KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Sunday, June 17, 2012

Jamboree MTB Kuntau

 
Baju dan plat yang cun
Jamboree Kuntau (http://ksm3b.blogspot.com/) telah berlangsung pada hari ni, giler kentang ramai jugak yang participate 1400 orang. Event ni berlangsung kat Bandar Tasik Kesuma , Beranang. Suma org berkumpul di Fasa 3B di area kawasan perumahan. Waktu berkumpul seawal 7:30 pagi sudah ramai orang sampai , dorg ni berkhemah ke kat situ? ..=p . Sampai2 je ready ngn basikal terus pegi ke starting point, tengok org pon dh ramai berkumpul dan bersiap sedia kat starting point.








Acara dimulakan pada pukul 8:00 pagi disudahi dengan ucapan , nyanyian lagu negaraku dan doa. Elok je trompet ditiup berpusu-pusu orang brbasikal. Pada awalnya standard la.... mesti laluan bertar lepas beberapa kilometer dah start masuk off road menuju check point pertama iaitu melalui Bukit Kepong Trail yang jaraknye lebih kurang 15km. Nak menuju ke check point pertama tu azab jugak, padahal 15km tapi rasa mcm 30km jauhnya.



Awal2 lagi dah tolak... bila orang depan dah mula stop dan tolak, yang belakang2 pon terpaksa ikot jugak melainkan basikal leh terbang dan kayuh. Check point kedua ialah Kuntau Trail 15 km daripada check point pertama. Selepas setiap check point akan ada feeding point. Check Point ketiga pulak yang paling last sekali ialah Leftenan Adnan Trail 13km daripada Kuntau Trail.Sememangnya kalo sesapa takde stamina boleh give up dan rasa nak pengsan nak menghabiskan kayuhan. Dalam hati bila la nak sampai ni....




Trail sini bagi aku agak mencabar jugak tetapi yang agak mengganggu feeling time mengayuh bila ada road block disebabkan gaung. Time ni pulak hujan turun dengan lebat ditambah dengan licin dan lecak mmg sedap la.. ditambah dengan lumuran lumpur dan taik lembu memuatkan kulit2 pengayuh gebu sepanjang kayuhan.. Tapi alhamdulillah kira takde masalah fizikal cumanya basikal boleh lak brek belakang tak makan dan gear problem. Keseluruhan trail ni memang agak mencabar ditambah dengan bukit yang sentiasa ada sepanjang masa, walaupon x curam  mana, tp kepanjangan membuatkan sedikit mental bila dalam penat berkayuh.








Terjumpa lak Kak As @ Wild Orchid dan suaminye  
Kepenatan mandi kubang dengan kerbau2 kat sawah.
Tengok je la kotor basikal tu, 40 hari 40 malam pon x habis sental agaknya, kena rendam 20 hari dalam air baru hilang. hehehehe.... Memang sakit la nak membasuh, dengan baju lagi, nasib baik tak pakai baju warna putih, mencanak urat-urat tangan nak menyentalnya. Medal daripada kuntau pon agak menarik, berbeza drp medal yang biasa event lain kasi. Sebelum balik tu basuh kasi bersih sikit guna paip yang dipinjam drp rumah orang yang berdekatan, awal2 tadi ramai sgt org beratur nak guna, so aku amik kesempatan time suma org dah balik.

Keseluruhan jamboree ni boleh dikatakan lancar dan berjaya bagi aku. Dari bab goodiesnya yang nampak teratur waktu pengambilan. Marshall2 yang bertugas bekerjasama bantu para pengayuh dan marshall lain especially time kat mini gaung. Feeding point yang mempunyai air dan makanan yang cukup . Ucapan yang tidak berjela-jela sbb bila time jamboree pengayuh mmg bukan jenis yang sabar nak menunggu dengar ucapan, mereka lebih tak sabar nak berkayuh dan menghabiskan kayuhan untuk cabutan bertuah pulak.

 Credit to Kak Asnarita



Bawah ni antara gambar yang diambil oleh Odisi Studio . Kalo rasa inginkan guna khidmat dorg pegi la facebook dorg dapatkan contact daripada situ. Setakat ni gambar2 daripada Odisi Studio yang paling menarik diambil angelnya.



 Credit to Odisi Studio

Credit to Odisi Studio

By ShaRil rOutH WelLinG with 16 comments

16 comments:

Album daripada Ramli Gaateh Cycling team

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.307091879385506.71277.100002540904880&type=1

Album drp Odisi Studio

Set 1
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.416736421697760.90758.198589603512444&type=3

Set 2
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.416790508359018.90768.198589603512444&type=3

Album drp Ahmad Nasir

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.488564307835923.130670.100000470735437&type=1

Album drp Petly Fazly

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150967793627692.448430.521477691&type=1

I'm more than happy to find this web site. I
wanted to thank you for ones time for this particularly wonderful read!!
I definitely savored every little bit of it and I have you book marked to see new
information in your web site.

Stop by my site: long island building inspection company


مكافحة حشرات ابوظبى 0567410494 التاج الملكى
شركتنا التاج الملكى تعتبر
افضل شركة مكافحة حشرات ابوظبى
، حيث تعمل على أبادة جميع الحشرات سواء الحشرات الزاحفة أو الحشرات الطائرة، وجميع الحشرات تضر بصحة الإنسان خاصة الأطفال لذا لابد التخلص من جميع الحشرات التي تؤذي صحة الإنسان
شركة مكافحة الفئران ابوظبى

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives