KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Thursday, May 24, 2012

GENTING RIDE SEMPENA HIMPUNAN JUTAAN BELIA PUTRAJAYA 2012


Genting ride malam jumaat ni agak menarik route nye , tetapi dengan masalah gear basikal aku yang tak hidup segan mati x mahu selepas servis terpaksa berhempas pulas pakai gear paling rendah je even naik bukit. Keras urat2 kaki  mengayuh time ada bukit. Jarak perjalanan adalah dalam 25km tak silap aku, meter aku pon dh kong semacam, x jalan lak mlm tu. Pertama kali kayuh on road sepenuhnya kt putrajaya hari tu. Tengokkan bilangan orang kira tak ramai sgt pon, lebih2 lagi kayuhan ni dibuat pada hari biasa, mmg kebanyakkan orang tak sempat la nak gerak lepas kerja, yang mana kerja terpaksa rushing.




Beginilah keadaan yang menjadi kekecohan pada malam tu, boleh dikatakan sgt kelam kabut dengan baju tak dapat, air botol pon x dapat  benda free la kata kan. Yang dah register online pulak ada nama yang xde  dalam list termasuk aku, disuruh tulis nama untuk amik baju kendian, alih2 sekadar cukup syarat je, bila tengokkan orang berebut mcm perang dunia ke-10 disebabkan nak ambil baju je, biarkan je la .
Berkejar gak la aku dr Meru ke Putrajaya nak register awal alih2 hampeh dengan lokasi register yang diberi tak betol, berpusing time mula2 nak cari mana tempat daftar, katanya dekat ngn mahkamah dan tak diberitahu belakang, ke depan.... alih2 nun jauh di belakang.
Tapi apa pon kadang-kadang perkara yang kita cuba aturkan x semestinya akan sempurna bila masanya tiba, kadang2 benda yang tidak dijangka dan diluar dugaan akan berlaku , mungkin mereka sudah buat yang terbaik tp nasib tidak menyebelahi mereka untuk menjadikan perjalanan ni lebih lancar.
Apa2 pon di masa akan datang harap pihak penganjur dapat membaiki kelemahan yang telah berlaku ini.

 "Abg zol tgh bercakap dengan M. Kumaresan menuntut hak sbb x puas hati tak dapat baju"



 "Muka kecewa lucky draw tak mengena"

 " Muka hepi sbb byk dpt no lucky draw...(tapi x kena satu pon)"


" cahaya-cahaya keimanan menyelubungi para pengayuh"



Habis je kayuh suma berkumpul balik kat area register tu , di belakang istana kehakiman@mahkamah, untuk sesi cabutan bertuah pulak. Dalam pukul 10:30 jugak habis mengayuh. Dan habis cabutan bertuah dalam pukul 12 tgh malam maka berlalu lah event ni....




By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

Wednesday, May 23, 2012

NIGHT RIDE (Dataran Shah Alam ---> A&W Petaling Jaya)


Photo Credit to Bro Dean Cop

Dah lama x kayuh malam , kali ni dapat balik kayuh malam selepas terlepas drp kerja yang menimbun sebelum ni. Macam biasa kumpul kat dataran shah alam pukul 9 pm, selepas yang lelain dh datang dalam pukul 9:30 pm golek menuju ke A&W Petaling Jaya.yang berdekatan dengan Amcorp Mall.




Photo Credit to Bro Dean Cop
 
  
Photo Credit to Bro Dean Cop
 
  
Photo Credit to Bro Dean Cop
 
 Ini antara laluan yang kitorg ikot iaitu melalui federal highway.

" Stop simpang trafic light sementara beri laluan kat kereta"

 "Hepi sungguh demo melepaskan gian kt A&W"


  
Photo Credit to Bro Dean Cop
 
  Photo Credit to Bro Dean Cop

Dalam pukul 11:30 selamat sampai kembali ke Dataran Shah Alam daripada A&W petaling Jaya.




  VIDEO



By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

Sunday, May 13, 2012

Jamboree Kuala Langat, Kayuhan Perpaduan


Kat area pantai morib telah diadakan Kayuhan Perpaduan , yang dianjurkan oleh Majlis daerah hulu langat Selangor. Dari Meru ke Pantai Morib boleh tahan jauhnye dekat 1 jam lebih , aku sampai sana lebih kurang pukul 7:30 pagi , sesampai je dah ramai kelibat cyclist yang bersiap sedia untuk jamboree kuala langat ni. Penuh dibuatnya kawasan pantai morib tu. Memang ngam-ngam dapat parking yang berdekatan kat area pantai morib tu.
Siap je pasang basikal, terus gerak kat start line , masing2 pukul 8 dah berkumpul kat line mula. Macam biasa ada la ucapan pembukaan dulu pastu bacaan doa. Apa yang aku tau lebih kurang 1000 lebih peserta yang join untuk jamboree ni.



" Suasana parking kat area dataran pantai morib, sangat sesak"





" Antara peserta2 yang dan tak sabar2 nak mulakan kayuhan"

 Habis je bacaan doa , dalam pukul 8:30 acara dimulakan , apalagi berpusu2 la orang kayuh , masing2 cuba mengejar first prize RM1000. Apa2 pon yang penting kayuh enjoy dan cuba habiskan kayuhan (kata-kata orang yang memang dah tau tak menang.... =p)


Sepanjang kayuhan tu tak banyak yg aku dapat capture sebab fokus mengayuh, apa yang boleh dikatakan keadaan trail untuk jamboree kuala langat ni.. tak berapa mencabar sangat bentuk muka buminye, cuma bagi orang mcm aku yang mencabar ialah jarak nak menghabiskan kayuhan iaitu 57km.. fuh... kalo bg otai2 itu sikit je.. tp bg aku mental gak.

Keadaan offroad situ masuk celah2 ladang kelapa sawit, kebun2 sayur, dimana yang paling lenguh bila tanah disitu ialah tanah gambut yang menyebabkan tenggelam tayar jadinya, dan kena gunakan kuasa sepenuhnye untuk mengayuh, yang lain2 cuma jalan berbatu-batu juga melalui titi kecik kat kawasan kebun.

Apa yang aku amati percentage on road dan off road adalah 50/50, keadaan tanahnye pon landai takde pon berbukit jd agak senang disitu, kalo ada bukit ditambah dengan jarak kayuhan 57km, aku rasa boleh krem cepat kaki aku ni.



Last lepas check point 3 menuju ke garisan penamat dah melalui tepian pantai morib, nampak laut rasa tenang jap ..hehehe.. konon...





" Makcik sorg nih, tetibe je boleh lak join last minute senyap2, tau je dah sampai garisan penamat, patut la call x angkat, BRAVO!! "





VIDEO :


Kat link bawah korg leh tengok lebih lagi trail time Jamboree Kuala Langat yang terdapat dalam album Bro Ahmad Nasir.

Bahagian 1


Bahagian 2

By ShaRil rOutH WelLinG with 12 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives