KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Saturday, August 22, 2009

CaMeRoN HiGhLaNdS (4th April - 6th April 2009)


Di keheningan subuh hari pada 4 April 2009, mataku mulai celik tanpa disedari , aku gosok2 mata sambil membuang taik mata yg masih melekat. Dengan perasaan yg bersemangat aku gagahkan jua menyiram diri aku dgn air sesejuk air batu. WArghhh....!!! segar rasanya! Setelah itu aku segerakan kewajipan disubuh pagi , terima kasih kepadaMU kerna memberi aku peluang utk bernafas lagi.
Tanpa berlengah barang yg aku packing utk TRIP KE CAMERON HIGHLAND aku pikul utk dibawa masuk ke kereta, ku lihat jam tepat pukul 6.50 a.m, terbeliak mataku rasa mcm dh terlambat, cepat2 aku bersiap, panaskan enjin dan..................... PECUT! ke Shah Alam sbb sahabat handai ku yg lain menunggu kehadiran ku yg lemah gemalai di sana sebelum bertolak ke Cameron Highlands.
Nak kesana (kalo aku masih ingat...... harap2 betol apa yg aku explain ni..) lebih kurg sejam lebih2 sikit la.. kalo melalui lebuhraya Utara-Selatan , tp kalo start dr Kuala Lumpur lebih kurg 3 jam 1/2
"Tanah Tinggi Cameron boleh dihubungi menerusi Tapah atau lebuhraya baru di Simpang Pulai. Jika korg memandu dari Kuala Lumpur, susur keluar di Simpang Pulai dan ambil masa tambahan selama 45 minit sebelum sampai di utara Tapah dari Lebuhraya Utara-Selatan. Jalanraya ke Tanah Tinggi Cameron dari laluan ini adalah lebih mudah dan selesa berbanding laluan dari Tapah".
Even tak naik bas/teksi ni caranye cmna nak gi sana ...
"Perkhidmatan bas dan teksi boleh diperolehi dari Terminal Bas Puduraya di Kuala Lumpur dan perjalanan bas ini akan melewati pekan Tanah Rata. korg juga boleh menaiki keretapi hingga ke Tapah, kemudian meneruskan perjalanan korg dari Tapah dengan teksi atau bas"



Kitorang akhirnye sampai kat Cameron Highlands lebih kurg pukul 10.45 pagi, kitorg terus ke hotel yg kitorg book kat KRS Pines, hotel ni kira hotel bajet je x mahal mana, x silap satu bilik harga yg kitorg dpt RM60, (time ni member aku yg deal ngn sorg aunty namanye Margaret.. baik dan ramah orgnye..) tp kalo korg ckp korg student mungkin dpt lg murah. kitorg gi 3 hari 2 malam so RM60 x 2 = RM120 utk satu bilik. Bg kitorg walaopon hotel ni hotel bajet, smmgnye puas hati, bilik, bilik air, suma dalam keadaan elok tp........ tak de air cond..( hehehehe.. mmg la xde air cond , sbb dah kat tanah tinggi, gilo ko apo nak guna air con sini..) , time malam mmg sejuk... spt diwar2kan...Cameron mmg agak kurg sejuk skrg ni x berbanding dulu .

Link utk KRS Pines ------> http://krspines.cameronhighlands.com/


Lepas je kami Check in, aktiviti kami pon bermula.....

CAMERON HIGHLANDS BOOK GUIDE


DAY 1/SIJI/ONE

Kitorg terus ke Cactus Point sbg destinasi pertama, disbbkan time tu weekend ramai sungguh org dtg, balik, dtg , balik, tengok2.... tp kira ok sbb tak sesak, smmgnye banyak kaktus2 dan bunga2 yg dipamer dan dijual kat sini. Harganye nak kata murah ke...... mahal ke.... aku tak sure sbb aku bukan jenis tanam bunga pon so tak survey sangat harga2 bunga utk dicomparekan kat bandar2 biasa, tp aku rasa murah kot.... nak tau murah ke tak dtg je la sini..bg pakar2 harga bunga mungkin lebih tahu. Lepas tu kami pergi la ke Cactus Valley, xde beza sangat ... jual kaktus bunga2 tu la antara perkara lazim kat cameron. Tak lama kitorg singgah ke tempat mcm , lgpon situ just jual pokok lain la kalo mmg berhajat nak beli... lama belek2nye, kitorg pon lepas tu pegi Butterfly Farm, kalo dh nama butterfly farm sudah tentu rama2 yg menjadi tonggak kat sini. Bayaran masuk aku x berapa ingat , yg pasti bawah RM10 la... pastu ke Tans Camelia Garden , ini kawasan bunga2 gak la.. sbnrnye byk lagi nak pegi tempat benda yang sama je akan kitorg tengok, bunga..... kaktus.... bunga... kaktus...
Waktu ni pon dah tengahari, nasib baik time check in kat hotel tu kitorg bersantap dulu... xde la terasa lapar sgt tp hakikatnye ada rasa lapar sbnrnye. Suhu yang sejuk kat sini tak terasa panas bila masuk waktu tengahari, kiranye suam2 kuku je la...
Dlm perjalanan nak ke tempat lain, ada deretan kedai kat tepi jalan, berlambak la jual strawberry situ, kitorg pon beli la.. kebetulan kedai yg kitorg beli tu ada sorg aunty (kedai no 3) ni tanam sendiri dan strawberry nye... SUNGGUH MANIS!!! selama ni strawberry yg beli kat bandar masam ya amat. Aku rasa ni la strawberry yg manis pernah aku rasa. Sebelum ni mungkin ada kot tp tak ingat.
Kitorg menuju ke Sungai Palas kalo tak silap nak ke kawasan ladang Teh, dimana scenery sini la yg cantik utk dinikmati dan area sini la terletaknye kawasan penanaman teh milik BOH pengusaha teh yg terkemuka, korg mesti tau teh uncang yg korg penah minum tu, kalo tak tau itu bukan masalah aku, yg aku tau korg mesti tau , tu je. Nak menuju ke sini jalannye mmg agak bersimpang siur jd berhati2lah ketika menjadi sbb byk lori2 van yg ikut jalan ni gak, dan yg membahayakan jalan ni agak sempit... mmg sempit la utk keta depan belakang lalu. Time ni la horn kereta selalu di tekan, nak menunjukkan kita ada sbb ada simpang terlindung ngn bukit pokok2 menyebabkan kita dan org di sebelah yg menuju ke arah kita tak nampak kita.
Dekat 45 minit rasanye ke sana sampai la kitorg, tapi time tu boleh tahan panas gak. Walaopon panas demi trip ni ku gagahkan jua, smpai saja kat situ kena lak naik tangga yg agak tinggi nak ke tempat Teh2 dimana situ ada cafe tergantung dgn view ladang teh yg menarik, kat situ juga ada factory tak silap aku yg boleh dilawat tp nak kena menunggu giliran, time tu la tengok ramai gak menunggu jd batalkan je la hasrat nak usha... cukup la setakat mundar-mandir kat kawasan tu, lepak jap kat cafe tergantung sambil menkmati teh BOH berperisa anggur yg UMMMPPPHHHH!!! nikmat bila diminum time panas2 tu.
Time tu pon dah makin petang masing2 dah semakin lapar, agak penat juga tp puas hati utk hari pertama kitorg kat sini.
Balik la kitorg ke kantor KRS Pines, bersiap2, mandi, jamak apa yang perlu dijamak . Lepas maghrib je kitorg kuar balik nak cari kedai makan. smmgnye nak cari kedai makan agak keliru dan tak tahu bg kitorg so redah je la... haih kena time tu dpt kedai makan yg lousy, customer sevice aku leh rate takde bintang langsung . Lama dok menunggu padahal takde org pon time tu, bila dipanggil wat muka selenga , rasa nak tumbuk pon ada tp apakan daya SABAR je la.
Semmgnye kitorg berjanji tak kan makan kedai ni lagi ( tak yah la bagitau ye kedai apa....), Habis je makan kitorg pon balik la tido menunggu keesokkan harinye lak.





DAY 2/LORO/TWO

Brrrr...... ssmgnye sejuk bila waktu pagi mmg patot la takde aircond hotel2 kat sini. Tepat pukul 6 lebih2 cmtu kitorg bangun nak mulakan aktiviti baru iaitu Trekking kat Mossy Forest. Apa2pon kitorg sarapan dulu, boleh kata roti, etc utk sarapan kitorg bawa sendiri, save bajet sikit. Dalam pukul 7.10 kitorg pon get ready gerak menuju ke Mossy forest, aku tak berapa ingat ikut laluan mana sbb time tu 'driver' yg bawakan. Kalo nak tau cuba2 tengok kat map atas tu. Rupanye ada org yg lebih awal drp kitorg kat mossy forest tu, ingatkan kitorg yg lebih awal, bagus tol mat2 ngn minah2 saleh ni. Kita yg Islam ni patot bangun pagi sembahyang subuh pon lewat atau pon tak bangun. Agak jauh ke atas kawasan mossy forest ni, terasa kesejukan hampir tahap menggigil. Laluan ke mossy forest tu ada satu jambatan yg memudah kan sebelum betol2 masuk ke dalam hutan tu. Kitorg pon ikut je la jalan tu sehingga jalan mati, start dr situ trekking bermula, dgn berbekalkan makanan sahaja dan beberapa peralatan lain kami berempat terjah je hutan tu, dgn bismillah dimulakan melangkah la kami. Nasib baik kitorg dah biasa aktiviti2 cmn, jd setakat ni takde masalah utk kitorg. Perkara yang tak dijangka utk kitorg, ada la sorg rakan kitorg kata kita akan wat trekking dlm mossy forest ni, padahal kami hiking kalo nak diikiutkan ni, Laluan dlm mossy forest ni tak serupa trekking lebih kepada hiking sampai satu tahap kitorg leh jumpa papan tanda ke Gunung Brinchang dan Gunung Irau. Alang2 kitorg dah sampai, teruskan je la, tp hajat kami tak kesampaian nak sampai ke puncak, tak leh pakai tol papan tanda tu, tunjuk km mcm dekat je padahal tak sampai2, tak tau la ukuran lurus ke bengkang bengkonk, time tu lak dah hampir petang dgn tak prepare brg utk hiking better kitorg turun je la kang kalo dah gelap parah jadinye. Dalam perjalanan hiking smmgnye suasana hutan tu agak lembap , hijau, sejuk.... nikmat la kiranye.
Sampai kat bawah dekat pukul 4 lebih2 ptg, elok2 je sampai hujan turun, nasib baik ada pondok rehat kat bawah tu.
Time hujan tu ada gak pelancong dtg lak, lepas kitorg lap2 basuh2 lumpur kat kasut, rehatkan diri balik ke KRS Pines bersiap2 utk dinner.
Kali ni kitorg pegi kedai makan lain , yg ni baru puas hati. Dlm perjalanan balik td ada Night Market , tp malas lak nak singgah time tu dgn keadaan yg kotor kitorg balik je la.
Lepas makan kitorg pon meronda2 waktu malam tengok suasana waktu malam kebetulan time tu hujan renyai2. Drp duk bilik, yang sorg ni pandang ni, yg ni pandang tu baik kuar tengok2 kawasan.
Dah nak tgh malam kitorg pon balik ke hotel dan tido.




DAY 3/TELU/THREE

Spt biasa la suhu ni time pagi sesejuk dingin yg membeku, ni last day kat sini, kitorg pon bersiap2 nak check out. Lepas check out je kitorg pegi BIG STRAWBERRY FARM, antara ladang strawberry yg terbaik kat sini bg kitorg la, ladang ni sungguh besar, tersusun dan bersih mmg kalo tengok sedap mata memandang, dgn kawasan strawberrynye.... sayurnye.. bunganye...dan kawasan ni agak tersorok sikit jd carilah dgn tekun. Disbbkan kitorg tak sarapan lagi , apalgi kitorg terjah cafe situ yg kitorg tahu ada wafel, shake, salad etc yg sungguh enak sekali leh wat terliur. Tengok je la gambar2 yg kitorg amik ni, kalo korg tak terliur , aku tak tau la nak ckp apa...LU PIKIRLAH SENDIRI! Lepas makan je baru kitorg start round betol kawasan BIG STRAWBERRY FARM ni. Mmg ni antara farm strawberry yg puas hati bg aku. Jd kalo dtg Cameron jgn lupa dtg sini. lepas tu kitorg gi MARDI dimana kat sini ada nye penanaman anggur, epal, strawberry mesti la ada, bunga2, hmmmm.. apa lagi erk.. dan lain2 la. Masuk kat sini dikenakan bayaran, aku tak ingat berapa, tp time kitorg dtg bukan musim la, tak byk buah yang menjadi. Jadi kitorg dtg pon sekadar tengok gitu dgn sedikit kehampaan. Tak lama kat situ kitorg gi Day Market, kat sini berlambak strawberry jual, bunga2 yg murah tp strawberrynye masam2 tak sama ngn beli kat kedai aunty tu. Apalagi kitorg borong la bunga byk2 alang dah sampai kat sini. Dalam perjalanan balik ke KL kitog singgah kat Air terjun Lata Iskandar tp tak mandi la sekadar tengok2 je.



Begitulah aktiviti kami sepanjang berada di Cameron Highlands, mungkin ada yg tak citer tempat yg aku pegi sbb lupa dah, apa yang terlintas difikiran aku taip, yg tak terlintas aku tak taip.
Ni antara tempat yg patut korg lawat bila dah sampai kat Cameron:

1. Tea plantation (Boh Tea Estate, Sungai Palas Estate, Bharat Tea Estate).
2. Vegetable farm (nearby Habu, Tringkap, Kuala Terla).
3. Strawberry farm (Raju's Hill Strawberry Farm, Healthy Strawberry Farm, Kasimanis/Kasimani's Strawberry Farm, KHM Strawberry, EQ Strawberry Farm).
4. Flower nursey (Bertam Valley nurseries, Kampung Raja area).
5. Butterfly farm (Butterfly Garden, Kea Farm).
6. A 18-hole golf course.
7. Jungle trekking.
8. Lata Iskandar waterfall.
9. Orang Asli settlement.
10. Robinson Falls (waterfalls).
11. Tokong Sam Poh Temple.
12. Gunung Brinchang Mountain.
13. Cactus Valley.
14. Vegetable/Flower Market (Bandar Brinchang town)


---> Bajet : RM200 sorg
termasuk makan minum, minyak, tol etc (tu pon byk lebih lg baki )
---> Bil Jet darat : 1 buah
---> Bil jejaka ganteng dan gadis montok : 4 org



By ShaRil rOutH WelLinG with 7 comments

7 comments:

masa jalan jalan nie naik bawa kereta sendiri ke transport awam??

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives