KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Wednesday, March 14, 2012

MTB Trail- Sungai Buaya (11 Mac 2012)




 
:: ALL PHOTOS CREDIT TO Zai Kona Lisa , Ajib Basir and KayuhBeb Cycling Club




 11hb Mac 2012 hari tu aku mencabar diri aku yang tak tercabar ni untuk mencuba cycling off road buat pertama kali, selama ni sekadar on road je. Walaupon kesemua org yang terlibat aku tak kenal, aku cycling je ngn dorg ni lagipun dorg ni mmg peramah orangnye jadi tak rasa segan sangat. Kebanyakkan dorg ni dari group Sungai Buaya Cycling Club (SBCC) dan KayuhBeb Cycling Club. Korang nak tau aktiviti dorg leh gi ke Facebook dan blog dorg.


i. KayuhBeb Cycling Club Facebook
ii. KayuhBeb Blog


Tempat cycling off road yang aku gi ni kat sungai buaya , aku pun tak berapa pasti nak bagitau detail area ni sbb first time aku masuk area sini. Kitorg berkumpul pada pukul 8 pagi di hadapan Sekolah Sungai Buaya 



(GPS Koordinat N 3 22.335 E 101 31.704) . Lepas tu gerak ke surau Chempakasari bersama geng2 yang lain. Selepas sedikit taklimat dan bacaan doa then apalagi start kayuh la.....



Dari surau kitorg mulakan kayuhan melalui kawasan perumahan menuju ke trail MTB waktu tu dh mula excited, akhirnya basikal aku yang masih dara ni akan kehilangan daranya dan juga kalo2 tayar pancit ke apa. Seramai 40 org lebih2 jugak la rasanya yg involve cycling off road ni, memang meriah dan masing2 mmg hebat2.









Ada lak terserempak mamat2 saleh , dorg ni tak yah cakap la staminanya.



























First time aku masuk off road , dalam bercycling tu terasa betapa azabnya apa pon nasib baik mental masih kuat lagi, nak tak nak kena habiskan kayuhan. Rasa nak pengsan pon ada , x sangka setough ni mmg salute mamat2 dan minah2 yang join group ni masing2 pantas je, aku gak ketinggalan belakang. Betapa sukarnya nak daki bukit dan aku perasan tayar mcm kurg angin sbb payah tol nak kayuh dan juga tak masuk gear .. hehehehe... yang aku tawakal bila time turun , aku dh tak leh nak kawal brek dh kalo silap2 mau tercampak jatuh dengan jalan yang berbatu sambil turun bukit dengan laju tp mmg tu la thrill namanya. Sejauh 20km plus plus jugak cycling off road akhirnya sampai ke garisan penamat time tu la baru betol2 rasa puas dan enjoy. Dorg yang terlibat mmg really helpful dan bertimbang rasa, aku betol2 enjoy walaupon kaki dah tahap krem sesangat .




Sebaik sahaja habis kitorg lepak2 minum2 makan2 dulu kat gerai berhampiran sekolah kebangsaan sungai buaya . Time ni la baru sempat kenal ngn dorg, apa2 pon they are such a nice guys. Lepas ni.... mmg kena training lagi kt Dragon Back Puncak Alam. =p

 
 

By ShaRil rOutH WelLinG with 9 comments

9 comments:

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives