KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

Saturday, October 10, 2009

Bangkok , Thailand



Kalo tak disebabkan mungkin lambat lagi aku nak sampai kat Thailand. Time ni ada exhibtion Oil and Gas Power Gen Asia yang bertempat di Bangkok, aku dengan sorg lagi rakan sekerja Fendy dan juga Bos aku datang event ni utk cari client yang boleh bekerjasama di masa hadapan .



Kitorg bertolak lebih kurang pukul 7: pagi daripada LCCT dan mengambil masa 1 jam lebih je Airport Suvarnabumi, di Bangkok masa dorg sejam lebih awal daripada Malaysia. Terus kitorg ke Hotel di Surawongse Road.


The Plaza Hotel Bangkok
178 Surawongse Road,
Bangkok 10500, Thailand

Tel : (02) 235-1760-79
Fax : (662) 237-0746
Site : plaza@mandarin-bkk.com

Bagi aku Hotel ni tempat nye sangat strategik sebab terletak di tgh bandar dan berdekatan dengan Restoren Malaysia yang semestinya dijamin halal, bila kita dah di negara orang satu perkara bagi org Muslim yang susah nak cari ialah makanan halal tp nasib baik Restoren yang dikendalikan oleh orang Kelantan (x silap aku) ada. Berjalan kaki dalam 1 km je dah boleh, x jauh mana pon.

" ni la Restoran Cili Padi yang di kelolakan oleh orang Malaysia kat Thailand ni"




Kalo dah datang Bangkok kalo tak dtg Pat Pong ni mmg x sah, dr hotel ke Pat pong tak jauh mana pon. Time pagi kalo lalu area patpong ni mmg nampak mcm suci je tempat ni takde apa2 kat sini kecuali beberapa gerai kecil di tepi jalan. Tapi bila waktu malam segalanya berubah, kiri kanan korg akan nampak barisan perempuan tersusun utk di'pilih' pelanggan. Termasuk banyak kedai-kedai buka, bagi 'orang' yang tak tahan ni la 'syurga' bagi dorg. Kelab , massage itu tak yah cakap la berlambak2 kat sini nak diurut pompuan ada, nak diurut laki pon ada.
Tapi aku pusing2 cari barang kat sini, terlalu byk barang suma standard sama je setiap kedai cuma pandai tak pandai je korg menawar.







Esok harinya kitorg gi Nana , Nana ni nama tempat di mana kawasan dikelilingi ramai warga asing especially orang Arab, sini pon salah satu tempat yang mudah nak cari makanan halal. Aku gi sana naik teksi tapi boleh juga naik keretapi (lebih kurg lrt la kalo kat sana) dari hotel kena berjalan kaki jauh sikit la nak ke stesen keretapi tu.
Kat Nana ni pon tak kurang hebatnya mmg sesak , kat sini kalo shopping mall baru leh jumpa yang ada Surau, kedai2 sini boleh tahan murah jugak tp mcm biasa la kena pandai tawar ngn peniaga.





" BTS Skytrain pengankutan yang digunakan kat sini, mmg mudah route nye pon tak complicated"



Ni antara makanan di kedai Arab kat Nana, mcm aku ckp kalo korg nak cari makanan halal kat Nana ni senang cari, dekat area tempat hotel aku x sure mana lagi ada selain Restoran Cili Padi tu. Boleh la bungkus bawa balik hotel.






By ShaRil rOutH WelLinG with 3 comments

3 comments:

Post a Comment

EVENT

Popular Posts

    • Popular
    • Categories
    • Archives