KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Sunday, June 3, 2012

Kayuhan at Kemensah


Akhirnya tempat yang dah lama aku nak cuba iaitu Kemensah kunjung tiba jugak, bukan apa sebab deh bertahun2 aku dok KL tapi tak pernah cuba masuk area Kemensah especially cycling, sebelum ni aku cuma masuk area ni untuk aktiviti ATV je dengan member lain. Disebabkan Kemensah dengan rumah aku Datuk Keramat tak jauh jd boleh la aku bangun lewat sikit berbanding sebelum ini, x yah nak rushing sangat.
Macam biasa waktu jumpa pukul 7:30 pagi, pada awalnya kitorg planning berkumpul dekat Shell Hulu Kelang dimana kat situ juga ada Mcdonald. Atas nasihat rakan-rakan cop kami berpindah parking kereta berdekatan dengan Balai Polis Taman Melawati disebabkan kawasan Shell Hulu Kelang tu selalu ada kejadian pecah kereta, untuk keselamatan kami pon gerak tukar tempat.


Sebaik sampai je kat parking Balai polis Taman Melawati, kitorg bersiap sedia dengan basikal masing-masing, kira ramai jugak yang follow dalam 17 orang.















Waktu sedang-sedang elok dalam pukul 8:30 pagi cmtu, apa lagi start golek la.. dari balai polis tu kayuh melalui zoo negara dan masuk kemensah , rupanye bukan kami je yang masuk trail kemensah, ramai lagi yang ada tapi group lain la dan mereka parking berdekatan dengan zoo negara.










Sampai je kat starting masuk, stop jap amik nafas dulu sebab start je dah naik bukit...haish...x sempat warmup lagi ni. Dah rasa cukup nafas sedut , kayuh la menuju ke atas.. alih2 fail .Menolak jugak jadinya.











Trail kat kemensah ni mmg banyak bukit, sampai tak terkira sebab mementalkan diri untuk mengayuh bukit menuju puncak. Bukit nye lak bukannye pendek tapi panjang ditambah pula dengan tanahnye yang tak sekata, sekali jatuh mmg nak kayuh balik tu minta maaf la, tolak la akhirnya.


























hehehe.. ini antara part yang menarik, kitorg melalui kawasan pondok dimana penduduk sini menunggu durian gugur, al maklum la musim durian. Dengan sukacitanya bro dean minta me'rasa' durian bukit. Silap timing la.. aku smlmnya dah melantak beberapa biji durian, jadi rasa muak la nak makan walaupon aku ni hantu durian lebih2 lagi time tgh letih mengayuh yang baru separuh jalan atau boleh dikatakan baru suku jalan.






" Syok nye demo makan....."




" Korek bro jgn x korek"


Ni lagi bukit yang memang tak dapat kayuh, menolak je memanjang setiap kali jumpa bukit. Dah jadi acara menolak basikal dah rasanya. Lagi letih menolak daripada mengayuh.

















Kemensah ni mmg banyak pokok buluh yang tumbang dan yang rendang jadi kena berhati-hati bila lalu, bagi yang rasa dirinya tinggi, pandai2 la memendekkan diri daripada mau terhantuk helmet dengan pokok buluh.
Itu yang dinasihatkan mamat saleh supaya next time bawa parang so kalo nampak pokok yang menghalang laluan, ditetaskan pokok tu.



Ini amtara sungai kocik yang kitorg redah sepanjang pengayuhan.



BELOW PHOTOS CREDIT TO AJIB BASIR & BRO DEAN














"Memang dah tak boleh wat apa dah, tolak je yang boleh, sempot kalo kayuh"

" Tolak dan tolak lagi"





Boleh dikatakan trail ni hardcore tol, aku ingatkan biasa2 je , air pon bawa satu botol je memang kena pandai2 la minum air tu. Mengayuh sini memang betol2 menguji ketahanan fizikal dan mental lebih2 lagi di bawah panas terik. Tuhan je betapa azabnye nak menghabiskan, rasa mau pengsan. Tapi apa pon lepas dah setel kayuh , kepuasan yang tak terhingga tetap ada. Jarak kayuhan ada la sampai 20km walaupon x sampai sgt sbnrnye, aku nye meter mcm biasa tak berfungsi lagi..




VIDEO UNTUK TONTONAN 18 TAHUN KEATAS





By ShaRil rOutH WelLinG with 7 comments

7 comments:

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives