Seperti yang aku jangka Nilai mmg kawasan yang selesa untuk kayuh especially waktu pagi, dengan keadaan yang tidak sesak untuk kayuh on road mmg tenang berbanding Klang . Hari Sabtu 24 Mac 2012, aku saja nak amik angin baru kayuh kat Nilai sebab asyik kayuh kat Dragon Back Puncak Alam je rasa bosan kadang-kadang. So pegi la ke Nilai tempat keje lama sebelum ni. Sepanjang 25 km aku mengayuh dengan member aku kat Nilai ni.
Aku mengayuh dari Taman Semarak menuju ke Nilai 1 yang menuju ke tol Nilai tu tapi x masuk highway la.. pastu menuju ke Majlis Perbandaran Nilai yang dekat dengan kolej UIA & Masjid pastu menuju ke Tasik, lepak2 jap then menuju keluar balik ke INTI ke Chempaka dan ke Semarak.Yang mengganggu adalah anjing-anjing jalanan yang cuba mengejar . hehehehehe....