Sempena cuti hari pekerja ni, geng kayuhbeb wat golek2 kat FRIM, so spt biasa seawal 4 pagi aku dh bangun, alang2 MU lawan Manchester city tp akhirnya MU kena titik .. mwahahaha.. aku mmg suka, oopss terlajak sudah.
Lepas subuh je aku terus gerak dr Meru , kira agak awal jugak sbb aku tak sure mana Hospital Kusta yang dimaksudkan , rupanye nak cari FRIM ni tau Hospital Sungai Buloh dah cukup dan situ ada Pusat Kawalan Kusta yang berada dalam area hospital , akan ada signboard wad-wad kusta, so boleh parking situ atau kalo ke depan lagi nampak masjid pon leh parking area situ. Pukul 7:04 pagi aku dah sampai , nampak keadaan masih lengang dan terpikir takut salah tempat, tp apa pon rilek.. dulu. Nak dekat pukul 7:30 baru la nampak kelibat2 manusia dengan basikalnye datang ke parking bahagian kusta ni.
" Merpati berjoli-joli Bro Naz dan Kak Zai "
" Sengihan bob yang x sabar nak menawan FRIM"
Kira agak ramai yang datang, mau dekat 20 org rasanya mungkin lebih ,ada yang muka familiar bg aku dan x familiar bg aku.Apa2 pon yang penting kita sama-sama enjoy.
"Geng2 otai yang sedang menuju untuk merempuh bukit2 di FRIM"
(tercepat snap, nampak jauh pulak (-_-)*)
-: ALL BELOW PHOTOS CREDIT TO Bro Dean :-
Untuk masuk ke FRIM ni dikenakan bayaran RM3 akan ada penjaga kaunter jaga kat tengah jalan time korg berbasikal tu.
" Antara laluan kecil dimana tepinye 'gaung' silap sikit boleh jatuh ni"
"Mak2 aweks yang hottzzz"
" Panjang sungguh bukit ni"
" Abg Khalid tengah 'melombong' ke tu?,hehehe =p "
" Bukit ni pon panjang jugak sebelum sampai ke puncak yang dipanggil helipad x silap aku, jenuh mengayuh"
" spt kata kak liza, aku nampak kurus berbanding mula2 join mengayuh ngn kayuhbeb, hmmm... tang mana agaknye kurus tu"
" Dengan penuh syahdu bro dean menyuap makanan ke mulutnya"
Sememangnye FRIM ni ramai orang beriadah, aku x ingat last aku dtg sini
bila mmg dah lama sangat, sejak berbasikal ni baru dtg sini balik.
Perjalanan mengayuh kat FRIM ni lebih kurang 20km dari starting point Parking Hospital Kusta Sungai Buloh menuju ke FRIM pastu Steroid Hill ( x silap aku namanye) menuju ke puncak Helipad yang panjang giler bukitnya bg aku, pastu ke Mountainbike Trail dan menuju ke Taman Botani untuk lepak minum2, then dengan perut yang masih kenyang lagi kayuh lak patah balik menuju ke parking dan fuhh.... akhirnya selamat.
Bagi yang rasa nak berbasikal sengsorang , time takde teman.. FRIM mmg sesuai untuk korg, korg x yah riso keseorangan sbb ramai orang berbasikal kat situ walaupon dalam hutan... kedepan ke belakang , atas, bawah smmgnye akan ada org beriadah.
Bagi yang rasa nak berbasikal sengsorang , time takde teman.. FRIM mmg sesuai untuk korg, korg x yah riso keseorangan sbb ramai orang berbasikal kat situ walaupon dalam hutan... kedepan ke belakang , atas, bawah smmgnye akan ada org beriadah.




















