KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Sunday, February 21, 2010

White Water Rafting at Jeram Besu



20hb Februari 2010 bersamaan hari sabtu tepat pukul 7.00, destinasi bulan ini ke Jeram Besu, disini aktiviti kami ialah Water White Rafting dan Flying Fox. Kitorg bertolak pukul 7.20 pagi cmtu, dan berkumpul kat genting sempah sbb selain dr kami berlapan, ada beberapa lg member kpd member lain yg follow utk aktiviti ni. Apa2 pon kitorg makan dulu smntara tunggu yg lelain,
Dalam pukul 8 lebih cmtu baru cukup forum dan kitorg mula bertolak dr Genting Sempah menuju ke Jeram Besu yg terletak di area Raub Pahang.

Jalan menuju kesana mudah saja, sekiranya korg dr KL , drive menuju Highway karak, starting korg akan lalu tol Gombak , RM3 lepas tu korg akan lalu Tol Bentong RM8 , tol bentong ni dah lepas Genting Sempah . (Total tolnye dlm RM22 pegi balik tak silap aku). Lepas je tol bentong tu korg amik exit kiri nak menuju ke raub, just drive terus je menuju ke raub (ada signboard ke raub), dalam perjalanan korg ke raub nanti, korg akan nampak signboard COUNTRYVIEW RECREATION PARK, JERAM BESU, seingat aku dr KL ke Jeram Besu ni dlm 150+++ km, lebih kurg 2++ jam la nak sampai.


Sampai saja kitorg register utk bg nama utk sijil kitorg nanti, sampai saja kitorg diberi taklimat utk flying fox dahulu sbb itulah aktiviti kita pertama sekali. Kalo nak diikotkan tak berapa puas flying fox sbb sekejap sgt luncurnye kalo nak diikotkan nak glide berkali2 tapi disbbkan geng2 kitorg ramai sgt nak menunggu giliran lama lak, dan tak cukup masa , kitorg start flying fox dlm pukul 10 ++ pagi dan stop pukul 12.45 tgh utk lunch dahulu sebelum start White Water Rafting.



Hidangan situ mmg puas hati, menyelerakan dgn masakan kampong, berbaloi dgn bayaran tu. Lepas aje makan tak sempat nak hadam apa suma, kitorg dh start ke tebing sungai utk taklimat white water rafting, bg aku yg dah biasa rafting agak bosan dan lama nak tunggu taklimat ni. Tp sesuai bg beginner , time ni diorg ajar safety guard semasa dlm air, time boat terbalik etc. Dekat 2 jam gak lah latihan2 ni sebelum start rafting, agak menghampakan utk aku time ni sbb level kederasan sungai cuma level 1 je, tak adventure langsung, lgpon timing rafting tak kena, skrg ni kemarau, hujan jarang turun so air tak berapa deras, kenikmatan rafintg tak berapa sgt. Apa2pon having fun gak la utk memenuhi aktiviti kitorg bulan ni.




Spt yg aku ckpkan td kederasan sungai ni cuma level 1 saja, jd tak berapa rasa nikmatnye, kalo nak betol2 nikmat dtg time2 bukan kemarau pada bulan November, Disember, January. Time tu baru rasa nikmat rafting tu. Lebih kurg 30 - 45 minit je kitorg rafting kat sini. Sampai je kat STOP ada van menunggu amik kitorg bawa ke tempat permulaan dtg td. Sampai je kitorg pon bersihkan diri dan berkumpul balik utk dptkan sijil. Pakej Rafting sini RM140 Termasuk makan minum dan sijil.




VIDEO










Utk keterangan lanjut korg leh hubungi:

Countryview Recreation Park (Jeram Besu) Sdn BHd
Lot 1937 Jeram Besu, Mukim Sega,
Raub 27300 Pahang
Tel : 09 3230230/210
Fax : 09 323 0200
Mr Lee : 019 9880 880
Mr Kamal : 019 9370 507

Website : www.countryviewadventure.com
www.jerambesuresort.com

Email : crpjbesu@tm.net.my
crpjbesu@streamyx.com

By ShaRil rOutH WelLinG with 12 comments

12 comments:

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives