KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Sunday, February 28, 2010

SHOGUN RESTAURANT




21hb februari 2010, gathering pet community utk GONG XI FATT CHOY, kitorg wat SHOGUN Sunway Pyramid pada pukul 8.00 p.m, Restoren SHOGUN menyediakan makanan Jepun, banyak pilihan makanan jepun, antara jenis makanan2nye ialah
  • Tempura, Salmon
  • Teriyaki Chicken
  • Oyster
  • Soft shell crab
  • Ice-cream
  • Free flow of drinks
  • Sashimi
  • Unagi
  • Assorted tempura
dan byk lagi tak silap aku, aku tak berapa ingat dan cam nama2 makanan2 jepun kat sini, dan diorg ada offer beberapa pakej makanan;

Lunch Promotion from Monday to Friday except Public Holiday:
  • 3 pax - 1 adult at RM43
  • 4 pax - 1 adult + 1 child at RM43 + RM15 = RM58
  • 5 pax - 1 adult + 2 child at RM43 + RM30 = RM73
  • 6 pax - 2 adults at RM68...

Special Discount for Children:

  • 2-3 pax - 1 dine for FREE
  • 4-5 pax - 2 dine for FREE
  • 6-7 pax - 3 dine for FREE











Sebelum korg datang nak makan kat sini, better jgn makan apa2 sbb byk sgt pilihan makanan kat sini, rugi lak kalo byr lebih makan sikit.










SHOGUN RESTAURANT

LG2.119-120, Sunway Pyramid Shopping Mall,

No 3 Jalan PJS 11/15,

Bandar Sunway, Petaling Jaya
46150 Selangor

Tel : 03-56221831

Business Hours

  • Lunch (12.00 noon - 3.30pm) and Dinner (6.30pm - 10.00pm)


Location :


View Larger Map

By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

Sunday, February 21, 2010

White Water Rafting at Jeram Besu



20hb Februari 2010 bersamaan hari sabtu tepat pukul 7.00, destinasi bulan ini ke Jeram Besu, disini aktiviti kami ialah Water White Rafting dan Flying Fox. Kitorg bertolak pukul 7.20 pagi cmtu, dan berkumpul kat genting sempah sbb selain dr kami berlapan, ada beberapa lg member kpd member lain yg follow utk aktiviti ni. Apa2 pon kitorg makan dulu smntara tunggu yg lelain,
Dalam pukul 8 lebih cmtu baru cukup forum dan kitorg mula bertolak dr Genting Sempah menuju ke Jeram Besu yg terletak di area Raub Pahang.

Jalan menuju kesana mudah saja, sekiranya korg dr KL , drive menuju Highway karak, starting korg akan lalu tol Gombak , RM3 lepas tu korg akan lalu Tol Bentong RM8 , tol bentong ni dah lepas Genting Sempah . (Total tolnye dlm RM22 pegi balik tak silap aku). Lepas je tol bentong tu korg amik exit kiri nak menuju ke raub, just drive terus je menuju ke raub (ada signboard ke raub), dalam perjalanan korg ke raub nanti, korg akan nampak signboard COUNTRYVIEW RECREATION PARK, JERAM BESU, seingat aku dr KL ke Jeram Besu ni dlm 150+++ km, lebih kurg 2++ jam la nak sampai.


Sampai saja kitorg register utk bg nama utk sijil kitorg nanti, sampai saja kitorg diberi taklimat utk flying fox dahulu sbb itulah aktiviti kita pertama sekali. Kalo nak diikotkan tak berapa puas flying fox sbb sekejap sgt luncurnye kalo nak diikotkan nak glide berkali2 tapi disbbkan geng2 kitorg ramai sgt nak menunggu giliran lama lak, dan tak cukup masa , kitorg start flying fox dlm pukul 10 ++ pagi dan stop pukul 12.45 tgh utk lunch dahulu sebelum start White Water Rafting.



Hidangan situ mmg puas hati, menyelerakan dgn masakan kampong, berbaloi dgn bayaran tu. Lepas aje makan tak sempat nak hadam apa suma, kitorg dh start ke tebing sungai utk taklimat white water rafting, bg aku yg dah biasa rafting agak bosan dan lama nak tunggu taklimat ni. Tp sesuai bg beginner , time ni diorg ajar safety guard semasa dlm air, time boat terbalik etc. Dekat 2 jam gak lah latihan2 ni sebelum start rafting, agak menghampakan utk aku time ni sbb level kederasan sungai cuma level 1 je, tak adventure langsung, lgpon timing rafting tak kena, skrg ni kemarau, hujan jarang turun so air tak berapa deras, kenikmatan rafintg tak berapa sgt. Apa2pon having fun gak la utk memenuhi aktiviti kitorg bulan ni.




Spt yg aku ckpkan td kederasan sungai ni cuma level 1 saja, jd tak berapa rasa nikmatnye, kalo nak betol2 nikmat dtg time2 bukan kemarau pada bulan November, Disember, January. Time tu baru rasa nikmat rafting tu. Lebih kurg 30 - 45 minit je kitorg rafting kat sini. Sampai je kat STOP ada van menunggu amik kitorg bawa ke tempat permulaan dtg td. Sampai je kitorg pon bersihkan diri dan berkumpul balik utk dptkan sijil. Pakej Rafting sini RM140 Termasuk makan minum dan sijil.




VIDEO










Utk keterangan lanjut korg leh hubungi:

Countryview Recreation Park (Jeram Besu) Sdn BHd
Lot 1937 Jeram Besu, Mukim Sega,
Raub 27300 Pahang
Tel : 09 3230230/210
Fax : 09 323 0200
Mr Lee : 019 9880 880
Mr Kamal : 019 9370 507

Website : www.countryviewadventure.com
www.jerambesuresort.com

Email : crpjbesu@tm.net.my
crpjbesu@streamyx.com

By ShaRil rOutH WelLinG with 12 comments

Sunday, January 31, 2010

Lost World of Tambun >>> Kuala Sepetang >>> Zoo Taiping & Night Safari


30th Januari 2010, destinasi kitorg di Perak, di Perak sebenarnye banyak tempat untuk dikunjungi tapi disebabkan trip kitorg ni satu hari je, maka agak terhad tempat yang dapat kitorg tuju.
Lepas waktu syuruk dalam pukul 7.30 cmtu , kitorang start bergerak dari Shah Alam menuju Ipoh, dimana lokasi Lost World ofTambun (site Lost World of Tambun) ialah di Ipoh Perak.

Dr Shah Alam tu kitorg gerak melalui Highway kat Tol Bukit Raja , dan terus menuju ikut signboard ke Ipoh. Lebih kurang dalam 256km gak dr Shah Alam nak ke Ipoh , itu pegi saja. Lepas terus je menuju ke Ipoh dlm 180 km bersiap sedia masuk ke exit kat Jalan Raja di Hilir disebelah kiri, just terus dlm 500 m lagi dan keep left dalam 3.6km utk ke Tambun Exit, lepas tu keep right kat Jalan Tambun dlm 550m lagi. Keep right lebih kurg 3.4 km utk masuk ke Tambun dan sampai lah destinasi ke LOST WORLD OF TAMBUN di sebelah kirinye. Lupa lak nak bgtau tol dr Shah Alam ke Ipoh ialah RM28.50.


Lost World of Tambun ni buka pada pukul 10 pagi, time kitorg sampai situ lebih kurang pukul 10.45 pagi, dalam 2 jam lebih dr Shah Alam ke Lost World of Tambun. Waktu tu masih tak ramai orang lagi tapi sedikit demi sedikit kelibat org . Setiap per entry RM 30 untuk dewasa, RM20 utk kanak2, dan ada jugak disediakan Saver Package RM42 utk Dewasa, RM36 utk kanak2. Dalam Saver Package ni include ticket masuk (suma permainan), meal (Nasi lemak/burger chicken + drink + ice cream) , single tube dan Mystery gifts (dpt keychain je hakikatnye).





Kat sana disediakan locker RM10 satu locker dan boleh dibuka ditutup bila2 masa, RM10 tu bukan utk sekali penggunaan dan locker ni guna password kita utk security. Locker ni kena guna coin khas , satu machine utk tukarkan RM10 kertas ke coin disediakan dekat tempat locker2 tu.
Dinasihatkan datang la awal kat Lost World of Tambun ni sbb locker2nye cepat penuh, kalo penuh nasib korg la terpaksa letak mcm tu je barang korg, melainkan time korg main kat dry ngn wet park tu aka ada org jagakan.




Kitorg start main ngn Dry Park , nak diikotkan takde apa sangat permainan Dry Park situ, cuma ada Dragon Flight (benda mcm buaian dan berpusing2) , Storm Rider ( kapal yang naik ke belakang ke depan tu, biasa benda ada kat mana2 theme park), Giddy Galleon (benda ni pon lebih kurg mcm Dragon Flight cuma tempat duduknye mcm kapal kecik) dan Perak Parade ( kuda pusing2 tu yg utk budak2 sahaja). Kat situ pon ada Adventure Express iaitu train yg bawa korg tour Lost World of Tambun tu).





Kat situ ada Tiger valler, kalo dh ckp tiger valley dah tentu ada harimau la kan. Harimau2 kat sini pon akan buat pertunjukkan bukan sekadar duduk diam je dlm sangkar diorg, tp ada waktu2nye la pertunjukkannye, time aku jengok harimau2 tu belom start lagi pertunjukkan lagi so malas nak tunggu.



Antara tempat yang menarik yg baru buka ialah Lost World Petting Zoo. Kalo dah namanye zoo, tentunye ada pelbagai binatang kat sini. Kat Lost World Petting Zoo ni banyak area binatang ni.
Dekat ngan pintu entrance je korg akan nmpk Racoon yang oleh dikatakan jinak . Di dalam Petting zoo ni lagi ada Rabbit Wonderland, Bird Paradise, Serpentarium ( kat rumah sini terdapat reptilia mcm ular2, biawak, etc dan rumah reptilia ni diperbuat drp kaca jd korg leh nampk atas bawah korg natang ni), Tortoise Kingdom, Marmoset Tree House ( ini antara spesies monyet yang sangat kecik dan sgt comel jarang dijumpai).


Terdapat jugak Rainfores Trail , kat sini korg leh tengok ada beberapa ekor rusa, kambing, tupai, rama2, monyet, burung, landak, guinea pig, prairie dog, possum etc.
Di area Rock Canopy , kita leh bergambar secara real dgn beberapa binatang yang dah memang di dijadikan pets skrg spt
Hedgehog , Sugar Glider, Ferret, Bearded Dragon and Blue Tongue Skink, Green Wing Macaw, Big Green Macaw, Parrot, Love Bird Budgie and Sulphur Crested parrot, Iguana, Python, Boa and reptiles lain. Kat sini akan diorg terang serba sedikit informasi pasal binatang ni.



Terdapat satu gua di panggil Kepura, kitorg ingatkan gua ni dalam dan leh explore rupanye spt dewan, kat dlm tu ada kerusi , meja, peralatan yg digunakan spt nak wat dinner atau function2 lain.



Lepas dah puas pusing2, kitorg pon tukar baju mandi, mandi ler.. sebelum tu kitorg dptkan single tube yg ada dlm package tu. Korg kena tukar kupon single tube tu kat kaunter dekat ngan locker utk dptkan mcm gelang kertas baru leh amik single tube tu dan kena bayar deposit RM10 and refundale.





Masuk je kat wet park kitorg terus pegi kat Jungle wave bay, time kitorg nak mandi dah agak ramai org time tu, kat sini tak byk benda yg leh cuci mata berbanding ngn Sunway Lagoon, hehehe.. Agak susah kalo bawa single tube mandi kat sini sbb tak bebas, kalo tinggalkan nanti takut hilang pulak tube tu, alih2 mandi jap pastu gi kt Adventure River , apongkan diri kat laluan air situ, punye la lambat air situ bawa kitorg, layan je la. Dah lepas tu, kitorg hantar tube ni balik terus shoot ke Tube Raiders , kat sini ada tubenye sndiri tak leh pakai tube yang sewa tadi dan kena beratur utk giliran. Sampai je giliran kitorg (2 person per tube) apalagi naik tangga ke atas tempat permulaan. Guide tu tolak ke bawah, gelongsor la kitorg ke bawah dgn jeritan . hahahaha.. sbb agak mengerikan mula2 tu, ada rasa nak jatuh pon ada, tergolek pon ada, yang penting tetap stay still. Nak tau cmna keadaannye datang la , tak rugi. Lepas tu gi kat Cliff Racer lak, situ pon kena beratur gak dan kena naik ke atas utk gelongsor ke bawah tapi perasaannye tak spt naik Tube Raiders, biasa2 je. Dan lepas tu lagi sekali kitorg naik tube Raiders. hahahaa.. Setiap gelongsor lain2 bentuk lungsurnye, kalo nak rasa 4 perasaan naik la 4 gelongsor tu.



Tepat pukul 3 lebih petang time tu, rasanye dah cukup puas kitorg main dlm tu, kitorg pon pegi bilik persalinan , mandi , sembahyang (situ juga disediakan surau berdekatan dgn locker) dan ke Kuala Sepetang lak.

Satu lagi benda nak bgtau, terdapat jugak hotel yg berdekatan dengan Lost World of Tambun, tak silap namanye Sun Inn (aku rasa la..) dan ada gak hotel2 lain, dalam range RM80 ke atas.

Nak tau apa yang istimewa kat Kuala Sepetang ni ? Didapati Mee Banjir Udang Mak Teh la yang istimewanye.

Nak ke Warung Mak Teh Kuala Sepetang ni, kitorg keluar dr Lost world Of Tambun, menuju ke exit Taiping. Korang lalu menuju ke Kuala Kangsar , terus je then nampak sigboard Taiping terus menuju ke Taiping dan korg akan nampak signboard Kuala Sepetang , terus jugak. Tapi korg kena perhatikan betol2 nama warung , sbb byk sbnrnye warung2 kat tepi jalan, warung mak teh ni pn kat tepi jalan gak dan terletak di kawasan yang agak dalam. Kitorg sampai kat warong Mak Teh ni dalam pukul 7.10 pm, dan time tu masih belom ramai, sedi demi sedikit makin ramai org datang.

Apa yg kitorg order time tu ialah Mee Banjir Udang , terdapat 2 jenis Mee udang iaitu udang kolam (RM8) atau udang laut (RM10).
Servis situ agak kureng bg aku lambat...... dalam setengah jam jugak la rasanye baru sampai, kitorg pon nikmati la Mee Banjir Udang yang dikatakan spesel tu. hmmmm... lepas rasanye sendiri apa yang boleh dinilai (bagi aku la) , biasa je mee nye, takde yang spesel , mungkin udangnye yang fresh buat mee ni jd spesel. Yang lelain biasa je , tak tau la org lainnye citarasa cmna. Bagi aku biasa je la, cukup makan sekali tu je la. Ye la masing2 ngn citarasa masing2, tp mmg ramai yg dtg warong tu. Kalo ada yang nak cuba spesel Mee Banjir Udang ni, datang je la.






Kekenyangan saja kitorg (itupon tak habis sangat Mee Banjir Udang tu, sbb kureng...) , shoot lak ke ZOO Taiping & Night Safari , nak ke sana korg follow je signboard ke Taiping time korg menuju tu akan nampak lak signboard Zoo Taiping and Night Safari (juga jalan menuju ke Bukit Larut , Taman Tasik Taiping gak). Dah nak dekat masuk je area Zoo Taiping tu punye banyak la kereta sbb berdekatan ngn Tasik tak silap aku dan time tu ada event. Parking Zoo pon boleh tahan hampir penuh, ramai org dtg utk Night Safari. Tiket masuk RM16, situ boleh pilih korg nak jalan kaki atau naik tren, tapi kitorg pilih jalan kaki dlm waktu malam tu. ehehehe.. leh nampak lebih dekat, jangan riso takde apa2 sbb binatang2 tu dalam areanye. Sbnrnye ramai gak yang jalan kaki utk pusing2 situ, kalo naik tren tak puas melainkan org tu malas nak jalan.

Time ni la binatang2 active dan lebih baik nak dibandingkan 'zoo' lain yang nak tak nak idop je binatangnye, sini landscapenye natural, mmg kene ngn habitat binatang2 tu. Setakat zoo yg aku pegi, ini kira bagus la. Kalo nak diikotkan tak leh amik gambar guna flash tp aku bantai guna flash, itu po susah gak nak amik gambar gun DSLR time gelap, amik masa aku nak settingnye dan kebetulan bateri lak dah nak habis. huh.... Kalo boleh better bawa lampu suluh (even tak dibenarkan menyuluh, hehehe..time tour guide tak lalu baru kitorg suluh cari binatang) utk nampak lebih jelas natang tu. Sebenarnye mmg agak penat jalan2 dalam Zoo Taiping tu, dgn gelap dan panasnye tapi puas hati gak. Dekat dua jam lebih pusing dalam tu dr pukul 8 lebih hingga 11 lebih malam.






Fuh... mmg letih satu hari tiga tempat pergi tapi berbaloi dan bajet yg tak banyak. Apa lagi lepas pegi Zoo Taiping tu sebelum bali minum jap kat kedai yang masih buka dan shoot balik Shah Alam , yang aku lak balik KL lepas hantar member2 aku balik Shah Alam. Tol dr Taiping ke Shah Alam RM33.50. Sampai je rumah dalam pukul 4.30 pagi, nasib baik abg aku tido kat hall , dier buka kan pintu, dah la aku tak bawa kunci rumah time tu. Maka tidolah aku dalam keletihan.....=)

By ShaRil rOutH WelLinG with 17 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives