KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Sunday, May 27, 2012

Kayuhan Alam Budiman @ Cycle 4 Care Trail

  

Akhirnya dapat jua aku golek trail off road alam budiman, punya la dekat rumah dr Meru tp tak pernah masuk off road kat area budiman ni sebabnye aku pon tak tau jalan off road, kalo main masuk mau sesat ntah ke mana. Kali ni aku lega sikit sbb aku tak yah bangun awal 20 minit je dr rumah aku. Dr Meru, Jalan Balau menuju ke Jalan Paip pastu ke Alam Budiman dan sampai.
Asalnya macam nak naik basikal daripada rumah tapi tak tahu keadaan off road Alam budiman tu camna jadi amik keputusan naik kereta ke sana.



Seawal pukul 7:25 pagi aku dah sampai depan kedai Nerd Cycles kat Alam Budiman tempat perjumpaan , pada awalnya aku ingatkan aku sorg yang baru datang rupanye yang lelain parking dekat dengan kedai mamak yang berdekatan dengan Kedai Nerd Cycles ni.








Sesampai je masing2 mempersiapkan basikal untuk start kayuh masuk off road, Starting dari tempat parking menuju ke kawasana perumahan pastu masuk mencelah seperti kawasan pembinaan yang berpalang.



Awal-awal dah lalu jalan berbukit, tak sempat warm up lagi rasa macam boleh je nak kayuh tapi tewas jugak. Jalan yang agak berbukit tu berlubang-lubang agak menggangu untuk melakukan kayuhan melainkan bagi yang pro, itu tak yah citer la.



"Mamat power bar dengan gagahnya mengayuh menuju ke atas"

"Ini suma Ah Tee punya pasal kasi bikin rosak ini basikal, gua mau yang baru"



Sampai sini jalan dah landai melalui ladang kelapa sawit, rasa rilek sikit mengayuh dan akan menuju jalan keluar tar ke kampung Budiman.





VIDEO

 





VIDEO
















Masuk dari Kampung Budiman itu trail situ sememangnya boleh dikatakan bukit memanjang , walaupon sepenuh jiwa dan raga aku gagahi tak nak tolak tapi tetap ada situasi yang terpaksa menolak. Masih tak kental jiwa aku ni... hehehe..
Rest point kitorg menuju ke bukit Ramli tempat rehat kat puncak nun atas bukit time ni bukitnye agak panjang, kesabaran dan ketahanan otot-otot kaki diperlukan untuk mengayuh sampai ke puncak.









Beginilah keadaan kawasan istirehat Bukit Ramli, tempat kebiasaan bagi para cyclist melepaskan lelah dengan air popularnya Cincau Nenas.


 " Seperti kata abang khalid, rupa seperti kalah judi"




Lepas rest dalam beberapa minit jap sambung balik kayuh menuju tempat parking, dalam menuju ke parking tu melalui off road yang berbukit-bukit lagi , memang thrill giler alam budiman. Aku rasa sapa dapat buat 2 round kayuh trail sini sama macam training setahun.
Tambah lagi cuaca panas, lagi la bahang kepala otak menahan kesabaran kayuh bukit.





Bukit sini tanah agak hidup dengan batu-batunya boleh buat jatuh, dari atas boleh nampak betapa panjangnye bukit ni.






" Bro Mus dari Bukit Jelutong 2 hari berturut-turut kayuh kat Alam Budiman, Hebat.."











" Chief yang nak berendam bersama basikalnye"



Below Photos credit to Syahmi Bhari







Below Photos Credit to Bro Dean 












Bagi aku memang mantap trail kt alam budiman, kalo korang leh tahan kayuh trail ni insyaallah trail lain sekadar batuk di pinggiran je.

By ShaRil rOutH WelLinG with 14 comments

Thursday, May 24, 2012

GENTING RIDE SEMPENA HIMPUNAN JUTAAN BELIA PUTRAJAYA 2012


Genting ride malam jumaat ni agak menarik route nye , tetapi dengan masalah gear basikal aku yang tak hidup segan mati x mahu selepas servis terpaksa berhempas pulas pakai gear paling rendah je even naik bukit. Keras urat2 kaki  mengayuh time ada bukit. Jarak perjalanan adalah dalam 25km tak silap aku, meter aku pon dh kong semacam, x jalan lak mlm tu. Pertama kali kayuh on road sepenuhnya kt putrajaya hari tu. Tengokkan bilangan orang kira tak ramai sgt pon, lebih2 lagi kayuhan ni dibuat pada hari biasa, mmg kebanyakkan orang tak sempat la nak gerak lepas kerja, yang mana kerja terpaksa rushing.




Beginilah keadaan yang menjadi kekecohan pada malam tu, boleh dikatakan sgt kelam kabut dengan baju tak dapat, air botol pon x dapat  benda free la kata kan. Yang dah register online pulak ada nama yang xde  dalam list termasuk aku, disuruh tulis nama untuk amik baju kendian, alih2 sekadar cukup syarat je, bila tengokkan orang berebut mcm perang dunia ke-10 disebabkan nak ambil baju je, biarkan je la .
Berkejar gak la aku dr Meru ke Putrajaya nak register awal alih2 hampeh dengan lokasi register yang diberi tak betol, berpusing time mula2 nak cari mana tempat daftar, katanya dekat ngn mahkamah dan tak diberitahu belakang, ke depan.... alih2 nun jauh di belakang.
Tapi apa pon kadang-kadang perkara yang kita cuba aturkan x semestinya akan sempurna bila masanya tiba, kadang2 benda yang tidak dijangka dan diluar dugaan akan berlaku , mungkin mereka sudah buat yang terbaik tp nasib tidak menyebelahi mereka untuk menjadikan perjalanan ni lebih lancar.
Apa2 pon di masa akan datang harap pihak penganjur dapat membaiki kelemahan yang telah berlaku ini.

 "Abg zol tgh bercakap dengan M. Kumaresan menuntut hak sbb x puas hati tak dapat baju"



 "Muka kecewa lucky draw tak mengena"

 " Muka hepi sbb byk dpt no lucky draw...(tapi x kena satu pon)"


" cahaya-cahaya keimanan menyelubungi para pengayuh"



Habis je kayuh suma berkumpul balik kat area register tu , di belakang istana kehakiman@mahkamah, untuk sesi cabutan bertuah pulak. Dalam pukul 10:30 jugak habis mengayuh. Dan habis cabutan bertuah dalam pukul 12 tgh malam maka berlalu lah event ni....




By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

Wednesday, May 23, 2012

NIGHT RIDE (Dataran Shah Alam ---> A&W Petaling Jaya)


Photo Credit to Bro Dean Cop

Dah lama x kayuh malam , kali ni dapat balik kayuh malam selepas terlepas drp kerja yang menimbun sebelum ni. Macam biasa kumpul kat dataran shah alam pukul 9 pm, selepas yang lelain dh datang dalam pukul 9:30 pm golek menuju ke A&W Petaling Jaya.yang berdekatan dengan Amcorp Mall.




Photo Credit to Bro Dean Cop
 
  
Photo Credit to Bro Dean Cop
 
  
Photo Credit to Bro Dean Cop
 
 Ini antara laluan yang kitorg ikot iaitu melalui federal highway.

" Stop simpang trafic light sementara beri laluan kat kereta"

 "Hepi sungguh demo melepaskan gian kt A&W"


  
Photo Credit to Bro Dean Cop
 
  Photo Credit to Bro Dean Cop

Dalam pukul 11:30 selamat sampai kembali ke Dataran Shah Alam daripada A&W petaling Jaya.




  VIDEO



By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives