Click picture for larger image
Masa yang dinantikan sudah tiba iaitu TT5 , TT5 tu bukan Teh Tarik @ Lepak tapi Thompson Trail, untuk aku TT1 tapi untuk Group Kayuhbeb dah Kayuhan ke-5 di Thompson Trail. Kalo tengok daripada ‘Going’ dalam page TT5 ada la dalam 74 orang tapi yang hadir 48 orang kira agak ramai tu , baru meriah layan.
Aku ke Cameron pada hari Sabtu 7/5/2012 , berkumpul kat IPD selangor follow geng2 polis pada pukul 10:00a.m. Yang konvoi sekali ada la dalam 7-8 kereta. Dah agak cukup orang kitorg terus gerak menuju ke R&R Rawang berhenti sana sat dan regroup balik sambil tu isi minyak, beli makanan etc. Dalam lebih kurg 20 minit lepas tu kitorg mulakan perjalanan semula ke sana. Perjalanan ke Cameron Highlands ada la dalam 135++km . Sampai kat Tol Tapah kitorg gi cari kedai Mee Rebus tak jauh dr Tol Tapah belok ke kanan.
Mee Rebus situ kira ala-ala boleh wat lapar balik, sekadar alas perut je boleh, rasa pon tak seberapa.
Agak2 masing2 dh habis makan kitorg terus gerak direct menuju ke Cameron Highlands. Dah lama tak dtg sini rasa seksa lak nak sampai ke atas dengan jalan yang berpusing lebih kurg 48 km dr Tapah td.
Sedikit demi sedikit dah rasa kenyamanan Cameron Higlands, elok je sampai kat Kg Habu kitorg stop jap nak beritahu yang kayuh akan bermula dr situ. Korg akan nampak mcm jalan masuk tu sebelah singboard, kalo pegi keatas ia menuju ke Café atau Boh Centre dimana pengunjung akan melepak kt atas, di situ End Pointnya tp untuk ke sana akan melalui jalan off road dulu yang lebih jauh jaraknya ada la dalam 48km dr Kg Habu @ Starting point.
Lepas usha jap starting point tu, kitorg sambung balik menuju ke homestay di Apartmet Arabella di Tanah Rata, sedang2 elok je tempatnya di Pekan. Apa yang aku nampak ini kawasan kediaman orang dan ada sesetengah rumah disewakan untuk tujuan penginapan bagi pengunjung. RM250 semalam kira ok la siap lengkap ngn peti sejuk, dapur, TV astro, pinggan mangkuk, Sofa etc kira dah macam rumah lengkap. Cuma yang takde aircond dan kipas, sapa yang nak guna suma tu kalo dah berada kat Tanah Tinggi. Parking sini agak padat jadi kira nasib la kalo dapat parking dekat2 dengan rumah dan biasanya jugak boleh jd kereta akan blok .
Selesai deal ngn Pak Abu pasal rumah inap ni, kitorg siap2 kayuh geli2 kat Tanah Rata ni , amik feel jap untuk esoknya. Dari rumah inap kayuh kebawah punya la syok downhill , bila bab nak balik kerumah nak kayuh ke atas rasa mcm terkena buasir dicampur lagi dengan kurang oksigennya boleh sesak nafas jap.
Tepat pukul 5.00 pagi aku bangun, siap2 dulu dengan sarapan. Sememangnya anda Wajib sarapan paling terok pon Roti ngn Susu, at least ada tenaga awal. Bagi yang takde masalah tak sarapan pon de hal asal boleh tahan, kang takut pengsan tgh jalan dah susah nanti, at least bawa makanan time kayuh tu. Kayuhan ini sgt panjang walaupon 48km tu tengok mcm pendek je tp jangan ambil ringan. Tak suma orang dapat habiskan kayuhan termasuk yang muda2.
" Starting Point di Kg Habu"
Kitorg berkumpul pukul 7:30 di Kg Habu dan start kayuh pukul 8:00 pagi .Dr Kg Habu tu kitorg kayuh menuju ke Ringlet dalam 3 km , seelok masuk Ringlet akan nampak Shell di depan sebelah kiri pastu masuk jalan sebelah kiri @ macam U-Turn. Pastu terus je lebih kurang 8km, sememangnya angin dan suhu pagi yang sejuk menyemarakkan lagi kayuhan, sangat syok. Bagi sesapa yang tak pernah datang ride sini mmg takkan tau jalan masuk off road selepas kayuhan 8km tu sebab banyak laluan masuknya, boleh jadi keliru dan silap. Jd lebih elok folo pro yang biasa masuk Thompson Trail ni bg mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Bagi cyclist2 yang pernah pegi sebelum ni, dorg kata banyak perubahan dari segi jalan iaitu asalnya dulu off road tp sekarang dah diTARkan jadi tak susah untuk mereka2 yang mengayuh sekarang ni. Tapi itupon terpulang jugak kementalan masing2 sebab baru permulaan je ni.
Selepas je kayuh 8km tu akan ada satu simpang sebelah kanan, jalan nye agak besar dan sudah diTARkan dan time tu sudah mula climbing ke atas. Pada awal 3km dan 8km ni takde teruk sangat kayuh sebab laju je menurun. Sekarang ni la start guna stamina lebih sebab lebih kepada kayuh bukit. Siap sedia la tukar gear cepat2, sebelum tak sempat. Time ni akan sentiasa menuju ke atas dan ke atas. Bagi sesapa yang biasa mengayuh bukit, takde hal la. Rasanya ada la dalam 2-3km , pastu kitorg regroup balik menunggu yang lelain. Dalam perjalanan keatas di kiri kanan akan melalui kawasan kebun sayur-sayuran
Selepas kayuh naik ke atas, kiranya ini kawasan yang akan bermulanya off road lak. Kali ni turun bukit je memanjang memang sedap la tp tak bertahan lama. hehehe... Kita nikmati dulu kesenangan nya dulu pada perigkat awal sebelum datangnya azab kemudian.
Yang ni antara downhill yang agak panjang dan cerun, seperti kata abg Khalid bagi yang tidak yakin lebih elok tolak basikal ke bawah, silap2 boleh jd kemalangan. Tetapi bagi yang dah biasa pergi Thompson Trail ni , mereka tak ada masalah mengawal basikal time turun sebab sudah tahu condition nya camna. Asalnya aku dah separuh turun ke bawah pastu tengok depan nampak beberapa orang tolak basikal jd aku fikir mungkin ni la downhill yang diberitahu awal2 sebelum mula kayuh td supaya berhati2 turun. Aku pon turun tolak gak, sebenarnya agak cerun downhill ni, seeloknya kalo nak kayuh turun gak jangan laju terus kalo tak dpt brek mau jatuh ke gaung yang menanti di depan. Jadi untuk memastikan kayuhan yang enjoy dan habis maka pikirlah yang mana lebih elok.
Selepas je downhill yang cerun tu, akan masuk hutan balik menuju ke perkampungan orang asli yang pertama (ada 3 perkampungan yang akan dilalui). Time ni patotnya korang prepare la coklat, gula-gula , jajan , etc utk budak2 asli ni sebab dorg sentiasa menunggu kedatangan kita untuk dapatkan gula2.
" ini la perkampungan orang asli yang pertama, tak tau apa nama kampung ni"
Selepas perkampungan orang asli yang pertama ni, kita akan nampak jalan besar dimana di seberang jalan besar tu adalah sambungan kayuhan seterusnya.
Time ni kitaorg masuk hutan lagi untuk menuju Rest Point dekat sungai yang berdekatan jambatan. Time ni la bagi sesapa yang bawa bekalan boleh makan2 dulu. Nak mandi2 sambil segarkan badan, yang rasa terkucil pon leh buang dulu bagi selesakan diri tu. Tak silap lepas je Rest point ni, akan melalui kampung kedua pulak jd seperti biasa untuk menghappykan budak2 ni bagi je la jajan.
" Rest Point kat Sungai"
Selepas daripada Kampung kedua ni seperti biasa bersiap sedia la dengan mental yang kental, sebab korg akan kayuh menuju ke atas dengan jarak yang jauh. Boleh jadi korg akan rasa nak give up dan menolak je basikal. Tp apa pon kayuh pelan2 je, bukan nak race pon. Kalo tolak rasanya lagi letih berbanding kayuh.
Di sini pula perkampungan orang asli ketiga dan terakhir yang akan dilalui, time ni aku habiskan suma gula-gula aku kat bebudak ni bagi meringankan jugak beg aku ni. Sakit pinggang dibuatnya bawa barang2 dan air pulak tinggal sebotol daripada 4 botol.
Start dr sini adalah perjalanan terakhir yang sa......ngat panjang menuju ke Boh Cafe/Centre, time ni seperti biasa kuatkan minda dan mental anda untuk terus maju kayuh ke depan dan ke atas. Kat sini korg dah mula melalui ladang2 teh, boleh nampak panorama ladang teh yang masyuk sekali. Berbaloi kayuh penat2 dikelilingi keindahan kat sini. Dengan jarak kayuhan yang panjang, korg juga akan kayuh berpusing2 kat ladang ni. Time ni kayuhan aku dh mula slow dalam 5-7 km/j pastu ada la sikit naik ke 9km/j, hehehehe..
Akhirnya selepas 43km kayuh, penat korg sudah berbalas dengan minuman Teh Boh kat Cafe ni. Satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dan tak perasan yang sudah tamat kayuhan Thompson Trail. Dari pukul 8:00 pagi kayuh dan untuk sampai ke puncak ni lebih kurang 7 jam iaitu 2:45 petang .
Daripada Boh Centre ni menuju ke parking hanya 5 km je dan downhill semata2, sedang2 elok je sampai kat bawah je dah tempat parking, mmg ngam trail ni.
VIDEO : UNTUK TONTONAN PEREMPUAN MENGANDUNG
Ringkasan :
Jarak Kayuhan : 48km
Kg Habu ---> Ringlet : 3km
Ringlet ---> Start off road point : 8km
Start off road point ---> Boh Centre : 42 km
Boh Centre ---> Kg Habu : 5 km
Tempoh : +/- 7jam
Kg Habu ----> Boh Centre : 8:00 pagi - 2:45 ptg
Boh Centre ---> Kg Habu : 15 minit
Persediaan :-
a) Spare Tube
b) First Aid Kit
c) Tube pump
d) Drinking Water
e) Power/Gel Bar (Jika diperlukan)
f) Makanan
g) Jajan (gula2, coklat, etc) utk anak2 org asli.
h) Chain connection
i) Extra tool
j) Minyak/Spray Krem
k) Lain-lain yang rasa perlu bawa.
BELOW PHOTOS CREDIT TO Bang Khairuddin
BELOW PHOTOS CREDIT TO Ajib Basir
BELOW PHOTOS CREDIT TO Azlie Razak
BELOW PHOTOS CREDIT TO Dean Cop
BELOW PHOTOS CREDIT TO Khairul Faezi
BELOW PHOTOS CREDIT TO Abg Syaaban
BELOW PHOTO CREDIT TO Bang Khalid
BELOW PHOTOS CREDIT TO Ezam
5 comments:
Nice writing..
2016-4-2 xiaozhengm
canada goose outlet
prada outlet store
michael kors outlet
timberland outlet
michael kors outlet
ralph lauren outlet
christian louboutin outlet
burberry outlet
michael kors outlet
ralph lauren outlet
ralph lauren outlet
coach outlet online
nike air max
christian louboutin uk
toms shoes
true religion outlet
pandora charms
running shoes
true religion
canada goose jacket
under armour outlet
sac longchamp
michael kors outlet
valentino shoes on sale
oakley sunglasses,oakley sunglass,cheap oakley sunglasses,oakley sunglasses cheap,oakley sunglasses outlet,oakley store,oakley outlet,oakley outlet store,oakley sunglasses sale,oakley sunglasses discount
rolex submariner
coach outlet
mont blanc pens
fitflops sale clearance
michael kors outlet
nike tn
ray ban sunglasses
new balance shoes
true religion jeans
ralph lauren shirts
chrome hearts eyewear
pandora jewelry
michael kors factory outlet
asics,asics israel,asics shoes,asics running shoes,asics israel,asics gel,asics running,asics gel nimbus,asics gel kayano
coach outlet
ugg outlet online
michael kors online outlet
michael kors outlet online
cheap mlb jerseys
louis vuitton handbags
coach outlet store
christian louboutin uk
ray ban sunglasses
michael kors canada
ugg outlet uk
coach outlet online
ferragamo shoes
oakley sunglasses uk
nfl jerseys wholesale
coach outlet
cheap oakley sunglasses
gucci outlet
rolex watches
air max 90
michael kors outlet clearance
air max 90
oakley sunglasses
rolex watches
ysl outlet
cheap canada goose jackets
adidas uk
ferragamo outlet
chanyuan0802
tiffany outlet
louis vuitton pas cher
cheap oakley sunglasses
adidas shoes
swarovski outlet
michael kors handbags
bottega veneta outlet
oakley sunglasses
louis vuitton neverfull sale
michael kors outlet online
lebron james shoes
ralph lauren pas cher
cartier sunglasses
beats headphones
coach outlet canada
coach outlet
air jordan shoes for sale
ugg outlet
air max 90
oakley sunglasses
ugg outlet
snapbacks wholesale
ray-ban sunglasses
ralph lauren outlet
ferragamo shoes
nike blazer pas cher
mulberry handbags
marc jacobs sale
louis vuitton bags
abercrombie and fitch
michael kors outlet
fred perry polo shirts
ugg outlet
prada sunglasses for women
nike free running
czq20160824
cheap ray bans
michael kors handbags
michael kors outlet
michael kors handbags online
chaussure louboutin pas cher
cheap ray ban sunglasses
basketball shoes
salomon shoes
michael kors handbags outlet
nike trainers
Post a Comment