KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Sunday, August 23, 2009

Sg. ChILiNg WaTeRfAlL (7th June 2009)


Sungai Chilling dikatakan air terjun tercantik di Selangor, bukan aku kata org lain kata la... tp mmg cantik dan menarik tempatnye. Sungai Chilling ni terletak kat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nak tau cmna nak gi sana, ini jalan drp aku... ehem..... (harap2 tak terpesong jalan yg aku bagi).
Sungai Chilling ni terletak di wilayah Ulu Selangor dan dekat dgn bandar Kuala Kubu Bharu. Dari Kuala Lumppur menuju ke trunk road ke Ipoh melalui Rawang dan then masuk ke kuala kubu bharu exit. Kalo dah biasa jalan ke situ lebih kurg sejam 1/2 dah leh sampai, tp disbbkan kitorg tak biasa dekat 2 jam dan lebih2 sikit baru sampai.
Dalam perjalanan tu korg akan melalui satu Selangor Dam, pastu jalan je sampai satu masa korg akan nampak pintu gerbang sungai chilling kat sebelah kiri, lagipon senang perasan sbb situ byk org parking kereta. So korg parking je la kat situ, nak masuk ke kawasan tapak permulaan sugai chilling tu dekat 100 m, jadi barang2 yg nak dibawa better bawa la... kang menapak lak nak patah balik, bukan dekat. Bila korg dah sampai kat kawasan tanah lapang ada satu pondok pendaftaran sebelum masuk ke laluan nak ke air terjun tu. Tujuannye kalo ada yg tak kuar2 tau la sapa dier so better mendaftarkan diri, laluan ke dalam pon bukan jauh merentas onak dan hutan lebih kurg 45 minit nak sampai ke air terjun. WARNING! tengok peta dulu, mcm kitorg dah terlebih 'pandai' main redah je... alih dah jadi hiking sampai ke satu puncak tak tau puncak tu bukit apa, terpaksa la turun balik, haih....

Laluan ke sana melalui anak2 sungai pastu korg akan nampak papan tanda dimana ada check point, aku tak ingat berapa check point, 6 kot. Yang menariknye korg akan jumpa byk ikan waktu korg merentasi sungai, situ Jabatan perikanan yg bertanggunjawab pelihara dan perhati drp dirosakkan anasir2 jahat.


Kalo korg bawa org tua tu fikirlah 2-3 kali , takut diorg tak larat agak jauh jugak kalo nak diikutkan hanya nak sampai ke air terjun tu je. Redah punye redah sampai gak ke destinasi ,FUh..... tengok je ramai pulak org yg lebih awal dtg drp kitorg , di kawasan air terjun tu besar tempat mandi agak kecik bg aku kiranya tak privacy sgt la kalo dah ramai org tapi pemandangan air terjun situ sungguh indah.
Kitorg menunggu je la kat situ harap diorg cepat balik, leh wat mcm tempat sendiri bila dah takde org.
Makbul gak hasrat supaya diorg blah.... apalagi terjun kitorg dgn labu2nye, brrrrrr.... mmg sesejuk salju dibuai ombak. berdekatan dgn kawsan air terjun agak dalam sikit , sesapa yg tak pandai berenang elakkan la ke kawasan tu. Tak sah kalo dah jumpa batu besar tak buat aksi terjun berirama. Weeeeeeeee..........
Smmgnye feel mandi situ dengan dikelilingi hutan, tenang kepala otak drp asik dok serabut je selama ni. Dalam beberapa minit lepas tu dtg lak group lain , kitorg pon ready utk stop mandi, dah puas dah sampai kecut segalanye.
Nak kena berjalan balik dekat 45 minit lg, perghh.... tahan je la diri. Sampai je kat kawasan pendaftaran tu balik, kitorg 'check out' menandakan kitorg selamat balik. Pastu bersihkan diri, sini takde tempat mandi yang ada cuma tandas, terpaksa la mandi dlm tandas. Dan sini gak ada surau kecil utk sembahyang.
Jadi kalo badan tu fit , nak merasa dan melihat panorama air terjun kat sini dtg la.... aku rasa kalo dtg tengahari sikit ok kot, time pagi ramai yg dtgj d agak crowded tempat tu. Tak kisah la sbnrnye nak dtg pagi ke ptg ke malam ke....apa2 pon ENJOY!



MAP TO SUNGAI CHILLING WATERFALL

By ShaRil rOutH WelLinG with 15 comments

15 comments:

kalo terrrrlajak smpai ke trg, try la gi air terjun cemerong..sure puas ati..huhu

mcm menarik je bunyinye... kena cuba pegi ni..

Memang best sangat kat cemerong tu tpi perjalanan dari bandar dungun makan masa yg panjang. kena bertolak awal

Memang best sangat kat cemerong tu tpi perjalanan dari bandar dungun makan masa yg panjang. kena bertolak awal

hi da...
aku konfius jap ? cemerong ? mana tu ? =p

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives