, capture gambar pon jadi terlalu terang dan gelap 2 in 1. Edit macamana pon tak menjadi jugak terpaksa aku amik beberapa gambar dari album wak jawa dan Muz untuk jadikan gambar panduan. (Terima kasih walaupon tak secara official request, =p)

ALL PHOTOS CREDIT TO Wak Jawa & Muz Van Persie

 Click Pictures for larger view

 Tempat berkumpul seperti biasa kalo kayuh area nilai ni kat Sri Putra la, asalnya kat kedai Nazeem disebabkan kedai makan Nazeem tak buka kumpul kat kedai makan lain area situ jugak. Sampai je sana dalam pukul 7:50 am, ramai dah berkumpul kat kedai tu dari pukul 7:00 pagi dan kitorg mula gerak dalam pukul 8:00 pagi. Dari Sri Putra  kayuh menuju ke Sungai Buah dan kitorg ikot laluan kampung situ.

" Time ni dah sampai bukit yang dipanggil Bukit DiGi sebab ada mini stesen DiGi kat situ"

Awal2 je kayuhan kat Sungai Buah ni dah sesak nafas sebabnye naik bukit , bukan sebarang bukit ni bukit DiGi tu. hehehe..
Panjang la bukit ni ingatkan dah sampai kat atas sebab dari bawah nampak macam dah tanah rata rupanye ditambah dengan satu lagi bukit cukup la syarat untuk daki bukit DiGi ni. Bagi yang kalo first time off road memang agak payah kena kentalkan hati je kayuh ke atas. Yang tak boleh tahan katanya dah takde bukit lagi dah lepas ni, memang kena tipu. hahahaha...
Ada lagi satu bukit dipanggil bukit Celcom yang tak yah cakap la kesemputan nafas nak kayuh  ke atas.
Aku rasa setakat ni, ni la trail yang aku kayuh banyak bukit panjang dan tinggi samada aku tak larat nak kayuh atau dah lama tak kayuh offroad berbukit sebab baru lepas raya atau stamina aku dah tak kuat.
Tapi apa pon memang syok untuk ketahanan diri bila kayuh banyak2 bukit ni dan sini bukan setakat kayuh dengan bukit yang banyak tapi yang syoknye banyak downhill, ye la kan bila banyak kayuh bukitnye memang akan ada banyak la downhillnye , dan downhillnye pon panjang gak jaraknye.
Downhill sini kena berhati2 jugak sebab ada bahagian berlubang kalo tak perasan dan hilang kawalan silap2 boleh jatuh golek2 ni.


Laluan sungai buah akan melalui jugak ladang kelapa sawit dan sungai. Ada satu panorama yang paling syok ialah di puncak bukit (aku tak pasti bukit apa), sini la boleh tengok keluasan dan pemandangan hutan serta berbukit. Kawasan puncak bukit sini agak lapang jadi lebih terdedah kepada panas, kalo dah kayuh kena la tahan panas kan.


Tak silap aku sampai puncak bukit ni baru je 8 km, punye la ingat dah dalam 10++km . Kayuh bagai nak rak baru 8km sebab awal2 kayuh banyak bukit di daki umpama merasa dah kayuh jauh. Kat sini ada 3 chicken loop kalo rasa tak larat nak kayuh, awal2 kayuhan ada 2-3 orang surrender dan keluar melalui 1st chicken loop. 2nd Chicken loop ada la dalam 3-4 orang itu pon sebab ada yang brek patah, kalo tak brader tu dah teruskan kayuhan. Time aku lak tayar pancit, ini first time tayar aku pancit selama aku start kayuh off road. Nasib baik Muz dan Sheikh tolong , aku tak berapa pantas nak tukar sendiri , mana taknye tak penah tukar sendiri pon sebab tak penah pancit. Tolong sikit2 orang tukarkan ada la sebelum ni.Tapi apa pon perjalanan tetap aku teruskan. hehehehe...


Apa yang diberitahu , Kayuhan Sungai Buah kali ini tak berapa complete banyak amik shortcut . Banyak amik shorcut azabnye pon leh tahan bagi first time try . Kalo ikotkan trail asal Sungai Buah jaraknye ada la dalam 40++km . Lepas kuar Sungai Buah kitorg masuk trail Nilai Spring yang aku penah masuk sebelum ni waktu awal2 penglibatan aku ngn MTB ni dan kitorg keluar menuju ke Taman Casuaria iaitu ke kedai runcit untuk berehat2 , minum air, makan pisang etc. Lepas puas kitorg sambung dalam 10++km menuju ke tempat parking tapi sebelum tu kitorg sempat pekena laksa sedap berdekatan dengan area tempat parking tu. Jarak kayuhan lebih kurang 30++km, meter aku tak function lak time ni jadi cuma agakkan je tengok daripada meter orang lain.


Secara keseluruhan bagi aku trail ni memang superb lebih2 lagi untuk tau tahap mana daya tahan diri kita ni. Sebenarnye aku masih rasa tak puas sebab tak dapat completekan trail sungai buah sepenuhnye walaupon hardcore tapi puas giler kayuh trail mcm ni. Dengan bukitnye yang tak terkira dan downhillnye pon tak terkira , kalo orang yang suka downhill ni memang layan gak, mcm aku agak takut2 sikit bila downhill , silap teknik tersungkur tak sudah. Terkenang kisah sebelum ni tersungkur time downhill , itu yang lebih berhati2 sekarang ni. Apa2 pon aku tunggu next event Sungai Buah yang kayuh full punye , itu baru rasa nak pengsan kayuh agaknya. Ok Wak ? hehehe

VIDEO's CREDIT TO Wak Jawa





By ShaRil rOutH WelLinG with 15 comments

Sunday, March 25, 2012

On Road at NILAI


Seperti yang aku jangka Nilai mmg kawasan yang selesa untuk kayuh especially waktu pagi, dengan keadaan yang tidak sesak untuk kayuh on road mmg tenang berbanding Klang . Hari Sabtu 24 Mac 2012, aku saja nak amik angin baru kayuh kat Nilai sebab asyik kayuh kat Dragon Back Puncak Alam je rasa bosan kadang-kadang. So pegi la ke Nilai tempat keje lama sebelum ni. Sepanjang 25 km aku mengayuh dengan member aku kat Nilai ni.

Aku mengayuh dari Taman Semarak menuju ke Nilai 1 yang menuju ke tol Nilai tu tapi x masuk highway la.. pastu menuju ke Majlis Perbandaran Nilai yang dekat dengan kolej UIA & Masjid pastu menuju ke Tasik, lepak2 jap then menuju keluar balik ke INTI ke Chempaka dan ke Semarak.Yang mengganggu adalah anjing-anjing jalanan yang cuba mengejar . hehehehehe....


By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

Saturday, May 21, 2011

Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai N9




Aunty Aini's ni kalo sesapa yang tak tau mungkin ingat ini sebuah rumah dengan kawasan kebun , dan yang pernah lalu depan nye mungkin tak perasan. Sebenarnye Aunty Aini's ni adalah sebuah kedai bertemakan kedai dalam taman. Sememangnye kalo dr luar dh nampak pelbagai pokok2 dan tanaman menyelubungi kawasan cafe ni.



Seperti yang diberitahu owner yang bernama Aunty Aini ni anaknye Zarina An Julie.. hmmm... aku tak berapa pasti benda tu, tp Aunty Aini ni mmg peramah orgnye dan kawasan cafe mmg kawsan rumahnye kalo korg pegi dan masok dlm tu boleh lihat beberapa rumah di bhg belakang, tapi mmg Aunty Aini's Garden Cafe ni penuh dengan ketenangan . Pokok, bunga2 yang ditanam dengan landskap yang teratur menampakkan kawasan cafe tu natural dengan keindahan semulajadi.



Tempat duduk kat cafe ni pelbagai korg nak suasana bilik old style ada, kat taman, tempat makan biasa ada tetapi yang paling menjadi rebutan tempat makan pondok kiranya duduk bersila, kalo korg nak makan kat pondok ni mmg kena call dan booking awal2.





Jenis makanan yg ada kat sini ala2 Barat dan Timur. Time kitorg makan sini kitorg pilih western food sbb Lamb chopnye.... Sirloin steaknye sgt berbaloi makan kena ngn harganye bg Cafe yg mcm ni . Kalo nak tau tengok gambar menu yg aku amik. Portionnye agak besar dan keliatan daging sedap2 je. Kitorg ada order mushroom soup tp tersilap order dihantar yg original nye, yg kitorg nak jenis creamy tp still sedap gak tambah lagi dicicah ngan Garlic bread. hmmmm... lagi la..

a

Lama gak kitorg dok situ dr pukul 6:30 pm cmtu sampai pukul 8:15 pm, situ mmg ada disediakan surau untuk sembahyang.


Last but not least desertnye yang menjadi kegemaran ialah Tapai + Ice Cream, bagi yang first time dtg sini itu menjadi wajib dan tradisi untuk diorder. hehehehe...



Jadi, singgah2 la ke Nilai, bukan setakat leh beli kain je leh makan2 kt sini, byk sbnrnye tempat untuk di makan kt sini.


By ShaRil rOutH WelLinG with 18 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives