KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Saturday, August 4, 2012

Kayuhan Bukit 7 Beradik


Bertempat di Dewan Seri Seroja (N 2' 56.564, E 101' 43.436) , kayuhan minngu ke -2 di bulan Ramadhan, atas jemputan KNR (Keliwon Nite Ride) . Pada awalnya aku dah rasa macam sesat sebab tak jumpa Dewan ni kat mana, pusing punya pusing dekat setengah jam dari pukul 11pm, sampai area presint 14-15 tak jumpa gak, rasa nak give up dan balik je tp dah jauh datang sayang la pulak. Alih2 cal Saudara Zul rupanya area yang aku dok pusing gak cuma bahagian belakang tempatnya, kat area business centre yang ada Mydin, Rodalink , etc.

Datang-datang je tengok dah ramai orang rasanya ada la dlm 38 orang kot. Nasib baik dorg tak start kayuh sempat nak readykan basikal.


Dalam pukul 11:40 pm, Bang Omm dah ajak berkumpul utk bagi sedikit taklimat sebelum mulakan kayuhan dan Bang Omm juga yang menglead kayuhan ni. Sweeper nye tak lain tak bukan.. Wak Jawa @ Jimi, setakat aku join group2 basikal bagi aku Wak Jawa @ Jimi mmg The Best Sweeper, dengan stamina kuda yang dier miliki takde masalah untuk dier jaga cyclist yang tertinggal belakang, kaki krem, etc. Dier akan patah balik check balik budak2 even kayuh balik naik bukit yang boleh buat aku pengsan nak redah. Kalo aku mmg tak layak dan tak mampu lagi, boleh semput jadinye.

Kayuhan bermula dari Dewan Seroja yang terletak di Jalan Diplomatik 2 , Presint 15 dan menuju ke area Desa Putra , kami mengayuh melalui Tanah Perkuburan Desa Putra, kat sini lah bermula bukit yang tak henti2 yang buat kitorg tak sempat bernafas. Daripada yang aku kira, ada la dalam 3-4 bukit tak silap aku dan bukit2 ni juga melalui kawasan perumahan Casa Mekar . Aku respect tol yang kayuh pakai Fixie atau basikal takde gear, kayuh pakai basikal ada gear pon rasa tersumbat saluran pernafasan inikan yang pakai takde gear.
Kawasan kt sini smmgnya gelap sangat, dinasihatkan better bawa lampu, walaupon jalan sana nampak rata tp takut ada bendasing mcm kayu, bangkai, batu , etc tiba2 ada tengah jalan, silap2 boleh terlanggar dan jatuh.


Lebih kurang dalam 10km kitorg regroup kat area Sungai Merab (tak silap aku nama tempatnya). Time ni aku dah rasa nak pitam jap. Rasanya dekat 2-3 minggu tak kayuh, bila tiba2 kayuh pastu terus layan bukit , ni la hasilnya tp nasib baik boleh layan lagi.

Lepas suma dah sampai , kitorg sambung kayuh balik menuju bandar baru bangi utk check point yang ke-2 kat Shell, kitorg guna jalan dalam untuk menuju ke Bandar Baru Bangi. Tak jauh pon jaraknya dalam 5-6 km. Time ni la sapa rasa nak terkucil leh gi laksanakan tanggungjawabnya dulu sebelum start kayuhan balik.


Dari Shell Bandar Bangi kayuh menuju balik ke Dewan Seri Seroja melalui UKM (x silap aku, rasa mcm ada lalu) pastu akan nampak signboard ke Putrajaya dan melalui Institut Penilaian Negara. Dan akhirnya sampai dengan jarak keseluruhan kayuhan 28km.



BELOW PHOTOS CREDIT TO Bro Kuman






VIDEO


By ShaRil rOutH WelLinG with 6 comments

6 comments:

terbaek..minggu dpn jom kita layan genting sempah pulak...

Insyaallah bro... kalo takde apahal mmg join, dah lama nak cuba kayuh sana.
Kayuh Bukit Limau Manis pon minggu depan gak... lepas kayuh genting sempah kita shoot ke limau manis lak.. kekekeke...=p

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives