KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Wednesday, November 24, 2010

Q-Thai Steamboat

Restoren Q-Thai yang kitorg makan ni kat Nilai baru je buka dlm 2 bulan lepas, sebelum aku keje sini dah pernah makan kat sini. Makanan nye kira sedap la jugak dan boleh katakan tengok tempat, mcm kat Nilai ni rasanye kurang sikit masakannye berbanding KL kat tempat yang aku makan di Kompleks Antarabangsa, bg aku setakat ni Q-Thai kat Kompleks Antarabangsa Jalan Sultan Ismail je yang sedap, cawangan Q-Thai yang lain aku tak pasti la lebih sedap ke tidak. Nak tau korg try la setiap tempat Q-Thai yang ada.. yang paling aku suka kat sini Cendol buahnye, aku tak ingat namanye lebih kurg Cendol la tapi beza si....kit je, ditambah ngan buah fresh, itu yang menarik. Tapi kat Nilai takde pulak hr tu aku makan , boleh pulak ganti dgn Aiskrim murah. Tak inform awal2 lak time order tu,ada satu menu tu harganye lebih kurg RM18+++ ada mcm2 jenis hidangan dan dtg sekali ngn cendol tu, bila sampai lak diganti ngn aiskrim. Aku pilih menu tu pon sbb cendolnye.


Kali ni aku cuba makan steamboatnye.. harga dalam RM22++ kalo tinggi kor melebihi paras yang ditetapkan, kalo RM12++ juga mengikut paras yang ditetapkan, sbnrnye harga itu berbeza mengikut umur. Hmm... boleh dikatakan pelbagai jenis gak la fishballnye yang bulat2, yang bintang2, yang segiempat, yang lonjong dan bentuk2 lain juga rasa yang berbeza, juga ada pelbagai jenis sayur, seafood, daging,etc pelbagai la jugak... juga aiskrim. suma tu self service makan la berapa banyak korg nak makan tp mesti pastikan habis, kalo tak habis korg kena bayar RM10 setiap 100 gram.

Time dtg sini korg terus je cr tempat dan amik makanan tu byr kendian, kang dtg la pelayan mintak order air. hah......... pakej ni tak termasuk air ye.. itu berasingan.



Aku nasihatkan jgn la amik banyak2 dulu... jgn riso makanan itu akan bertambah, tak habisnye, takut korg seksa nak habiskan kelak dan kembung dikemudian hari. hahahaha.. aku ckp mcm tu sbb kitorg dah mengalaminye, betapa seksanye nak menghabiskan 2 pinggan lagi makanan, kang kalo x habis kena bayar.

Q-Thai yang aku tau kat Kompleks Antarabangsa, Nilai (kat Area Giant), Cyberjaya Street Mall,
Dagang Avenue Ampang, itu je la yg aku tau setakat ni. aku rasa byk tmpt lain lg.

By ShaRil rOutH WelLinG with 2 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives