KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Saturday, July 14, 2012

Jamboree MTB SP Saza (Sungai Petani) + Padang Besar (Perlis) + Taiping (Perak)

Perjalanan kali ni sangat panjang iaitu menuju ke Sungai Petani, Kedah sebabnya seperti biasa ada Jamboree MTB SP Saza kat sana. Nampak macam gila kan sanggup ke sana hanya untuk Jamboree, kalo korg dah terjebak sesuatu aktiviti dan minat memang dah tak kisah dah selagi kudrat korg tu sihat dan diberi peluang. 
Aku gerak ke sana dengan Member tempat kerja lama kat Nilai dulu yang aku panggil Kak Bayah dan Abg Zol, dorg datang Meru amik aku pada pukul 8 pagi dan terus bertolak ke Taiping dulu hantar anaknya dulu kat kampung dorg kat sana melalui highway Guthrie. Kalau dari Meru ke Taiping ada la dalam 280++ km  (8:00 a.m - 11:30a.m) pastu sambung menuju ke Sungai Petani lebih kurang lagi 119++km (12:30pm - 3:00pm).


Sesampai je Sungai Petani kami menunggu empunya homestay di hadapan masjid, sementara menunggu sempat jugak la pekena durian 2 biji RM5, boleh la isinya cuma tak umpphh je . Ngam2 habis makan durian empunya homestay sampai dan bawa kitorg terus ke Taman Ria Jaya, Lorong Inang 10 .

Click Image For larger view
  
         
 
 

Waktu empunya homestay ni stop kat tempat yang kitorg akan bermalam ni, akan terpegun dengan homestaynya mmg menarik, bersih kira bagi aku 5 star homestay.  Homestay ni dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan , siapa lagi kalau bukan To Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz.  Bawah ialah details homestay ni.

FNZ MUSLIM HOMESTAY
Lorong Inang 10, Taman Ria Jaya, 
Sungai Petani Kedah,

No telnya aku takda sebab member aku yang carikan tp korg boleh cari kat mudah.com.my .


Lepas tuan homestay bagi kunci, kitorg terus bergegas angkat barang simpan dalam rumah dan pergi ke AmanJAya di Tasik Darulaman untuk amik goodies dimana di sini la Jamboree akan diadakan. Nasib baik time datang takde ramai orang jadi cepat dapat goodies tu. Dalam tu dapat la Jersey yang cun, botol air, no plat, sijil penyertaan , roti dan brochures.


Asalnya ingatkan lepas amik goodies nak gi Padang Besar tapi apabila dinasihatkan oleh orang di sana mungkin tak sempat sebabnya kedai2 dah tutup jadi kitorg pon jalan2 la sekitar Sungai Petani cari makan. Melilau sana sini kat tempat orang tak tau nak pergi mana, alih2 pegi Central Square je.

Click Image For larger view


Elok2 je masuk dapat parking , memang nasib menyebelahi tak yah pusing2 mencari . Kami cuba cari Mee Rebus kalo2 ada tapi ke kedai lain pulak di masuknya kebetulan owner kedai member kepada member. Yg kami order Claypot Mee Bandung dan Claypot Mee Ketam . Bagi kitorg sedap makanannya memang ada feel makan.

Click Image For larger view

      
                                          " Claypot Mee Ketam"                    " Claypot Mee Bandung"


Lepak sana pon tak lama dalam pukul 6:30 pm balik ke homestay untuk rilek2 dan cuba jersey MTB SP Saza tu. Malam sikit lepas maghrib tu kuar jap beli nasi lemak ngn pulut panggang. Memang terbaik pulut panggang sini, penuh isinya 50 sen satu .

 
" No plat yang bertuah"

Hari Jamboree ni aku bangun pukul 4:30 pagi seperti biasa , makan, minum, buang, mandi. Takde la kelam kabut dan perut kosong nanti time kayuh, silap2 boleh pengsan kalo tak kena waktunya. Lepas subuh kitorg gerak kuar ke Jamboree di Aman jaya sampai sana dalam pukul 6:45 pagi, kitorg ingatkan awal sangat tapi ada yang lebih awal daripada kitorg pastu siap ready kat starting line lagi , ramai lak tu. Flag off jamboree ini pukul 7:30 pagi tu yang sebabnya ramai dah datang awal.

Click Image For larger view
Sedikit demi sedikit para peserta datang , kehujung dunia parkingnya. Seperti biasa la setiap Jamboree mesti ada yang potong line, tak paham aku dorg ni, kalo dah lambat tu pegi je la belakang, agaknya bila dorg depan konon boleh menang la kot. Buat marah org belakang je, tp penjaga2 sini apa yg aku nampak memang tegas kawal peserta yang cuba potong line ni walaopon adakalanya tak terkawal. Lebih kurg 7:45 pagi suma peserta dilepaskan selepas sahaja bacaan doa, bagus tol sini takde ucapa panjang lebar kalo tak mau merapu jdnya.

Above Photos credit to John Goh


Checkpoint pertama kat startng line, awal2 kayuhan laluan on road lebih kurang 4 km pastu masuk off road (seingat aku) , 3 km lepas tu bersiap sedia la dengan Bukit DG. Bukit ni je awal2 dah tolak sebabnya bila cyclist lain tak dapat kayuh kiri kanan menolak, patutnya kalo nak tolak basikal pegi la sebelah kiri bagi laluan yang nak kayuh kat sebelah kanan. Mungkin first time sesetengan drp dorg ni, yang mana nak kayuh apalagi menjerit la suruh yang mana tolak basikal ke sebelah kiri tapi ada gak tak berganjak. Sebab jarak basikal aku agak rapat dengan yang menolaknya dengan yang mengayuhnya, tersungkur jugak aku. Menolak la dengan kadar yang pantas.


Below Photos credit to John Goh



Lepas je Bukit DG tu dalam 3 km dah check point ke 2 iaitu kilometer ke 11, selepas check point ke-2 ada lebih kurg 15km kayuhan uphill downhill silih berganti merentasi sungai, downhill sini boleh tahan syok jugak tp apapon kena berhati2 jugak sebab ada bahagian tiba2 ada selekoh , kalo tak kawal betol2 boleh jatuh. Lepas 13km ada Feeding point kat sini dorg kasi air dan pisang spt kebanyakan Jamboree.
Selepas lebih kurang 15 km tu ,yang ni la cabaran sebenarnya iaitu Bukit Pengsan , aku tak sangka bukit ni sangat panjang dan kecerunannya agak tinggi, pada awalnya aku kayuh 1/4 drp bukit tu dengan kadar slow sebabnya spt biasa la yang menolak basikal tak ke tepi ditambah dengan bukit yang berbatu2 agak sukar bagi aku nak kayuh dengan stabil juga bila memandangkan Bukit Pengsan ni me......mang panjang terus down mental. Ingatkan kayuh je tak larat rupanya menolak pon tak larat. Aku tak tau cmna Team Giant kayuh kat bukit ni ke dorg pon tolak gak. Tolak lah aku sedaya upaya , agak2 dah nak sampai puncak nampak penjaga check point kat atas iaitu yang ke -3.

  
Lepas check point yang ke-3 dalam 7km , sampai ke feeding point ke-2, tak sangka lepas feeding point ke-2 ni ada lagi bukit dipanggil Bukit Appolo, bukit ni pon boleh tahan jugak panjang tapi tak seteruk kat Bukit Pengsan, yang ni masih leh kayuh. Kiranya ni bukit yang last lepas je bukit ni jalan dah mula nampak lebih mendatar time ni la kayuh dengan laju nak pastikan dapat medal sebabnya hanya Top 500 je dapat , walaupon medal tu takde la penting manapon tapi ye la kan dh alang2 bayar RM60 kejar je la bg nampak berbaloi, sambil tu nak uji gak sejauh mana kehebatan kita selama 4 bulan mengayuh ni.Alhamdulillah berkat dorongan geng2 Kayuhbeb , dan adakalanya join geng KNR, SPride,  join jamboree itu ini dan segala bagai ride. Kali ni nampak lebih rilek walaupon satu waktu tu rasa nak pengsan tp apapon habis gak kayuh.
JAmboree ni memang tak amik gambar sgt sebab nak kejar medal Top 500 , kalo la suma org dpt medal sbg cenderahati mungkin aku rilek2 kayuh sambil menikmatinya. Ranking yang aku dpt sekadar 262, setakat ni ada kemajuan drp sebelum ni 514 pastu 459 dan sekarang 262. Mungkin otai2 tak ramai yang join Jamboree ni rasanya tu yang leh kejar, kalo ada mesti out habis. hehehe.. tak kisah la suma tu yang penting dapat rasa trail area kedah ni.


 

Aku sampai finishing line dalam pukul 10:30 tak silap aku sambil tu tunggu Abg Zol memang cun sampai dalam Top 500. Memang strategik event ni tempatnya iaitu tepi tasik , dapat gak basuh drp menunggu beratur kat tempat basuh basikal. Aku pon rendam basikal dalam tasik cuci la sikit2 basikal walaupon takde la kotor sgt.
Click Image For larger view


Sini start lucky draw dan penyampaian hadiah dalam pukul 12:00 tgh kira awal berbanding area KL dan Selangor jamboree yang selalu aku join. Kali ni nasib aku kira bertuah la mengena jugak no aku selama ni tak pernah kena.



Overall bagi aku Jamboree kira dah hampir sempurna tapi tetap leh kasi 5 bintang, pengurusan yang lancar. Flag off start awal walaupon lambat 15 minit je sebabkan para peserta yang lambat. Ketegasan dalam mengendalikan peserta sewaktu starting, Marshall yang ramai dan sentiasa ada disetiap point2 penting, amaran daripada penjaga point yang jelas begitu juga marking yang jelas, Feeding point yang pantas siap bagi servis mandi lagi. Pasukan Medic yang pantas memebantu peserta yang cedera dan Pickup Marshall yang juga cepat datang angkut peserta yang tak dapat meneruskan kayuhan.
Penjagaan dari segi ranking oleh penjaga di Finishing line yang peka dan tajam. Cabutan Bertuah yang cepat dibuat takde lengah2. Cuma yang kurangnya dari segi pembahagian makanan kepada peserta, makanan dihidangkan macam kenduri dan sesapa je boleh amik termasuk keluarga peserta jadi ketidakcukupan untuk peserta yang lambat sampai berlaku, harap ini boleh diperbaiki. Juga harap dapat sediakan medal untuk suma peserta yang sampai ke garisan penamat tak kisah la takde ranking kt medal tu , ia umpama cenderahati dan kepuasan peserta.

Elok je habis event ni kitorg cabut balik ke homestay bersiap2 untuk packing balik ke Taiping tp sebelum balik ke Taiping kitorg sempat lagi gi ke Padang Besar di Perlis. Selama 20++ tahun hidop tak pernah ke sana, sakai tol aku ni dan memang peluang aku ke sana time ni. Kitorg bertolak dr Sungai Petani dalam pukul 3 ptg sampai sana dalam pukul 5 ptg  x silap aku, adala dalam 135++km nak ke sana . Masuk je kat Bazaar Padang Besar dapat parking, senang hati kitorg tak yah pusing2 cari. Berjalan2 la cari seluarnya, camelbacknye, jajannya etc , dalam pukul 6:30 kitorg bertolak balik  ke Taiping dr Padang Besar ni.
Click Image For larger view
Dalam perjalanan menuju ke Taiping dari Padang Besar sempat jugak la kitorg berhenti kat tepi Ladang Tebu Terbesar di Malaysia , Chuping yang terletak di Perlis. Orang Bandar cm aku bukan selalu leh lalu sini  jauh nun dr KL.
Dari Padang besar ke Taiping perjalanan lebih kurg 3 jam sejauh 250km , sampai sana pukul 10:30 pm pastu tau2 je dibawa layan ABC ngn Yong Tau Foo kat Belakang Bomba, bandar Taiping. Memang layan ABC nya , ada banyak lagi pilihan ABC yang ada kat situ sampai aku pon riso nak pilih tp memang terbaik.
" ABC SPECIAL"
Esok paginya lepas gi pasar beli lauk untuk lunch nanti sebelum balik, aku dibawa pusing area Taiping dan Survey untuk perancangan aktiviti akan datang. Aktiviti yg aku dh dapat kat sini ialah panjat Bukit Larut atau Maxwell Hill. Aku dapatkan beberapa informasi daripada penjaga area sini yang Bukit Larut ni boleh naik dengan 2 cara naik dengan Jip (Land Rover) atau pun berjalan kaki. Sekiranya korg naik jip (Land Rover) ia mengambil masa 30 minit tapi kalo nak dapatkan tiket naik jip ni kena la datang awal sebelum 7:30 pagi, kata orang tu pukul 7 orang dah start beratur walaupon kaunter buka pukul 7:30 pagi.  Tambang untuk jip ni ialah : Dewasa : RM6 Kanak-Kanak : RM3 Tambang ni sampai ke Stesyen atas atau puncak tak silap aku. Jadual Perjalannye setiap sejam start daripada pukul 8:00 pagi sehingga 4:00 petang tetapi bergantung kepada tiket sekiranya masih ada. Satu Land Rover ni rasanya boleh muat 10-11 orang sahaja. Dan sewa Land Rover ni untuk naik turun. Kalau nak berjalan kaki pula masa perjalanan dalam 4-5 jam ke atas sahaja, dan kena berjalan sejauh 13km. Boleh bawa budak kecik ke atas cuma larat tak larat je la... stroller pon leh bawa lepas aku tanya penjaga tu sebab jalannya pon berTAR jadi takde masalah.Dalam perjalanan ke atas leh singgah2 tengok rumah2 penginapan dan lebih menarik lagi penanaman bunga tulip.
Click Image For larger view
" Ini antara Trekking lain yang melalui jalan hutan tapi tak menuju ke puncak Bukit Larut"
Yang ni antara laluan tracking kat area Bukit Larut ni tapi tak sampai puncak cuma smpai checkpoint 2 je, jauhnya aku tak pasti tapi laluan hutan la. Kat atas2 Bukit Larut ni pon ada tempat Penginapan seperti Angkasa (RM300), Beringin (RM200) dan Permai View (RM150), nak tau lebih lanjut korg leh call no 05-8077241/243. Kat Bukit Larut ni nak berkhemah mmg tak leh , kalau kat Bukit Gunung hijau boleh tapi kena dapat kebenaran Jabatan Hutan dan Polis.
" Ini la jalan menuju ke Puncak Bukit Larut"
" Jip (Land Rover) yang digunakan untuk mengangkut penumpang ke Bukit Larut"
" Kaunter Pertanyaan dan Kaunter Tiket Land Rover"
Lepas ni survey Bukit Larut aku perasan ada ATV sini jd aku ke tempat ATV tu tp sebelum tu aku ternampak chalet area sini yang sesuai untuk nginap kalo dtg Taiping nanti. Chalet ni betol2 dekat dengan tempat ATV, jalan kaki je kalo nak ke ATV tu. Aku tak sure nama chalet ni apa tapi  yang aku cuma tau Kamalbina , chalet ni tempat nya agak strategik dekat dengan Burmese Pool (Jeram), Bukit Larut, ATV, Zoo Taiping, bandar Taiping pon leh kata dekat jugak. Kalau nak tau pasal chalet ni leh contact no 05-8061777/8062777 atau email ke kamtrav@streamyx.com/kamatravel@yahoo.com
Rate harganya :
Room Type
Normal
Peak
Deluxe
RM160
RM200
Deluxe Pool View
RM180
RM220
Deluxe Premier
RM180
RM220
Deluxe Super
RM200
RM240
Suite
RM300
RM340
Suite Pool View
RM320
RM360
Bagi Sesapa yang berminat main ATV leh pegi ke ATV Ride / ATV Adventure Park Larut, ATV ni ada beberapa pakej yang boleh dipilih . Pakej 1 - Fun Ride - RM30 (10 min first ride for 5 laps at camp base) Pakej 2 - Offroad Fun Ride - RM40 ( Explore next offroad fun ride for 10 min at Kota Sarang Semut) Pakej 3 - Offroad to River - RM100 (One our Journey o the offroad trail to burmese River, experience                                                                  the downhill, mud and river crossing) Kat sini selain ATV dorg ada sediakan Camping , Team Building , Jungle Trecking, Nature Walk, BBQ dan banyak lagi. Samada korg booking atau walk in mana2 boleh, tp kalo walk in kira nasib la kaloada kosong lg sbb masa ni ATV cuma ada 7 je. Kalo nak contact no nye : Base Camp - 05 8063761   Ifwat - 0197713645   Megat - 012 5012070   Odeng - 0122104761   Alamat : Lot 3644, Pejabat Rekreasi , Jalan Bukit Larut, 34000 Taiping Perak   Email   : adventureparklarut@ymail.com   site       : www.adventureparklarut.blogspot.com                                www.facebook.com/atv-adventure park larut
Banyak lagi tempat menarik kat Taiping leh pegi korg kena la research sikit.

By ShaRil rOutH WelLinG with 26 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives