KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Sunday, July 1, 2012

3rd Jamboree MTB MCC Muar Pagoh

 
Biasanya kalo datang Muar , selalu orang akan pikir nak cari Mee Bandung Muar tp aku dtg sini nak cari Chalet sebabnya ada Jamboree Mtb MCC Muar Pagoh. Asalnya pikir2 jugak nak dtg ke tak walaopon dh bayar sbb pegi sorg, asalnya ada ajak member tak dapat pegi lak member tu. Dengan keazaman yang tinggi aku redah jugak jalan batu dari Kuala Lumpur ke Muar, Johor bersendirian. huhuhu... =p.
Gerak dari rumah pukul 12 tghari terus menuju ke Muar, melalui tol Tangkak dengan bayaran tol RM20.10 . Seelok je sampai tol tangkak, direct menuju ke Kedai basikal Seng Hin sebabnya nak amik goodies , last collect pukul 5pm , kalo amik esoknya  rasa cam rushing lak nanti. Dari Tol Tangkak je dah dekat 20-30km sejam lebih sikit. Lepas je masuk tol Tangkak tu nampak Pagoh ke sebelah kanan dan terpikir kalo menginap di Muar nak ke Pagoh , giler jauh. Apa2 pon time tu aku pikir nak amik goodies dulu.
Nasib baik la ada GPS dan point yang dpt kt page MCC Muar yang kedai basikal ni berhadapan dengan RHB, kalo tak mmg tak jumpa lebih2 lagi dengan keadaan bandar Muar yang sesak dan jalan one way mmg memeningkan bagi orang mcm aku yang first time masuk bandar Muar, sebelum ni penah pegi Tangkak je. 

Syarikat Seng Hin
No 14, Jalan Abdullah,
84000 Muar, Johor
(Opposite/Near RHB bank building)

Yang menyedihkan time nak amik goodies katanya T-shirt aku tak dapat hari tu kena call balik dorg nanti untuk pengeposan T-Shirt. Dalam goodies tu yang cuma dapat No Plat, brochures, roti askar hmmm.. tu je la yg dpt tanpa T-shirt yang masih belum siap. Ok je la...mungkin mereka ada masalah lain yang tak dapat diatasi.



Lepas je amik goodies tu try usha Mann Chalet tempat yg aku nginap sbb dh alang2 kat Muar sebelum usha tempat event. Nasib baik dapat alamat drp Puan Norma, owner Mann Chalets ni. Sampai je nampak Majlis Perkahwinan belom abis lagi, lagipon Pn ada bgtau time tu masok pukul 6 ptg, aku gi la makan dulu kat Restoran Asam Pedas yang berdekatan situ. Aku makan lauk sayur goreng2 cmtu, telor dadar dan ikan pari asam pedas kena RM9, hmmm.... nak kata mahal ke dok tu...


"Pintu masuk Mann Chalets, Kawasan perkarangan rumah yang diubahsuai jadi Chalet"




Pada awalnya nak tempah hotel kat area bandar tapi mmg nasib menyebelahi dapat chalets akhirnya sebab suma hotel dh penuh, kawasan chalet ni mmg tenang , luar dr kesesakan bandar tp tempatnya boleh dikatakan dekat dengan bandar. Mudah parking bila nginap kat chalet ni, kalo dok hotel kat town mau sakit kepala.
Kalo ada sesapa yang dtg Muar nak nginap chalet leh contact , bg aku kalo lenkali aku nak dtg Muar, mmg aku akan tido chalet sini. Nak kata best sgt takdela tp bg aku selesa dengan persekitarannya berbanding hotel di bandar dan ownernya pon ok.

Pn Norma - 06-9513304
Alamat : Lot 4096, Kg Seri Pantai, Jalan Junid
                84000 Muar, Johor
Website : http://mannchalet.blogspot.com/

Elok je dah jumpa chalet tu dan makan terus bergegas nak cari tempat event tu, so aku setting GPS menuju ke Pagoh, bila aku folo mcm tak sama direction nya. Pastu br teringat direction oleh pekerja Seng Hin sbb aku ada tanya dorg. So aku patah balik cari Sungai Bentayan dan aku perasan ada signboard yang lain menuju Pagoh  dari Bandar Muar.

Kalo nak tau directionnya, bawah ni serba sedikit aku bgtau, mana tau akan datang ada event lagi dan korg pegi,

Direction :

Kalo nak ikot map yang diberi oleh MCC dalam blog tu agak terlalu simple dan boleh jadi tidak paham , lebih2 lagi bg orang luar. Daripada Bandar Muar tu kalo  menuju ke Jambatan Sultan Ismail akan ada satu trafic light , sila belok ke kanan jangan lepas trafic light tu terus merentasi jambatan tu. Lepas belok ke kanan terus je, dan akan nampak signboard Pagoh, kalo korg guna GPS taip Bukit Kepong dan ia akan bagi direction melalui ke event tu, sbb mcm GPS aku bila taip Pagoh , ia akan bagi direction menuju ke Tol Tangkak balik. Tak tau la kalo GPS lain ada yang lebih tepat. Ok la sambung balik, bila korg dh nampak signboard Pagoh tu, mmg dh betol la tu, just terus je kerana ia akan memakan masa lebih kurg 1 jam dengan perjalanan sejauh lebih kurg 30km dari bandar Muar. Dalam perjalanan korg tu mmg dikelilingi pokok kelapa sawit, jd jangan riso mmg itu la jalannya, just jalan terus tak yah belok2. Korg akan melepasi Tol Pagoh dan Simpang menuju Panchor, time tu kiranya dah nak sampai......membanggakan tak agaknya explaination ni..? (*_*)


Hari jamboree tu aku dh bangun pukul 4:30 pagi mcm biasa , makan roti, minum , pastu buang apa yang patut awal2 , kang takde la kaco time kayuh nanti. hehehe..Lepas je subuh teros gerak ke ke Agro Bazaar Pagoh, nak cari stesen minyak yang buka awal pagi susah jugak kat Bandar ni, yang nampak Caltex je buka awal pagi, alih2 gambel je la... on the way ke sana nasib baik ada gak Petronas , Shell yang buka awal pagi . Sampai kat Agro Bazaar tu pukul 6:45pm , tapi punya la ramai yang dh datang dulu.

Credit to Tan Keh Low




Tengok keadaan masih awal aku pon gi la starting point , tunggu sana konon nak cuba kalo dpt depan sampai awal tak.. hehehe.. First time aku gi sensorg jamboree jd mcm blur tp apapon enjoy kan diri untuk rasa trail kt sini. Flag off asalnya pukul 8am alih2 dh jadi 8:27a.m, yang bagusnya sini takde ucapan panjang lebar. Dimulai dengan bacaan doa dan lagu neraka dan terus start... itu yang kita nakkan, tak yah ucapan2 ni rasa nak tido chalet balik.



"Start2 je kayuh on road menuju ke check point 1 sejauh 12km, pastu checkpoint 2 lak 26km dan checkpoint 3 ialah 38 km"




" Time ni ingatkan nak merentasi sungai rupanya cuma pokok tumbang je"




Bagi aku trail sini mmg smooth dan takde masalah, takde gaung, takde nak tolak2 basikal ke... kiranya sepanjang pengayuhan mmg non stop kayuh kecuali terstop kt satu bukit tu sbb lambat tukar gear dan chain stuck, juga kat check point 2 amik air 100 plus. 

Boleh kata bukit2 sini sungguh jauh jaraknya mau dekat 1km ke 2 km rasanya, kalo tak tahan kaki mmg tolak je la, tapi alhamdulillah aku kayuh dan terus kayuh berkat mengayuh ngn geng2 KAYUHBEB dan particpate jamboree2 sebelum ni. Nampak je mcm bukit tu panjang cepat2 aku tukar gear dan kayuh la dengan coolnya, hati rasa nak kayuh laju je tp takut malang tak berbau tiba2 krem kaki, jd lebih baik hentikan niat tu, kang tak sempat habis lak ke garisan penamat. Time downhill nye sekejap je pastu naik bukit lagi, downhill pastu bukit balik...  kebanyakan laluan melalui ladang kelapa sawit, ialah kan... dah area Sime Darby Plantation. Sini bab down hill ada bahaya nye jugak , ada sesetengah kawasan tu agak berlubang2 dan ada yang berpasir, lebih2 lagi bila time turun pastu ada lak corner yang berpasir, boleh terlajak lebih kalo tak pandai kawal.

Marking pointnye mmg teratur dan jelas jadi takde masalah sesat patutnya, dan juga marshall2 di hampir setiap point yang penting.







Bila pikirkan dpt medal ranking hanya 500 peserta je aku terus kayuh dengan laju yang tak laju pon sbnrnye, walaopon tu medal yang tak leh dibawa ke kubur tp dah alang2 . Alih2 dpt gak top 500, no 459 je... ok la bg org lambat kayuh cm aku. Lebih kurang pukul 10:55 pagi sampai garisan penamat. Jamboree ni boleh nampak ramai org obersi yang join , dr filipina, singapura, australia (mungkin kot, mat saleh nampak lebih kurang sama je) dan Kuala Lumpur (aku ler tu.... hehehe). Jarak kayuhan ni sejauh 45km.






Ni perkara yang membanggakan, time lucky draw mmg dibuat dengan pantas takde nak melewe2, dorg pon tau ada yang jauh datang nak balik lagi, jadi dorg pantas buat cabutan bertuah. Apa pon event ni tetap happening. JANGAN LUPA POST T-SHIRT JAMBOREE YE! (^-^)Y

PHOTOS BELOW CREDIT TO MCC MUAR 





BELOW PHOTOS CREDIT TO Jamari Sahak




By ShaRil rOutH WelLinG with 5 comments

5 comments:

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives