KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Saturday, April 14, 2012

KAYUHAN di Taman Wetland Putrajaya

Minggu depan Jamboree kat putrajaya akan diadakan oleh itu minggu ni pra jamboree ( kononnye.....) mesti dilakukan untuk mendapatkan fitness yg tak fit ni dan saja nak usha  keadaan sekeliling.

Asalnya aku dah sampai pukul 7:30 pagi tp aku leh pegi Taman Wetland kat bhg belakang, kena pusing cari parking bhg depan kafe tempat dorg tunggu. Nasib baik aku datang jengok Wetland hari ni, tau jugak tempat yang sebenar. Kalo baru nak minggu depan dan silap mcm ni mao lambat dtg jamboree nanti.







 



Kitorang terus kayuh masuk off road kat wetland , off road ni mostlynye flat jalannye dan di taburi dengan batu2 yang menyakitkan punggong aku.



 "Jalan mati yang sebenarnye tak mati cuma dibanjiri air, kalo ikotkan nak redah je tp fikirkan barang2 lain patah balik la maknanya "
 "Meka2 yang bersiap untuk berenang ke hulu"



 "PATI yang terpaksa angkut basikal melalui titian batu untuk ke seberang "


 "Suka betol PATI ni lepas menyeberangi titian batu ni tanpa dicekup olek pihak berkuasa"







Lepas habis kayuh , pekena mee goreng kat kafe wetland sbb itu je makanan yang tinggal, apapon thanks abg zahid sbb bayarkan . Dengan ternampaknya kayak membuak2kan aku untuk berkayak tp apakan daya tak planning , lgpon kayak sorg2 mcm tgh putus cinta je.. lenkali aku bawa Mak Temah sebelah umah Pak Jendol kayak sekali.
 


 " Turun Naiknye Kalori"



VIDEO : AMARAN KERAS HANYA 17 tahun 3 bulan ke atas sahaja boleh nonton

By ShaRil rOutH WelLinG with 15 comments

Wednesday, April 11, 2012

KAYUHAN di Rubber Research Institute ---> Kota Damansara Community Forest

-: ALL PHOTOS CREDIT TO Bro Dean :-


11hb April 2012 hari tu kayuhan santai pagi bersama kayuhbeb di RRI atau nama panjangnya Rubber Research Institute , aku bertolak dari rumah pukul 6:30 pagi dan jumpa Abg Dean ngn Zul di Sek 9 untuk jalan sekali sebabaku pon x tau mana tempat tu. Dari Sek 9 Shah Alam kitorg menuju ke Esso Jalan Sungai Buloh yang terletak berdekatan area Kg Subang dan disitu jugak tempat berkumpul. Lebih kurang pukul 7:30 sampai di sana  dan dah ramai kelibat pengayuh yang bersiap sedia untuk meredah ladang getah.

Sambil bersiap sedia dengan basikal kitorg masih menunggu , pengayuh2 yang lain datang dan makin lam makin ramai yang datang lebih kurang dalam 25 orang , memang meriah termasuk geng2 dari KL.

"Otai-Otai keting keras"


 Lebih kurang dalam pukul 8:30 mcm tu kitorg suma dah mula siap sedia nak kayuh menuju ladang getah , starting je dah mula menaik, terasa sempot jap tiba2 pastu baru stabil pernafasan . =p.
Pagi tu agak mendung tapi waktu mula2 gerak masih tak hujan so kayuh seperti biasa merentasi onak dan duri ladang getah selepas dalam nak dekat sejam , sikit2 hujan menghentam pengayuh2 dan selepas sikit2 jadilah banyak2. Nak x nak terpaksa stop kayuhan kat ladang getah ni, adalah dalam 8-9 km kayuh. Tp sayang tak sempat nak amik gambar dalam ladang getah , masing2 cuba selamatkan device masing2 dan aku pon x bawa kamera mungkin lenkali. Dengan basah kuyupnya dek hujan lebat terpaksa tukar Plan B iaitu lepak kedai mamak pekena roti canai dulu , jd bila dah agak reda kami kayuh menuju ke Kota Damansara dan lepak kedai mamak berhadapan KDU  college x silap aku.

"Mengagahi kayuh dari Ladang getah mengikut bau roti canai kedai mamak"


 
 "Abg din yang merindui isteri di kala hujan "



Selepas selesai minum kami sambung mengayuh balik menuju ke Kota Damansara Sek 10 di Kota Damansara Community Forest berhadapan sekolah, sekolah apa itu aku tak ingat kebangsaan ke menengah.
Lepas suma dah sampai , kayuhan ke dalam hutan yang tak berapa hutan ni bermula, starting berjalan lancar lepas tu makin lama makin payah pulah sebab tanah becak dan banyak akar yang menggangu kelancaran aku dan time ni asik terjatuh, tergolek, terpeleot segalanya ada, tp aku gagahi juga termasok member2 lain.
  
"Menanti ketibaan VVIP yang masih tidak kunjung tiba"

Kami mengayuh, mengayuh dan terus mengayuh akhirnya sampai jugak end pointnye time nak dekat end point aku terpaksa tolak sebab tak yakin nak kayuh time turun bila nampak mcm licin.

  
 
 "Mamat kebal yang tidak kenal erti sakit, err... sakit sebenarnye"

" Hanya basikal champion yang mampu lakukan begini selain park kat longkang semak-samun"
 "Mama Golek a.k.a Kak Liza , otai segala otai lebih dari yang otai kayuh"

Sampai je suma kat end point kitorg rehat dulu tunggu yang lain dan sambil2 tu basuh basikal dengan menggunakan kemudahan free daripada air tasik/sungai kt situ . Dari sini kami kayuh balik ke Starting point iaitu ke Esso tadi. Fuhh... lebih kurang 35km jauh kayuhan .



  
 " Abg Joe selaku 'owner' RRI, =p"

By ShaRil rOutH WelLinG with 6 comments

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives