KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Saturday, August 11, 2012

Kayuhan Genting Sempah


Minggu ke-3 Ramadhan kali ni kayuh ke Genting Sempah. Pada awalnye dalam pikiran aku akan kayuh melalui Highway rupanya ikot jalan dalam.
Starting point kitorg tunggu dekat Sekolah Menengah Teknik Gombak (N 3' 14.761 E 101' 43.660) da jugak yang tunggu area kedai Tom yam, planning asal RV dekat Hospital Orang Asli tapi disebabkan untuk keselamatan sebelum ni dah de kes keta kena pecah kitorg parking tempat yang boleh dikatakan masih selamat di parking iaitu dekat Teknik Gombak atau Kedai Tomyam area Batu 8 1/2 Jalan Gombak.
Kalo ikotkan malam ni je ada 2 nite ride kat Bukit Kayu Limau Manis dilead oleh Wak Jawa dan Genting Sempah ni la. Akhirnya aku putuskan kayuh Genting Sempah sebab dah sebelum ni pon cari gak mana2 group ride ke Genting Sempah, akhirnya geng KNR (Keliwon Nite Ride) yang buat.

 " RV Sekolah Menengah Teknik Gombak"

 
Ada la dalam 20++ orang jugak rasanya yang join kayuhan Genting Sempah ni dan Bang Omm yang lead basikal dan diiringi sweeper Saudara Zul . Start berkuimpul dalam pukul 11:00-11:30 p.m dan start kayuhan dalam pukul 12:00 a.m.

 "RV Ke-2 di Kedai Tom Yam"


                                                      " Regroup di Hospital Orang Asli"

Sepanjang kayuhan ni , kalo mcm aku yang parking kat Teknik Gombak kena menuju ke Kedai Tomyam area Batu 81/2 Jalan Gombak (aku tak ingat apa nama kedai Tom Yam tu), pastu jumpa yang lelain yang parking kat situ bila dah regroup kitorg start kayuh melalui Jalan Gombak Batu 8 1/2 dan Batu 9 , sepanjang awal kayuhan kami melalui kawasan kampung disitu juga melalui Taman Permai Jaya dan Lorong Tok Man . Lepas je Lorong Tok Man beberapa KM depan kitorg regroup balik Kat Hospital JHEO (Hospitak Orang Asli yang pada asalnya RV tp tak jadi) .
Dan kami teruskan perjalanan melalui Muka Suak Wangsa Maju (tak silap aku) dan Muka Suak Sg Gombak , selepas je area Muka Suak Sg Gombak rumah-rumah dah mula hilang sikit demi sikit yang hanya bertemankan kitorg pokok-pokok, tumbuhan2an di kiri dan kanan sesekali tu ada la anjing yang tiba2 je ada kat sebelah mau pecut ke depan kalo di kejarnya tp nasib baik ia wat dek.
Dan dalam masa ni la sorg demi sorg hilang dari pandangan dengan kelajuan kayuhan masing2 yang mana laju dah berada di depan , yang mana slow berada nun jauh de belakang, yg aku mencari2 jugak partner kayuh sebab kawasan tu tersangat la gelap nasib baik ada Bro Azlan jadi peneman kalo tak cuak gak lebih2 lagi first time lalu kawasan ni gelap lak tu. Kalo takde lampu lagi la susah nak kayuh cuma kena berhati-berhati. Jadi dinasihatkan utk Genting Sempah ni pakai lampu basikal yang terang atau cari partner time kayuh at least apa2 berlaku tak jadi masalah besar nanti.

 "Pengayuh terawal sampai kat Jambatan sebelum Genting Sempah"


Kayuh punya kayuh , dalam otak aku bila nak sampai ni ke salah jalan tp dari jalan aku lalu mmg takde simpang lain tp kayuh je la sbb katanya jarak dari RV tadi ke Genting Sempah dalam 20++ km. Time aku check meter ada dalam 17km maknanya ada beberapa KM lagi utk kayuh tp still rasa pelik awal2 tu mcm x sampai2 mungkin sebab kayuh slow dengan kawasan yang boleh kata menaik je dr tadi mcm kayuh di Fraser Hills, time ni mmg tak kayuh laju.
Pastu lama-kelamaan dah lebih kurg 23++KM baru nampak cahaya lampu yang disuluh geng2 yang dah kat depan, lega rasanya . Yang mana sampai cepat kitorg regroup kat bawah jambatan sebelum nak masuk Genting Sempah , dari jambatan tu depan sikit lagi dah RNR Genting Sempah.

 " Wajah lega selepas melalui jalan kegelepan"

 Lama jugak yang mana dah sampai kat bawah jambatan menunggu yang lain kat belakang, alih2 lepas dapat maklumat drp Bang Omm kitorg pegi dulu ke RNR Genting Sempah melepaskan dahaga yang tak hilang walaupon dah beberapa kali minum time kayuh. Banyak jugak kedai buka time2 mcm ni, waktu ni lebih kurg 2:30a.m. Tak pernah pulak aku dtg sini time2 mcm ni, ni first time tak sangka banyak lagi kedai buka.
Lepas dah puas minum dalam pukul 3 ++ a.m kitorg bersiap kayuh turun balik dan jumpa group yang bersama dengan Bang Omm kat bawah kaki bukit lepas RNR.

 " Ini bahagian atas bukit yang boleh buat sesak nafas mengayuh dr RNR"

 " Time ni pulak pancit tayar Bro Kuman, nasib baik ada org lagi kat belakang kalo tak, ada la 'orang' lain tolong"

Time turun bukit boleh tahan laju jugak tp aku mmg tak berani bab kalo turun ni lebih2 lagi time ni tgh gelap lagi. Time kayuhan menuruni ada jugak batu terselit kat atas jalan jd kena berhati2 belok dan kawal. Kitorg sampai ke RV balik dalam pukul 4:00 a.m dengan jarak kayuhan keseluruhan 48km.


BELOW PHOTOS CREDIT TO Hamdzan Tukimin










BELOW PHOTOS CREDIT TO Epai Ganaz







-SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN-

By ShaRil rOutH WelLinG with 15 comments

15 comments:

Tahun dpn kita naik lg..Insya Allah

kena naik time puasa la maknanya.. kalo tak ada yg menumpang belakang..hehehe

Eherm.. Assalamualaikum Encik Abang Cyclist.. Amboi.. sukanye jalan malam2 eh.. hihi.. datang komen just nak beri friendly remind je, to avoid any bad thing happen involved within cyclist and touge driver at midnight :-) Yeah! We've been shock lately met cyclist group at Gombak Old Road in Midnight start late 2010 after Gombak Oldroad start famous early 2010 to cyclist group. Hihi.. Cyclist takut, group ala2 Initial D ni pon takot gak. Sebelum ni kami biasa juga drive di pagi hujung minggu sabtu ahad, berikutan telah ramai cyclist yg membanjiri jalan lama tersebut di waktu pagi, kami cuba lewatkan masa ke 11pagi untuk have fun dengan jalan tersebut. Sesungguhnya kami lebih aktif di tengah malam 12-5am, kalau dulu kami enjoy, kini terpaksa berada dalam ketakutan. bukan takut dekat hantu atau makhluk halus, tetapi kepada group cyclist yg sesetangahnya membanjiri Jalan lama tersebut di tgh malam. Apabila berselisih dgn cylist, penggunaan lampu kepala perlu dilaraskan agar tidak terlalu tinggi, dan dipoint ke pemandu kereta yang berselisih. Ini kerana ia akan memberi direct light ke pemandu dan blind seketika dan akan membahayakan kedua-dua driver dan cylist terutamanya di blind, sharp corner. As long as we having our activity, masih belum ada kes yang melibatkan kemalangan dengan trafik lain spt lori, treller dan motor orang asli. Jadi kami juga berharap agar tiada pertembungan berlaku dengan group cyclist. Kami sebagai group ala2 Initial D juga mengambil berat tentang Safety kami dan Pengguna Jalan yang lain. Harap Jalan ini dapat dikongsi bersama dengan aman dan selamat :-) sekian dari saya - takafuji

Waalaikummussalam..... terima kasih atas nasihat yang diberikan kami akan cuba sematkan dalam setiap aktiviti cycling kami. Setakat ni utk group kami alhamdulillah masih mementingkan pengguna jalan raya utk kedua2 belah pihak. Kebiasaannye group kami kayuh malam kat jalan lama ni waktu bulan ramadhan lepas tarawih je, waktu selain bulan ramadhan dilakukan waktu pagi. tak tau pulak kalo group lain. =)

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives